Tuesday, December 27, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(7)-Tanda-tanda I'rab Rafa'


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

(7) – TANDA-TANDA I’RAB RAFA’

Tanda-tanda I’rab rafa’ itu ada empat, iaitu dhommah, wawu, alif dan nun. Bermakna lafazh itu diketahui rafa’nya dengan salah satu dari empat tanda itu.

1.       DHOMMAH

Dhommah, menjadi tanda/alamat pokok (tanda asli) I’rab rafa’. Contoh:

جَاءَ زَيْدٌ
Telah datang Zaid
Lafazh   زَيْدٌ adalah fa’il marfu’ dengan tanda dhommah  (_ٌ)

2.       WAWU

Wawu, sebagai pengganti dhommah. Contoh:

جَاءَ الصَّلِحُوْنَ
Telah datang orang-orang yang soleh
Lafazh    الصَّلِحُوْنَ adalah fa’il marfu’ dengan tanda wawu  (و)
جَاءَ اَبُوْكَ
Telah datang ayahmu
Lafazh   ابُوْ  adalah fa’il marfu’ dengan tanda wawu   (و)

3.       ALIF

Alif, sebagai pengganti dhommah. Contoh:

جَاءَ الزَّيْدَانِ
Telah datang dua orang Zaid
Lafazh   الزَّيْدَانِ  adalah fa’il marfu’ dengan tanda alif  (ا)

4.       NUN

Nun, sebagai pengganti dhommah. Contoh:

يَنْصُرَانِ
Mereka berdua sedang/akan menolong



Kesemua ini adalah fi’il mudhori’ marfu’ dengan tanda   nun   ( ن )
تَنْصُرَانِ
Kamu berdua sedang/akan menolong
يَنْصُرُوْنَ
Mereka sedang/akan menolong
تَنْصُرُوْنَ
Kamu semua sedang/akan menolong
تَنْصُرِيْنَ
Kamu (wanita) sedang/akan menolong

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/rIgHqYJu/_7_-Tanda-tanda_irab_rafa.html

Monday, December 26, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(5)-Huruf


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

(5) – HURUF

DEFINASI HURUF

Huruf (atau kata terbitan) ialah kalimah yang tidak dapat difahami maknannya dengan jelas melainkan apabila disandarkan kepada isim atau fi’il.

Huruf boleh dibahagikan kepada tiga bahagian seperti berikut:

(1)    Huruf  khas untuk isim,

(2)    Huruf khas untuk fi’il, dan

(3)    Huruf am, boleh digunakan dengan isim dan fi’il.

Berikut adalah contoh-contoh huruf berdasarkan kepada kegunaannya:

Huruf Khas Untuk Isim
Huruf Khas Untuk Fi’il
Huruf Am Untuk Isim Dan Fi’il
مِنْ
Daripada/dari
قَدْ
Sesungguhnya/ kadang-kadang
وَ
Dan
إِلَى
Ke/kepada
سَــــ
Akan
ثُمَّ
Kemudian
إِنَّ
Sesungguhnya
سَوْفَ
Akan
فَ
Kemudian
أَنَّ
Sesungguhnya
لَمْ
Tidak pernah
أَ
Adakah
لَكِنَّ
Tetapi
لاَ
Tidak/jangan
هَلْ
Adakah
لَعَلَّ
Mudah-mudahan
لَنْ
Tidak akan
أَمْ
Atau pun
لَيْتَ
Kalaulah
إِنْ
Jika
حَتَّى
Sehingga
عَلَى
Di atas
أَنْ
Bahawa
لِـــــ
Untuk
فِيْ
Di dalam
لَمَّا
Belum lagi
أَوْ
Atau pun

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/dF2G7EwF/_5_-Huruf.html

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(6)-I'rab


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

(6) – I’RAB

DEFINASI I’RAB

I’rab ialah perubahan yang terjadi pada akhir kalimah disebabkan perbezaan amil yang memasuki kalimah tersebut. I’rab itu ada yang jelas lafazhnya (boleh dirasakan dari ucapannya). Adakalanya tidak jelas lafazhnya atau hanya secara diperkirakan  (secara taqdir) saja keberadaannya (tidak boleh berubah dalam pengucapan tetapi kenyataannya berubah).

Contoh perubahan secara lafazh:

جَاءَ زَيْدٌ
Zaid telah datang
يَضْرِبُ
Dia memukul
رَأَيْتُ زَيْدًا
Aku telah melihat Zaid
لَنْ يَضْرِبَ
Dia tidak akan memukul
مَرَرْتُ بِزَيْدِ
Aku telah bersua dengan Zaid
لَمْ يَضْرِبْ
Dia tidak pernah memukul

 Contoh perubahan secara diperkirakan (secara taqdir) keberadaannya:

يَخْشَى
Dia meras takut
جَاءَ الْفَتَى
Telah datang seorang pemuda
لَنْ يَخْشَى
Dia tidak akan merasa takut
رَأَيْتُ الْفَتَى
Aku telah melihat seorang pemuda
لَمْ يَخْشِى
Dia tidak pernah merasa takut
مَرَرْتُ بِالْفَتَى
Aku telah bersua dengan seorang pemuda

PEMBAHAGIAN I’RAB

I’rab terbahagi kepada empat macam, iaitu I’rab rafa’, I’rab nashab, I’rab khafadh/jar dan I’rab jazm.

Di antara contoh dari I’rab-I’rab tersebut ialah seperti berikut:

I’rab Rafa’
زَيْدٌ قَائِمٌ
Zaid telah berdiri
I’rab Nashab
رَأَيْتُ زَيْدًا
Aku telah melihat Zaid
I’rab Khafadh/Jar
مَرَرْتُ بِزَيْدٍ
Aku telah bersua dengan Zaid
I’rab Jazm
لَمْ يَضْرِبْ
Dia tidak pernah memukul

I’RAB BAGI ISIM

Di antara empat bentuk I’rab, I’rab yang boleh memasuki isim hanyalah I’rab Rafa’, I’rab Nashab, dan I’rab Khafadh/Jar . Manakala I’rab Jazm tidak boleh memasuki isim.

Contoh:

I’rab Rafa’
سَالِـمٌ مُعَلِّـمٌ
Salim seorang guru
I’rab Nashab
رَأَيْتُ شَالِـمًا
Aku telah melihat Salim
I’ran Khafadh/Jar
مَرَرْتُ بِسَالِـمٍ
Aku telah bersua dengan salim
Perhatian: Isim selamanya tidak menerima I’rab jazm, yakni tidak boleh dimasuki oleh amil yang menjazmkan.

I’RAB BAGI FI’IL

Di antara empat bentuk I’rab, I’rab yang boleh memasuki fi’il hanyalah I’rab Rafa’, , I’rab Nashab, dan I’rab Jazm. Manakala I’rab khafadh/jar tidak boleh memasuki fi’il.

Contoh:



I’rab Rafa’
يَنْصُرُ
Dia menolong
يَقْرَاُ
Dia membaca
يَعْلَمُ
Dia mengetahui


I’rab Nashab
أَنْ يَنْصُرَ
Bahawa ia menolong
أَنْ يَقْرَأَ
Bahawa ia membaca
أَنْ يَعْلَمَ
Bahawa ia mengetahui


I’rab Jazm
لَـمْ يَنْصُرْ
Dia tidak pernah menolong
لَـمْ يَقْرَأْ
Dia tidak pernah membaca
لَـمْ يَعْلَمْ
Dia tidak pernah mengetahui

KESIMPULAN:

Berikut adalh kesimpulan penting:

1.
I’rab ialah perubahan yang terjadi pada akhir kalimah disebabkan perbezaan amil yang memasuki kalimah tersebut.
2.
I’rab atau perubahan itu ada yang jelas dan ada yang tidak jelas.
3.
Kalimah yang boleh menerima I’rab ialah:
(i)                  Isim,
(ii)                Fi’il Mudhori’.
4.
Kalimah yang tidak boleh menerima I’rab ialah:
(i)                  Fi’il Madhi,
(ii)                Fi’il Amar,
(iii)               Kalimah Huruf.
5.
Kalimah yang menerima I’rab dipanggil mu’rab, sedangkan kalimah yang tidak menerima I’rab dipanggil mabni.
6.
Bentuk-bentuk I’rab adalah:
(i)                  I’rab Rafa’,
(ii)                I’rab Nashab,
(iii)               I’rab Khafadh/Jar,
(iv)              I’rab Jazm.
7.
Kalimah isim hanya boleh menerima  I’rab berikut:
(i)                  I’rab Rafa’,
(ii)                I’rab Nashab,
(iii)               I’rab Khafadh/Jar.
8.
Kalimah Fi’il hanya boleh menerima I’rab berikut:
(i)                  I’rab Rafa’,
(ii)                I’rab Nashab,
(iii)               I’rab Jazm.
9.
I’rab Khafadh/Jar khusus masuk pada kalimah isim dan I’rab Jazm khusus masuk pada kalimah fi’il.
10.
I’rab Rafa’ dan I’rab Nashab boleh masuk pada:
(i)                  Kalimah isim,
(ii)                Kalimah fi’il.



Diperbolehkan untuk mmenyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/BGBWlVyJ/_6_-Irab.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...