Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Friday, November 25, 2011

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Wednesday, September 21, 2011

DOA-DOA SELEPAS SOLAT SUNAT


DOA-DOA SELEPAS SOLAT SUNAT
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat  ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Maka jika adalah jauh hampirkanlah.  Dengan berkat  kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan, kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurnialah akan daku  barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT ISYRAQ
Segala puji kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan terbit matahari dari tempat terbitnya.  Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripada ku  keburukan hari ini.  Ya Allah, terangilah hati ku dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahari Mu terus menerus dengan rahmat Mu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAHAJJUT
Ya Allah, bagi Engkau kepujian.  Engkau yang memerintah tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang didalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji-puji.  Engkau cahayakan tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang di dalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji.  Engkaulah yang sebenar, dan janji Engkau itu benar, dan bertemu dengan Engkau benar, dan firman Engkau benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad itu benar, hari kiamat itu benar.  Ya Allah, bagi Engkau Islam ku, dan dengan Engkau beriman ku, dan kepada Engkau berserah ku, dan kepada Engkau kembali ku dengan sebab berbantah ku (durhaka ku), dan kepada Engkau berhukum ku.  Maka ampunilah dosa-dosa yang aku dahulukan dan dosa-dosa yang aku kemudiankan, dan yang aku rahsiakan, dan dosa yang aku nyatakan, dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dengannya daripada ku.  Engkau yang dahulu dan yang kemudian.  Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkaulah.  Tiada Tuhan selain daripada Engkau.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT
Ya Allah, aku memohon ampun kepada Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada Mu daripadanya kemudian aku ulangi padanya.  Aku mohon ampun padaMu dari segala yang telah aku berjanji kepadaMu dengannya dari diriku yang tidak aku tunaikan janji bagiMu dengannya.  Dan aku memohon ampun kepadaMu dari segala amalan yang aku hendak buat kerana wajahMu yang mulia maka bercampur aduk dengan yang lain dari Kamu.  Dan aku memohobn keampunanMu dari segala nikmat yang Engkau telah beri dengannya kepadaku maka aku mencari pertolongan dengannya bagi mengerjakan maksiat terhadapMu.  Dan aku memohon keampunanMu wahai yang maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata daripada segala dosa yang aku kerjakan di cahaya siang dan kegelapan malam, di tempat ramai dan di tempat sunyi, dan dengan secara rahsia dan terang-terangan.  Wahai Tuhan yang maha penyantun. 
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT HAJAT
Ya Allah, kami memohon kepadaMu akan anugerah dari rahmatMu dan memperolehi keampunanMu dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan dan keselamatan dari setiap kejahatan dan berjaya mendapat syurga dan membebaskan dari api neraka.  Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu.  Dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta dikasihani yang mengaku dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.  Ya Allah, aku memohon kepada Mu sebagaimana mintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya orang berdosa yang amat hina.  Aku mohon padaMu seperti orang yang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMu.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH
Wahai Tuhanku, Wahai Tuhan Yang Pemurah, Wahai Tuhan Yang Penyayang, Wahai Tuhan Yang Hidup Yang Memerintah, Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Wahai Tuhan tempat  tumpuan taqwa, dan keampunan, demi Tuhan yang mengingatkan mereka yang berzikir, terimalaqh dariku taubat yang sebenar-benar taubat (tidak ulang kembali) dan lebihkanlah akan daku dengan limpah kasihan belas Engkau, cahaya yang gilang gemilang, dan berkilau-kilauan, wahai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR
Ya Allah, bahawa sanya kami memohon akan dikau iman yang berkekalan.  Dan kami memohon akan dikau hati yang tetap.  Dan kami memohon akan dikau ilmu yang berguna.  Dan kami memohon akan dikau yakin yang benar.  Dan kami memohon akan dikau amalan yang soleh.  Dan kami memohon akan dikau agama yang teguh.  Dan kami memohon akan dikau kemaafan dan sihat.  Dan kami memohon akan dikau kesempurnaan sihat.  Dan kami memohon akan dikau syukur atas sihat.  Dan kami memohon akan dikau terkaya daripada manusia.  Ya Allah, Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, ibadat kami, khusuk kami, merendah diri kami, perhambaan kami, dan sempurna kesalahan kami.  Ya Allah, Ya Allah,  Ya Allah, Hai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.  Dan rahmat Allah atas sebaik-baik makhlukNya Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.  Dan puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekalian alam. 

CARA BERDOA (2/2)


CARA BERDOA 2
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْأَ وَّلِيْنَ ، وَالْآخِرِيْنَ ، وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى ، عَنْ سَادَاتِنَا ، اَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللَّهِ اَجْمَعِيْنَ .
Ya Allah beri rahmatlah atas Penghulu kami Nabi Muhammad pada sekalian yang dahulu, dan yang kemudian, dan sejahtera oleh-Mu dan telah redha oleh Allah Taala, daripada sekalian Penghulu kami, sahabat-sahabat Penghulu kami pesuruh Allah sekalian.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمَ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَز
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.  Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, selawat san salam ke atas Nabi junjungan serta Rasul utusan, dan ke atas keluarganya dan sahabatnya kesemuanya.
MEMBACA DOA YANG DIKEHENDAKI
(Boleh membaca sebarang doa yang dikehendaki:  Contohnya doa semua sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahajjut dan lain-lain.  Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً/وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً/وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ/ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ/يَا عَزِيْرُ/يَا غَفَّارُ/يا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam. [Al-Baqarah: (2:201)]
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللَّه بِحُسْنِ الْخَاتِمَهُ/ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللَّه بِسُوْءِ الْخَاتِمَهُ.
Ya Allah, sudahilah kami Ya Allah dengan sebaik-baik kesudahan/ dan janganlah sudahi atas kami Ya Allah dengan sejahat-jahat kesudahan.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Rahmat sejahtera dari Allah mudah-mudahan melimpah kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang (orang-orang kafir dan musyrik) gambarkan; dan kesejahteraan kepada para rasul; dan segala pujian serta sanjungan hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.
سورة الفاتحة
Membaca surah al-Faatihah
PENUTUP DOA
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَنَا، اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ، وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan Kami terimalah daripada doa- doa kami, bahawa Engkau yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui, dan terimalah taubat kami bahawa Engkau yang menerima taubat lagi Penyayang, doa mereka itu padanya Maha Suci Engkau Ya Allah  dan kehormatan mereka itu padanya sejahtera, dan akhir doa mereka itu ialah puji-puji bagi Allah Tuhan yang memerintah sekalian alam

CARA BERDOA (1/2)

CARA BERDOA 1
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى الْأَ وَّلِيْنَ ، وَالْآخِرِيْنَ ، وَسَلِّمْ وَرَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى ، عَنْ سَادَاتِنَا ، اَصْحَابِ سَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللَّهِ اَجْمَعِيْنَ .
Ya Allah beri rahmatlah atas Penghulu kami Nabi Muhammad pada sekalian yang dahulu, dan yang kemudian, dan sejahtera oleh-Mu dan telah redha oleh Allah Taala, daripada sekalian Penghulu kami, sahabat-sahabat Penghulu kami pesuruh Allah sekalian.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمَ . اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ ، حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَفِيْءُ مَزِيْدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir seluruh alam, pujian yang melengkapi segala nikmat-Nya dan membalas limpah kurnia-Nya, Ya Allah! Wahai Tuhan kami, untuk-Mu sahaja segala jenis kepujian itu sebagaimana yang sepatutnya sesuai dengan kebesaran dan kerajaan-Mu.
MEMBACA DOA YANG DIKEHENDAKI
(Boleh membaca sebarang doa yang dikehendaki:  Contohnya doa semua sembahyang sunat, seperti sembahyang sunat hajat, sembahyang sunat tahajjut dan lain-lain.  Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً/وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً/وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ/ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الْأَبْرَارِ/يَا عَزِيْرُ/يَا غَفَّارُ/يا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan kami, berilah kami di dunia ini kebaikan, di akhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari azab neraka, dan masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama orang-orang yang berbakti (dan taat mengerjakan kebajikan), wahai Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun, wahai Tuhan seru sekalian alam. [Al-Baqarah: (2:201)]
اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا يَا اَللَّه بِحُسْنِ الْخَاتِمَهُ/ وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا اَللَّه بِسُوْءِ الْخَاتِمَهُ.
Ya Allah, sudahilah kami Ya Allah dengan sebaik-baik kesudahan/ dan janganlah sudahi atas kami Ya Allah dengan sejahat-jahat kesudahan.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Rahmat sejahtera dari Allah mudah-mudahan melimpah kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya sekalian. Maha Suci Tuhan-Mu, Tuhan yang Maha Mulia dari apa yang (orang-orang kafir dan musyrik) gambarkan; dan kesejahteraan kepada para rasul; dan segala pujian serta sanjungan hanya untuk Allah Tuhan semesta alam.
سورة الفاتحة
Membaca surah Al-Fatihah
PENUTUP DOA
رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا دُعَائَنَا، اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ، دَعْوَاهُمْ فِيْهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلاَمٌ، وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Wahai Tuhan Kami terimalah daripada doa- doa kami, bahawa Engkau yang Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui, dan terimalah taubat kami bahawa Engkau yang menerima taubat lagi Penyayang, doa mereka itu padanya Maha Suci Engkau Ya Allah  dan kehormatan mereka itu padanya sejahtera, dan akhir doa mereka itu ialah puji-puji bagi Allah Tuhan yang memerintah sekalian alam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...