Showing posts with label Makhraj Huruf. Show all posts
Showing posts with label Makhraj Huruf. Show all posts

Friday, February 24, 2012

MAKHRAJ HURUF-Alat-Alat Ucapan

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF
ALAT-ALAT UCAPAN
PENGERTIAN
Makhraj ialah tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah Bahasa Arab yang mengandungi 28 huruf.
ALAT-ALAT  UCAPAN
Organ-organ atau alat-alat ucapan yang bertanggungjawab dalam menjayakan makhraj ini boleh dilihat dalam gambarajah di bawah.

1.
Bibir mulut
10.
Epiglotis
2.
Gigi
11.
Saloran makan
3.
Gusi gigi
12.
Rongga mulut
4.
Langit-langit keras
13.
Dengung
5.
Langit-langit lembut
14.
Rongga kerongkong
6.
Anak lidah (anak tekak)
15.
Biji halkum (Buku leher)
7.
Hujung lidah
16.
Pita suara
8.
Tengah lidah
17.
Saluran nafas
9.
Pangkal lidah



BAHAGIAN MAKHRAJ
Menurut pendapat imam Al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan Ahli Qira’at dan ulama’ nahwu antaranya imam Ibn  Al-Jazari jumlah bilangan makhraj yang umum/utama terbahagi kepada lima bahagian, seperti berikut:

1.
الْجَوْفُ
Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong
2.
الْحَلْقُ
Bahagian kerongkong
3.
اللِّسَانُ
Bahagian lidah
4.
الشَّفَتَانِ
Bahagian bibir mulut
5.
الْـخَيْشُومُ
Bahagian hidung (Khaisyum)

PEMBAHAGIAN HURUF MENGIKUT BHAGAIN MAKHRAJ
Senarai di bawah menunjukkan pembahagian huruf-huruf mengikut bahagian makhraj yang dinyatakan di atas.

1.
الْجَوْفُ
ا ، و ، ي
2.
الْحَلْقُ
ء ، ه ، ع ، ح ، غ ، خ
3.
اللِّسَانُ
ق ، ك ، ج ، ش ، ي ، ض ، ل ، ن ، ر ، ط ، د ، ت ، ص ، س ، ز ، ظ ، ذ ، ث
4.
الشَّفَتَانِ
ف ، و ، ب ، م
5.
الْـخَيْشُومُ
ن ، م


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial
 Download:

Thursday, February 23, 2012

SIFAT HURUF-Nota dan Syarahan (Video)

SIFAT HURUF
PENGERTIAN
Sifat menurut bahasa – Keadaan atau rupa khas pada sesuatu benda, orang dan lain-lain untuk dikenali, seperti: Hitam, pandai, rajin dan sebagainya.
Sifat menurut istilah Ilmu Tajwid – Cara menekan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan, sama ada nyaring, lembut, kuat dan sebagainya. Dengan demikian kita dapat membezakan setengah huruf yang bersamaan pada makraj.
PEMBAHAGIAN SIFAT HURUF
Berdasarkan pada pendapat yang terpilih mazhab Ibn Al-Jazari, sifat-sifat huruf adalah sebanyak tujuh belas semuanya. Semua sifat ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian:
  1. Sifat-sifat berlawanan (5  pasang yang berlawanan), seperti berikut:

<><>

(5)

(4)

(3)

(2)

(1)
الإِذْلاَقُ
Tergelincir/
Melepas
الإِطْبَاقُ
Menutup/
Mendempik
الإِسْتِعْلاَءُ
Meninggi
الشَّدَّةُ
Kuat
الْهَمْسُ
Sembunyi/
Angin

التَّوَسُّطُ
Sederhana/
Pertengahan
الإِصْمَاتُ
Tertegah
الإِنْفِتَاحُ
Membuka
الإِسْتِفَالُ
Merendah
الْـجَهْرُ
Nyaring
الرَّخَاوَةُ
Lembut

  1. Sifat-sifat tunggal (7 tidak berlawanan)

Bil.
Sifat Huruf
Makna
1.
الصَّفِيرُ
As-Safir

Bersiul/Berdesir
2.
القَلْقَلَةُ
Al-Qalqalah
Bergerak-gerak/
Gementar
3.
اللِّينُ
Al-Lin

Lembut/Lunak
4.
الإِنْـحِرَافُ
Al-Inhiraf

Melentur/Melencong
5.
التَّكْرِيرُ
At-Takrir

Berulang-ulang
6.
التَّفَشِّى
At-Tafasysyi

Berhamburan
7.
الإِسْتِطَالَةُ
Al-Istitalah

Berpanjangan


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.

Download:
http://www.4shared.com/office/AdWDi7kH/SIFAT_HURUF.html?refurl=d1url
Sila ikuti Syarahan SIFAT HURUF:


Download:
http://www.4shared.com/video/YtIBdS6V/Sifat_Huruf_-_YouTube.html?refurl=d1url

Wednesday, February 22, 2012

MAKHRAJ HURUF-Nota dan Syarahan (Video)

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF
PENGEERTIAN
Makhraj ialah tempat menahan atau menyekat udara ketika bunyi huruf dilapazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah Bahasa Arab yang mengandungi 28 huruf.
PEMBAHAGIAN MAKHRAJ
Menurut pendapat imam Al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan Ahli Qira’at dan ulama’ nahu antaranya imam Ibn Al-Jazari jumlah bilangan makhraj yang umum terbahagi kepada lima bahagian, seperti berikut:

ا ، و ، ي
Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong
الـجَوْفُ
1.
ء ، ه ، ع ، ح ، غ ، خ
Bahagian kerongkong
الـحَلْقُ
2.
ق ، ك ، ج ، ش ، ي ، ض ، ل ، ن ، ر ، ط ، د ، ت ، ص ، س ، ز ، ظ ، ذ ، ث
Bahagian lidah
اللِّسَانُ
3.
ف ، و ، ب ، م
Bahagian bibir mulut
الشَّفَتَانِ
4.
م ، ن
Bahagian hidung (Khaisyum)
الْـخَيْشُومُ
5.


Sila ikuti syarahan Makhraj Huruf:

Download syarahan Makhraj Huruf:
http://www.4shared.com/video/uEOw03jS/Surah_Al_-an39aam__Ayat_1-8__d.html?refurl=d1url
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...