Showing posts with label Idhofah (Mudahf-Mudhaf Ilaih). Show all posts
Showing posts with label Idhofah (Mudahf-Mudhaf Ilaih). Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

IDHOFAH (3)-Mudhaf-Mudhaf Ilaih

IDHOFAH (3)
MUDHAF – MUDHAF ILAIH
( الـمُضَافُ و الـمُضَافُ اِلَيْهِ )
Kata “pintu” dan kata “rumah” kedua-duanya adalah dua kata yang mengandungi  makna yang berbeza. Namun kedua-duanya dapat dihubungkan, atau lebih tepatnya, dapat digabungkan sehingga membentuk satu makna baru: pintu rumah (iaitu ‘pintu untuk rumah’ atau ‘pintunya rumah’). Pintu rumah adalah kata majmuk, suatu kata yang berasal dari, paling tidak, dua buah kata yang berbeza, yang apabila keduanya digabungkan membentuk satu makna baru.
Dalam Bahasa Arab, penggabungan (atau penyandaran) ini dikenali dengan istilah الإِضَافَةُ  (Idhofah). Perlu diperhatikan bahawa yang digabungkan dalam pola    الإِضَافَةُ  ini adalah dua (atau lebih) kata benda atau isim. Maksudnya, kedua-duanya haruslah kata benda atau isim.
Dalam  الإِضَافَةُ , kata pertama, iaitu pintu, dinamakan  مُضَافٌ  (Mudhaf). Manakala kata yang kedua, iaitu rumah, dinamakan   مُضَافٌ إِلَيْهِ  (Mudhaf Ilaih). Perhatikan huraian pada jadual berikut:


Makna
الإِضَافَةُ
الكَلِمَةُ
مُضَافٌ إِلَيْهِ
مُضَافٌ
Pintu rumah
بَيْتٍ
بَابُ
بَابُ بَيْتٍ
Buku siswa
تِلْمِيْذٍ
كِتَابُ
كِتَابُ تِلْمِيْذٍ
Kunci pintu
بَابٍ
مِفْتَاحُ
مِفْتَاحُ بَابٍ

Dari contoh-contoh di atas, maka jelaslah prinsip dasar pola Idhofah seperti berikut:

مُضَافٌ إِلَيْهِ
مُضَافٌ
Harus selalu diungkapkan dalam keadaan Majrur  ( مـجرور )
Tidak ber-Alif Lam  ( ال ) dan tidak bertanwin  ( تنْوِيْن )


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
Download:

Saturday, March 3, 2012

IDHOFAH (2)-Senarai Mudhaf-Mudhaf Ilaih Dan Contoh Dalam Jumlah

IDHOFAH (2)
SENARAI MUDHAF-MUDHAF ILAIH DAN CONTOH DALAM JUMLAH

Idhofah
(Mudhaf-Mudhaf Ilaih)

Makna

Contoh Dalam Jumlah

Makna
مَسْجِد الْجَامِعَةِ
Masjid kampus

ذَهَبْتُ اِلَى مَسْجِدِ الْجَامِعَةِ
Saya pergi ke masjid kampus
سُوْرَة الْفَاتِحَةِ
Surah Al-Fatihah
قَرَأْتُ سُوْرَةَ الْفَاتِحَةِ
Saya membaca surah Al-Fatihah
كِتَاب زَيْدٍ
Kitab (milik) Zaid)
كِتَابُ زَيْدٍ عَلَى الْمَكْتَبِ
Kitab (milik) Zaid di atas meja
كِتَابكَ
Kitab mu
اَسْتَعِيْرُ كِتَابَكَ
Saya meminjam kitab mu
رَسُوْل اللهِ
Rasulullah
اِنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَالِحٌ
Sesungguhnya Rasulullah shaleh
لَيْلة الْقَدْرِ
Malam qadar
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ اَلْفِ شَهْرِ
Malam qadar lebih baik dari seribu bulan


IDHOFAH (1)-Mudhaf-Mudhaf Ilaih

IDHOFAH (1)
(MUDHAF-MUDHAF ILAIH)
PENGERTIAN
Idhofah adalah bentuk penyandaran antara satu kata dengan kata yang lain, iaitu antara satu isim dengan isim yang lain. Apabila dua buah isim atau lebih digabung menjadi sebuah kesatuan kata yang baru (Kata Majmuk), maka kata yang di depan dinamakan Mudhaf sedang kata yang di belakang dinamakan Mudhaf Ilaih.  Kombinasi Mudhaf-Mudhaf Ilaih ini membentuk Isim Ma’rifah.
CIRI-CIRI MUDHAF-MUDHAF ILAIH
Adapun ciri-ciri Mudhaf dan Mudhaf Ilaih adalah seperti berikut:
(a)    Mudhaf selalu dalam keadaan Nakirah (tanpa Alif-Lam) tapi tanpa tanwin. Sedangkan Mudhaf Ilaih selalu dalam keadaan Ma’rifah., baik dengan Alif-Lam maupun dengan Isim Ma’rifah yang lain (contohnya Isim Alam atau Dhomir).
Contoh:



1.
كِتَابُ الْمُدَرِّسِ
(Buku guru)


Mudhaf Ilaih dengan Alif-Lam
الْمُدَرِّسِ
كِتَابُ
Mudhaf Ilaih
Mudhaf


2.

بَيْتُ زَيْدٍ
(Rumah Zaid)

Mudhaf Ilaih dengan Isim Alam
زَيْدٍ
بَيْتُ
Mudhaf Ilaih
Mudhaf


3.
بَيْتُهُمْ
(Rumah mereka)

Mudhaf Ilaih dengan Dhomir هُمْ (mereka)
هُمْ
بَيْتُ
Mudhaf Ilaih
Mudhaf

PERHATIAN:
(i)                  Mudhaf Ilaih huruf akhirnya selalu berbaris kasrah (perhatikan contoh satu dan dua) kecuali untuk Dhomir kerana Dhomir sifatnya tetap tidak berubah (mabni).
(ii)                Mudhaf tidak boleh ditanwin.
(iii)               Mudhaf dan Mudhaf Ilaih kedua-duanya merupakan isim.
(b)   Bila Mudhaf berupa Isim Mutsanna atau Jama’ Mudzakkar Salim maka huruf Nun di akhirnya dihilangkan.
Contoh:



1.
مُسْلِمَا الْجَاوِيِّ

Dua Muslim Jawa

Mudhaf berupa Isim Mutsanna
الْجَاوِيِّ
مُسْلِمَا
Mudhaf Ilaih
Mudhaf


2.
مُسْلِمُو الْجَاوِيِّ

Muslim-muslim Jawa

Mudhaf berupa Isim Jama’ Mudzakkar Salim
الْجَاوِيِّ
مُسْلِمُو
Mudhaf Ilaih
Mudhaf

(c)    Bila Mudhaf Ilaih lebih dari satu kata maka Isim Ma’rifah yang ber-Alif-Lam hanya diberikan pada kata yang terakhir.
Perhatikan contoh berikut:

1.
مِفْتَاحُ بَيْتِ الْمُدَرِّسِ
Kunci rumah guru
2.
مِفْتَاحُ بَيْتِ مُدَرِّسِ الْفِقْهِ
Kunci rumah guru Fiqh


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
 Download:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...