Showing posts with label Kesempurnaan Solat. Show all posts
Showing posts with label Kesempurnaan Solat. Show all posts

Tuesday, July 5, 2011

KESEMPURNAAN SOLAT - Duduk Antara Dua Sujud


KESEMPURNAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

DUDUK ANTARA DUA SUJUD (1)

Duduk antara dua sujud jikalau sembahyang sunat sekali pun dengan thama’ninahnya (2).  Dan jangan dipanjangkan dia.  Demikian lagi pada I’tidal kerana adalah rukun yang pendek kedua-duanya.  Sunat menghantarkan kedua-dua tapak tangannya atas kedua-dua lututnya, dan dihunjurkan segala anak jarinya.  Sunat ia duduk istirahah (3) kemudian daripada sujud yang kedua, yang ia hendak berdiri daripadanya.  Sayogianya ia bertekan di atas kedua-dua tapak tangannya tatkala berdiri daripadanya.


(1)           Diterangkan dalam Bughyatut Thullab:  “Dan disyaratkan padanya itu bahawa jangan menyehaja bangkitnya itu akan yang lainnya.  Maka jika terduduk ia daripada Sujud sebab terkejut atau kena duri pada dahinya nescaya tidak memadai akan duduk antara dua sujudnya.  Maka wajib kembali ia kepada sujudnya kemudian ia bangkit duduk.

(2)           Lagi disyaratkan jangan lanjut kerana ia rukun yang pendek, tiada maksud bagi dirinya hendak menceraikan barang yang dahulu dan yang kemudiannya.  Maka jika dilanjutkan dia lebih daripada zikir yang dituntut di dalamnya, iaitu kadar sekurang-kurang Tasyahhud, batal sembahyangnya jika dengan sengahaja lagi tahu akan haramnya.”

(3)           Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab,  “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awal jua”.  Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi …”.  Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, menulis,  “Dan sunat ia duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaat yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua.  Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat keempat.  Dinamakan duduk itu Istirahah.  Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua Sujud jua.  Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya, melainkan pada Sujud Tilawah …”

{ Daripada Kitab MUN-YATUL MUSHALLI karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani }

Monday, July 4, 2011

KESEMPURNAAN SOLAT - Kesempurnaan Sunat Hai-at


KESEMPURNAAN SUNAT HAI-AT (1)

Ada pun sunat hai-atnya, yang tidak dijabarkan dengan “Sujud Sahwi” jumlahnya amat banyak, di antaranya:

(a)          Mengangkat dua tangan masa mula-mula bertakbiratul ihram dengan apa cara sekali pun asalkan diangkat dapatlah sunatnya.  Tetapi yang eloknya tapak tangan mengadap kiblat bertentang dengan bahu dan hujung jari bertentang dengan cuping telinga sebelah atas dan kedua-dua ibu jari bertentang dengan cuping telinga yang disebelah bawah.  Setelah habis menyebut “Akbar” turunkan kedua-dua tangan itu diletak tapak tangan yang kiri ke bawah dada ke atas sedikit daripada pusat bertentang dengan jantung hati (mirip ke kiri) manakala tapak tangan sebelah kanan digenggamkan di atas tapak tangan yang kiri itu dan boleh juga ditemukan pergelangan atas pergelangan tangan kiri dan jari-jarinya digenggamkan pada hujung tangan kiri.
(b)          Membaca doa iftitah kemudian daripada Takbiratul Ihram.
(c)          Membaca اَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ    pada tiap-tiap rakaat sebelum membaca bismillahhir rahmanir rahim untuk Fatihah.
(d)          Mengucap Amin  ( آمِبْنَ )  kemudian daripada selesai membaca Fatihah bagi diri sendiri dan mengucap Amin beserta dengan Amin yang disebut oleh imam.  Sunat berhenti saktah antara Fatihah dan Amin, antara Amin dan surah, antara surah dan Ruku’.
(e)          Membaca surah ayat Quran lepas membaca Fatihah pada dua rakaat yang pertama bagi imam atau orang yang sembahyang seorang diri (munfarad).  Surah itu hendaklah mengikut susunannya yang ada di dalam mushaf (Quran) jangan ditunggang balikkan.  Dipanjangkan bacaan surahnya pada sembahyang Subuh.  Sembahyang Zuhur dikurangkan sedikit daripadanya.   Sembahyang ‘Asar dan sembahyang ‘Isyak adalah pertengahan.  Dan sembahyang Maghrib yang terpendeknya.  Pada sembahyang Subuh Jumaat dibaca Alif Lam Mim Sajadah dan Hal Ata (surah Al-Insaan).
(f)           Menyaringkan suara  ( جهر )  ketika membaca Fatihah dan surah pada sembahyang Subuh, dua rakaat yang pertama sembahyang Maghrib, dua rakaan yang pertama sembahyang ‘Isyak, sembahyang Jumaat, sembahyang Raya Puasa dan Haji, sembahyang gerhana bulan, sembahyang minta hujan, sembahyang terawih dan dua rakaan sembahyang sunat Tawaf yang dilakukan waktu malam atau waktu Subuh
(g)          Membaca dengan suara perlahan  ( سر )  di tempat-tempat yang lain daripada yang tersebut pada (f) itu iaitu seperti sembahyang Zohor, sembahyang Asar, sunat-sunat mengiringi waktu, rakaat yang ketiga Maghrib, dua rakaat yang akhir bagi Isyak dan sembahyang gerhana matahari.  Tetapi segala sembahyang sunat mutlak yang diperbuat pada waktu malam sunat dibaca secara sederhana antara kuat dan perlahan.
(h)          Mengucap Takbiratul Intiqalat  ( الاِْ نْتِقَا لاَتْ )  yang lima iaitu:
(a)          Takbir Ruku’
(b)          Takbir turun kepada Sujud
(c)          Takbir bangkit daripadanya
(d)          Takbir Sujud yang kedua
(e)          Takbir bangkit daripada Sujud kepada Qiam

(i)            Mengangkat kedua-dua tangan seperti Takbiratul Ihram:
(a)          Tatkala hendak Rukuk
(b)          Tatkala bangkit daripada Rukuk kepada I’tidal, permulaan angkat kedua-duanya bersama-sama dengan angkat kepalanya
(c)          Tatkala bangkit daripada Tasyahhud Awal lepada Qiam
(j)         Membaca لِمَنْ حَمِدَهُ )  ( سَمِعَ اللهُ  ketika permulaan mengangkat kepalanya daripada Rukuk. Dan membaca  ( رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ )   apabila sudah berdiri betul.
(k)        Membaca  ( سُبْحَانَ رَبَّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ )   sekurang-kurangnya sekali.  Yang eloknya tiga kali, yang lebih elok lagi jika sembahyang seorang diri dibaca sampai sebelas kali atau imam di tempat yang makmumnya terhad dan mereka bersetuju baca lebih daripada tiga dengan ganjil-ganjil seperti lima kali, tujuh kali, sembilan kali dan sebelas kali.  Elok dibaca lebih tetapi jangan lebih daripada sebelas kali.
(l)         Membaca  ( سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلاَعْلَى وَبِحَمْدِهِ )    tatkala dalam Sujud sekurang-kurangnya satu kali, yang eloknya tiga kali, yang lebih elok lagi sampai sebelas kali sama seperti Sujud.
(m)         Membaca doa kemudian daripada Tasyahhud dan Shalawat pada Tasyahhud Akhir.
(n)       Duduk Tawarruk (2)  pada Tasyahhud Akhir, iaitu duduk atas dua punggunnya dan dikeluarkan kaki kiri di bawah betis kanannya.  Duduk Iftirasy (3)  iaitu duduk di atas tapak kaki kirinya dan mendirikan kaki kanannya, pada Tasyahhud Awal dan duduk antara dua sujud.  Duduk Istirahah (4).
(o)       Sunat menggenggamkan anak jari tangan kanan tatkala menghantarkannya pada lutut kanan dan dihantarkan jari kiri di atas peha kirinya berbetulan anak jarinya dengan kepala lututnya kepada kedua-dua Tasyahhud .
                       
Dan kaifiatnya menggenggamkan tangan kanan itu tiga jari, dilepaskan telunjuk, dan ditaruhkan ibu tangannya di sisi telunjuk.  Sunat mengangkatkan telunjuk tatkala mengatakan  لاَّ اللهُ  إِ maka makruh menggerak-gerakkan dia.
(p)          Sunat mengekalkan tilik kepada tempat Sujud, mengekalkan khusyu’, iaitu menghadirkan hatinya, tetap segala anggotanya, tadabbur, yakni mengira-ngirakan qiraahnya, dan akan zikirnya.
(q)          Memberi salam yang kedua serta berpaling ke kanan masa memberi salam yang pertama dan berpaling ke kiri masa memberi salam yang kedua.


(1)         Perkataan hai-at  itu jamak kepada haiah maknanya gerak geri.  Ertinya sunat hai-at itu gerak geri
            yang baik dan yang elok dilakukan.  Jika ditinggalkan tidak dikehendaki apa-apa, Cuma kurang
            elok.

(2)          Dalam Bughyatut Thullab, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menggunakan kalimah,  “ … duduk Tawarruk pada Tasyahhud yang mengiringi Salam”.

(3)           Di dalam Jawahir as-Saniah, dijelaskan bahawa duduk Istirasy juga dilakukan  “manakala ia hendak Sujud Sahwi” tetapi “manakala ia sudah Sujud Sahwinya maka hendaklan ia duduk Tawarruk”.  Duduk Iftirasy berlaku pula bagi  “orang yang masbuq”.

(4)           Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab,  “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awal jua”.  Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … , duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi …”.  Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, menulis,  “Dan sunat ia duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaan yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua.  Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat yang keempat.  Dinamakan duduk itu Istirahah.  Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua sujud jua.  Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya, melainkan pada Sujud Tilawah…”

Sumber: Kitab MUN-YATUL MUSHALLI oleh Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani

KESEMPURNAAN SOLAT - Kesempurnaan Sunat Ab'adh


KESEMPURNAAN SUNAT AB’ADH

Dan yang dinamakan sunat ab’adh(1) dalam sembahyang itu, yakni yang dijabarkan dengan “Sujud Sahwi”.  Hal ini berlaku sama ada pada sembahyang fardhu atau pun sembahyang sunat, ada tujuh: (2)

(a)          Membaca Tasyahhud Awal.
(b)          Membaca Shalawat atas Nabi S.A.W. kemudian daripada Tasyahhud.
(c)          Shalawat atas aali  ( آل ) (maksudnya keluarga Nabi S.A.W.) kemudian daripada Tasyahhud Akhir.
(d)          Duduknya untuk ketiga-tiga bacaan itu.
(e)          Membaca Qunut pada rakaat yang kedua sembahyang subuh dan pada rakaat akhir sembahyang witir malam 16 Ramadhan hingga akhir bulan.

(f)           Shalawat dan Salam atas Nabi S.A.W. dan atas  آل kemudian daripada Qunut.
(g)          Berdiri untuk dua bacaan itu.

(1)   Perkataan ab’adh itu jamak kepada ba’du maknanya sebahagian.  Ertinya sunat itu macam sebahagian daripada rukun sangat kuat dituntut supaya dikerjakan jika ditinggalkan sunat ditampal dengan sujud sahwi.

(2)   Di dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyimpulkan termasuk dalam kategori tiga sebab, tetapi dalam Bughyatut Thullab pada kategori empat sebab.  Keterangan dalam Bughyatut Thullab jauh lebih lengkap dari Jawahir as-Saniyah.  Di sini diringkaskan dari kedua-dua kitab yang tersebut, iaitu,  “Bermula Sujud Sahwi sunat dengan salah suatu daripada tiga (empat, dalam Bughyatut Thullab):

(i)   Meninggalkan sunat Ab’adh, iaitu Tasyahhud Awwal, Qunut Subuh, Qunut Witir bulan Ramadhan pada nisfu yang akhir, meninggalkan shalawat atas Nabi S.A.W. pada Tasyahhud Awwal, tertinggal shalawat atas keluarga Nabi S.A.W. pada Tasyahhud Akhir.

(ii)   Mengerjakan perbuatan yang tiada membatalkan sembahyang dengan lupa.

(iii)  Membaca rukun Qauli yang lain daripada Takbiratul Ihram dan Salam atau membaca sunatnya yang lain daripada tempatnya dengan sengaja atau dengan lupa.  Seperti membaca Fatihah atau surah di dalam Ruku’ atau I’tidal.

(iv)  Syak ia meninggalkan sesuatu Ab’adh daripada segala yang tersebut itu, seperti syak ia pada meninggalkan Qunut.

Dari Kitab MUN-YATUL MUSHALLI oleh Syeikh Daud bin Abdullan al-Fathani

KESEMPURNAAN SOLAT - Kesempurnaan Mendirikan Sembahyang Dan Memelihara Sembahyang


KESEMPURNAAN MENDIRIKAN SEMBAHYANG DAN MEMELIHARA SEMBAHYANG

Sabda Nabi S.A.W:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ اُصَلِّيْ

[Ertinya]:  “Sembahyanglah kamu seperti apa yang kamu lihat akan daku sembahyang”.

Maka hendaklah kita mengikut akan yang dikerjakan oleh Nabi S.A.W. atas jalan yang kita ambil daripada ulama ummat ini yang dahulu dan yang kemudian seperti yang tersebut di dalam kutub (kitab-kitab) mereka itu Radhiyallahu ‘anhum.  Ialah yang dinamakan dan yang dibilangkan daripada orang yang mendirikan sembahyang dan memeliharakan dia. 

Kemudian maka adalah bagi sembahyang itu adalah baginya rupa yang zahir yang sempurna, maka iaitu syarat seperti rohnya.  Maka rukunnya seperti kepalanya dan badannya.  Sunat ab’adh itu seperti anggotanya.  Dan sunat hai-at itu seperti segala bulu perhiasannya.  Dan ada baginya rupa hakikat yang batin, tiada sempurna bagi sembahyang dan tiada tamamnya melainkan dengan mendirikan ia dengan  kedua-duanya sekali.

Maka ada pun rupanya yang zahir itu, maka iaitu seperti berdiri, takbir, membaca surah, Fatihah, ruku’, I’tidal, dua sujud, duduk antara keduanya, dan duduk ta-syahhud, tahiyat, dan salam.  Inilah daripada segala rukun yang zahir, sunatnya, dan syaratnya.    

Ada pun hakikat yang batin, maka seumpama:  khusyu’, hadir hati, seumpama ikhlas, tazallul, tafahhum bagi ma’ani qiraah, tasbih, dan lainnya daripada segala wazhifah sembahyang yang bathiniah. 

Maka zahir sembahyang bahagian badan dan anggota sedangkan batin sembahyang bahagian hati dan sirr.  Dan demikian itu tempat tilik  Haq S.W.T. daripada hambaNya ialah hati dan sirr.

Kata Imam Ghazali Rahimahullah,  “Umpama orang yang mendirikan rupa sembahyang yang zahirnya jua, lalai ia daripada hakikatnya yang batin, seperti umpama seorang menghadiahkan bagi raja yang amat besar derajatnya akan seorang “dan-daian” (dayang-dayang, maksudnya pelayan-pelayan perempuan) yang mati tiada roh baginya.  Dan umpama orang yang mentaqshirkan pada mendirikan zahir sembahyang seumpama ia menghadiahkan kepada raja akan seorang dandaian yang terpotong anggotanya dan ketiadaan dua matanya.  Maka adalah ia orang yang menghadiahkan ini dan yang dahulunya melintungkan kedua-duanya itu akan diri kedua-duanya bagi raja itu siksa, dan murka, dan marahnya.  Kerana kedua-duanya itu menghinakan bagi kehormatan kerajaannya dan meringan-ringankan oleh kedua-duanya dengan hak kerajaannya.”

Kemudian katanya,  “Maka tilik olehmu akan diri kamu, yang kamu hadiahkan sembahyang kamu kepada Tuhan kamu, jangan ada seperti itu dan takut olehmu.  Kemudian maka takut bahawa engkau menghadiahkan dengan sifat ini, maka mewajibkan kamu akan siksa.   

[Dipetik dari Kitab Mun-Yatul Mushalli oleh Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani]

Sunday, July 3, 2011

KESEMPURNAAN SOLAT - Dibanding Sembahyang Dengan Manusia


DIBANDING SEMBAHYANG DENGAN MANUSIA
Kalau dibanding sembahyang ini dengan manusia, maka bagi sembahyang ada sembahyang zahir, iaitu mengerjakan syarat rukun, sunat ab’ad dan sunat hai’at.  Maka syarat sembahyang seperti nyawa.  Bermakna kalau tidak ada nyawa tentu manusia tidak hidup.  Begitulah kalau tiada syarat tentu tidak sah sembahyangnya. 

Dan rukun seperti kepala dan badan.  Bermakna kalau tiada rukun tentu tidak dikatakan sembahyang.  Begitulah kalau tidak ada kepala dan badan tentu tidak dikatakan manusia.

Dan sunat ab’ad seperti anggotanya:  kaki, tangan dan lain-lain.  Bermakna kalau tidak ada anggota apalah faedah manusia itu.  Begitulah kalau tiada sunat ab’ad apalah molek sembahyangnya.  Tentu tidak molek.  Maka janganlah kamu tinggal sunat  ab’ad ini

Dan sunat hai’at seperti bulu perhiasannya: rambut, bulu kening, bulu roma dan lain-lain.  Bermakna kalau tinggal sunat hai’at tentulah hudoh sembahyangnya, seperti orang yang lincin badannya tidak berbulu.  Maka apalah molek sembahyang kita itu..  Tentu tidak molek.  Kalau begitu janganlah lagi kita bermudah-mudah dengan tinggal sunat hai’at ini.  Kerana dunia sekarang, rambut dan bulu-bulu inilah kita bersangatan pada mengelokkan dia dengan berbagai-bagai celak dan bedak.  Maka pada sembahyang lebih-lebih lagi mesti mengelokkan dia dengan mengerja sunat ini dengan sempurna.

Dipetik dari Kitab Pati Mun-Yatul Mushalli susunan Haji Nik Abdullah Ahmad Jamboi.





Saturday, July 2, 2011

KESEMPURNAAN SOLAT - Duduk Tasyahud Akhir,Tawarruk,Tasyahud Awal,Istirahah,Iftirasy dan Duduk Antara Dua Sujud


KESEMPURNAAN DUDUK TASYAHUD AKHIR, DUDUK TAWARRUK, DUDUK  TASYAHUD AWAL, DUDUK ISTIRAHAH, DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Kesemuanya termasuk dalam Sunat Hai-at, iaitu duduk pada Tasyahud Akhir, Duduk Tawarruk (1), iaitu duduk atas dua punggungnya dan dikeluarkan kaki kiri di bawah betis kananya.  Pada Tasyahud Awal, dan duduk antara dua sujud, dan duduk istirahah (2) , dan iftirasy (3) , iaitu duduk di atas tapak kaki kiri, mendirikan kaki kanannya, kesemuanya adalah sunat.

Sunat menggenggamkan anak jari tangan kanan tatkala menghantarkannya pada lutut kanan dan dihantarkan jari kiri di atas peha kirinya berbetulan anak jarinya dengan kepala lututnya kepada kedua-dua Tasyahhud (4)

Dan kaifiyahnya menggenggamkan tangan kanan itu tiga jari, dilepaskan telunjuk, dan ditaruh ibu tangannya disisi telunjuk.  Sunat mengangkatkan telunjuk itu tatkala mengatakan:
أشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ الله
Maka makruh menggerak-gerakkan akan dia.


(1)   Dalam Bughyatut Thullab, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani menggunakan kalimat,  “… duduk Tawarruk pada Tasyahud yang mengiringi Salam.”

(2)   Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab, “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awwal jua”.  “Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi … “.  Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah sl-Fatani, menulis, “Dan sunat ia duduk istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaat yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua.  Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat keempat.  Dinamakan duduk itu istirahah.  Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua Sujud jua.  Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya.  Melainkan pada Sujud Tilawah.

(3)   Di dalam Jawahir as-Saniyah,  dijelaskan bahawa duduk  Iftirasy  juga dilakukan  “manakala ia hendak Sujud Sahwi”,  tetapi  “manakala ia sudah Sujud Sahwinya maka hendaklah ia duduk Tawarruk “.  Duduk  Iftirasy  berlaku pula bagi  “orang yang masbuq”.

(4)   Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab,  “ … digenggamkan segala anak jarinya yang kanan pada Tasyahhudnya melainkan telunjuk, maka dihunjurkan dia.  Dan sunat mengangkatkan dia tatkala menyebut  “illah”               ( إِلاَّ الله ) 
serta dicenderungkan sedikit supaya menghadapkan ke Kiblat kerana mengikut perbuatan Nabi S.A.W.  Dan mengqashadkan dan mengshahkan Tuhan yang disembah, maka dihimpun pada tauhidnya antara ‘itiqad, dan qauli, dan fi’li, dan hikmah ditentukan dengan telunjuk akan yang demikian itu.  Kerana bahawasanya ia berhubung dengan urat hati.  Maka adalah mengangkatkan dia itu sebab bagi  menghadirkan hati.  Dan dikekalkan dia hingga berdiri atau Salam …”.  “Bermula yang terlebih afdhal bahawa digenggamkan ibu tangannya pada lambung telunjuknya serta dihantarkan dia di bawah telunjuknya atau tepinya atau pada halafahnya, yakni dipertemukan ujung ibu tangan dan ujung jari tengahnya dan dihantarkan dia di atas jari tengahnya”.
 

[ Dari Kitab MUN-YATUL MUSHALLAI oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani ]

KESEMPURNAAN SOLAT - Sunat Rawatib

SUNAT  RAWATIB

Dan setengah daripada orang memelihara sembahyang ialah memelihara akan sunat rawatib ( sunat diapit fafdhu ), kerana sunat ini boleh menempel (menyempurnakan) kekurangan fardhunya, seperti sedikit cedera khusuk dan lalai hatinya.  Dan kalau tiada sunat nescaya fardhu itu kekallah dalam cedera dan rosaknya, dan luputlah bagi kita kelebihan yang amat besar di sisi TuhanNya.

Dan lagi adalah sunat itu labanya dan fardhu itu modalnya.  Dan apa faedah orang berniaga dengan tiada laba, kerana fardhu mesti dikerjakan dia, dan sunat itu untuk Tuhan tambah kasih dan ridhoNya.

Telah datang hadis maksudnya:  Bahawasanya awal-awal amalan yang dihisab ialah sembahyang.  Apabila didapati padanya kurang, dikata baginya, tilik oleh mu adakah baginya sunat yang menyempurna akan yang kurang itu, yakni kalau ada sunat di tempel dengannya dan kalau tiada terserah jua kepada TuhanNya. 

Dan sunat rawatib itu dua puluh dua rakaat yang muakkad dan tidak muakkad.  Iaitu empat rakaat dengan dua salam dahulu daripada zuhur, dan empat rakaat pula dengan dua salam kemudian daripadanya. Dan empat rakaat jua dengan dua salam dahulu daripada asar. Dan dua rakaat dahulu daripada maghrib dan dua rakaat pula kemudian daripadanya.  Dan dua rakaat dahulu daripada isya’ dan dua rakaat pula kemudian daripadanya.  Dan dua rakaat jua dahulu daripada subuh.  Jumlah sekalian dua pulu dua rakaat.

Dan kalau rawatib muakkad sahaja sepuluh rakaat jua, iaitu:
            Dua rakaat dahulu daripada subuh (tidak ada ba’diah)
            Dua rakaat dahulu daripada zuhur disebut Qabliah
            Dua rakaat kemudian daripada zuhur disebut ba’diah
            Dua rakaat kemudian daripada maghrib disebut ba’diah
            Dua rakaat kemudian daripada isya’ disebut ba’diah

Dan kalau rawatib tidak muakkad sahaja dua belas rakaat jua, iaitu:
Dua rakaat dahulu daripada zuhur (tambah dua rakaat lagi atas dua yang ada jadi empat = muakkad + tidak muakkad)
Dua rakaat kemudian daripada zuhur (tambah dua rakaat lagi atas dua yang ada jadi empat = muakkad + tidak muakkad)
            Empat rakaat dahulu daripada asar (tidak ada ba’diah)
            Dua rakaat dahulu daripada maghrib disebut Qabliah khafifah (yang ringan)
            Dua rakaat dahulu daripada isya’ disebut Qabliah

Sunat rawatib pada mereka yang hadir sembahyang Jumaat sama macam rawatib sembahyang zuhur.

Dan sembahyang sunat rawatib ini disyarat niat pada Takbiratul Ihram jika dahulu daripada fardhu wajib ada pada niatnya  “Qabliah” (dahulu).  Dan jika kemudian daripada fardhu wajib ada pada niatnya “ ba’diah” (kemudian), seperti:
" اصلّى سنّة الظّهر ر كعتين قبليّة لله تعالى "                         
(Sahaja aku sembahyang sunat zuhur dua rakaat Qabliah kerana Allah Taala)

Kalau dahulu, dan kalau kemudian daripadanya diganti tempat “Qabliah” dengan “Ba’diah”.  Begitulah dikiaskan pada yang lain.

Sunat rawatib yang tiada ba’diah tidak wajib ditentukan Qabliah atau ba’diah seperti:
" اصلّى سنّة الصّبح ر كعتين لله تعالى "                            
(Sahaja aku sembahyang sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala)

Dengan ini kiaskanlah sembahyang sunat dahulu daripada asar.

Cara mengerjakan sembahyang sunat rawatib ini yang eloknya ialah dua rakaat satu takbir dan satu salam.  Rakaat yang pertama baca Fatihah dan Suratul kafirun (Qulya aiyuhal kafirun) dan rakaat kedua baca Fatihah dan Suratul ikhlas (Qulhu allahu ahad).  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...