Showing posts with label Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith. Show all posts
Showing posts with label Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(13)-Dalil Membaca Al-Fatihah (Rukun Ke Empat)




DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

13.  DALIL DALIL MEMBACA AL-FATIHAH-(RUKUK KE EMPAT)

Bil.
Dalil
1.
Dari ‘Ubadah bin As-Somit r.a., bahawa Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Tidak sah sembahyang bagi orang yang tidah membaca surah Al-Fatihah.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
2.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu sembahyang, sedang ia tidak membaca padanya (surah Al-Fatihah) ibu al-quran, maka sembahyangnya itu adalah cacat (tidak sah) …..” [Riwayat Muslim]
3.
Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Apabila imam mengucapkan amin maka hendaklah kamu mengucapkan amin juga kerana sesungguhnya barang siapa yang sebutan amin-nya serentak dengan sebutan amin para malaikat maka akan diampunkan apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya.” [Riwayat Muslim]
PERHATIAN:
Menurut huraian ulama’, hadith-hadith ini menjadi dalil tentang wajibnya membaca surah Al-Fatihah dalam tiap-tiap rakaat dalam sembahyang – samaada ia sembahyang seorang diri atau sembahyang berjamaah, meliputi imam dan makmum. Demikian juga samaada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sembahyang sunat.
Surah Al-Fatihah itu di mulai dari: " بسم الله الرحمن الرحيم " hingga " ولا الضالين " serta disunatkan membaca " امين " pada akhirnya.
Ia dinamakan Ibu Al-Quran kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar Islam yang asasi yang kerananya Al-Quran diturunkan.
Bacaannya wajib dipelajari serta dibunyikan huruf-hurufnya dengan betul. Hendaklah juga difahami maknanya, kerana fahaman yang mendalam sahajalah yang akan memberikan faedah dan kesan yang sebaik-baiknya.
Demikianlah juga halnya bacaan-bacaan yang lain dalam sembahyang.

Download tajuk ini:

Friday, December 23, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(12)-Dalil Berdiri Betul-Qiyam (Rukun Ke Tiga)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

12.  DALIL BERDIRI BETUL-QIYAM-(RUKUK KE TIGA)

Bil.
Dalil
1.
Dari Abu Humaidi Asy-Sa’idi r.a., katanya: “ ….. biasanya (Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam) apabila berdiri hendak mengerjakan sembahyang, ia berdiri tegak dan mengangkat kedua tangannya hingga menyamai kedua bahunya, (lalu bertakbir – dengan takbiratulihram) …..” [Hadith riwayat Imam Ahmad dan lainnya]
2.
Dari ‘Imran bin Hushain r.a., telah berkata: Aku telah terkena penyakit buasir, lalu aku bertanya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam tentang (bagaimana cara untuk aku) solat. Lalu baginda bersabda: “Solatlah dalam keadaan engkau berdiri, sekiranya tak mampu, maka sambil duduk, sekiranya tak mampu juga maka solatlah dalam keadaan engkau berbaring – dengan mengiring (ke sebelah kanan) …..”. [Hadith shahih riwayat Bukhari.]
3.
Hadith ke 2 ini juga diriwayatkan oleh Nasa’I dan ada tambahan di hujungnya, iaitu (Baginda bersabda): “Kalau engkau tidak juga dapat (mengerjakan sembahyang dengan cara yang tersebut), maka hendaklah engkau mengerjakannya dengan telentang; Allah tidak memberati seseorang melainkan sekadar yang terdaya olehnya.” 
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/XlY9ELsi/12_Dalil_Berdiri_Betul-Qiyam-_.html

Tuesday, December 20, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(11)-Dalil Takbiratulihram (Rukun Kedua)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
11.  DALIL TAKBIRATULIHRAM (RUKUN KEDUA)

Bil.
Dalil
1.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang ….. hendaklah engkau mengucap takbir -  الله اكبر – (Takbiratulihram) …… “ [Riwayat Bukhari dan Muslim]
2.
Dari Abu Humaidi Asy-Sa’idi r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, ia mengadap khiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata:  " الله اكبر "  .” [Riwayat Ibnu Majah]
3.
Dari Ali r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Anak kunci sembahyang ialah kesucian (dari hadas dan benda-benda najis), dan yang mengharamkan perkara-perkara yang membatalkannya ialah takbiratulihram dan (sebaliknya) yang menghalalkan semula (perkara-perkara yang terlarang) di dalamnya ialah salam.” [Riwayat Abu Daud dan lain-lainnya]
4.
Daripada Aisyah r.a., telah berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam memulakan solatnya dengan takbir ….. “ [Riwayat Muslim]
5.
Mengangkat Tangan Ketika Takbir (Sunat):
Sesungguhnya Abdullah Ibnu Umar r.a., telah berkata: “Aku telah melihat Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam memulakan solatnya dengan takbir seraya mengangkat tangannya hingga ke paras bahu ketika Baginda bertakbir ….. “ [Riwayat Al-Bukhari]
6.
Meletakkan Tangan Kanan Di Atas Lengan Kiri (Sunat):
Daripada Sahl bin Sa’d r.a. telah berkata: “Para sahabat telah diperintah meletakkan tangan kanan di atas lengan kiri mereka ketika solat.” [Riwayat Al-Bukhari]

 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

Sunday, December 18, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(10)-Dalil Niat (Rukun Pertama)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
10.  DALIL NIAT (RUKUN PERTAMA)

Bil.
Dalil
1.
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan sepaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. [QS. Al-Bayyinah: 98:5]
2.
Daripada Umar ibnu Khattab r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah bergantung kepada niat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau perempuan yang ia ingin menikahinya maka ia akan mendapat apa yang ia tuju itu.” [Riwayat Muslim]
KESIMPULAN:
Jika Sembahyang yang hendak dikerjakan itu sembahyang fardhu, fardhu zuhur misalnya, maka semasa berniat dalam hati wajib mengingat tiga perkara:
  1. Mengingat mengerjakan sembahyang, dengan mengingat “Sahaja aku mengerjakan sembahyang”. Ini Qashad ( قصد )  namanya.
  2. Mengingat bahawa sembahyang yang dikerjakan ialah sembahyang “fardhu”. Ini Ta’arrudh  ( تعرض )  namanya.
  3. Mengingat bahawa sembahyang fardhu yang dikerjakan itu ialah sembahyang “zuhur”. Ini Ta’aiyun  ( تعين ) namanya.
Kesimpulan niat ketiga-tiganya: “Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur” hendaklah diingat atau dihadirkan dalam hati semasa melafazhkan  " الله اكبر" (Takbiratulihram)
Jelasnya, niat itu hendaklah “terlintas di hati” dalam takbiratulihram, jangan terdahulu daripada alif  " الله " dan jangan pula terkemudian daripada ra’  " اكبر " . Ini Muqaranah          ( مقارنه )  namanya – yakni  “menyertakan niat” betul-betul dalam takbiratulihram.

Sumber: Mun-Yatul Mushalli, Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani.


 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

Thursday, December 15, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(9)-Dalil Rukun Sembahyang


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
9.  DALIL RUKUN SEMBAHYANG

Bil.
Dalil
1.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki telah masuk ke dalam masjid, sedang Rasulullah salallahu ‘alyhi wa sallam duduk di suatu sudut di masjid itu. Orang itu pun mengerjakan sembahyang, kemudian datang memberi salam kepada Baginda.
Rasulullah sallallahu ‘alyhi wa sallam menjawab salamnya lalu berkata kepadanya: “Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidak mengerjakan sembahyang (dengan betul).”
Orang itu pun pergi sembahyang semula, kemudian datang memberi salam kepada Baginda.
Rasulullah sallallahu ‘alyhi wa sallam menjawab salamnya lalu berkata lagi kepadanya:  “Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidan mengerjakan sembahyang (dengan betul).”
Orang itu pun berkata pada kali yang ketiga – atau pada kali yang selepasnya: “Ajarkanlah saya, ya Rasulullah, (kerana sebenarnya saya tidak mengetahuinya).”
Baginda pun menerangkan kepadanya (sifat sembahyang dan cara mengerjakannya yang betul) dengan bersabda: “Apabila engkau bangun hendak mengerjakan sembahyang, hendaklah engkau mengambil wuduk dengan sempurna (meliputi rukun-rukun dan sunat-sunatnya); kemudian (pergilah ke tempat sembahyang dan berdirilah dengan betul serta) mengadap kiblat, setelah itu bertakbirlah engkau (dengan takbiratul ihram – disertakan dengan niat); kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana ayat atau surah) dari Al-Quran yang mudah engkau dapat membacnya, kemudian rukuklah sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah – dalam rukukmu itu; kemudian bangkitlah dari rukuk sehingga engkau berdiri tegak (dan berhenti sebentar – berthama’ninah padanya); kemudian sujudlah sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah – dalam sujudmu itu, kemudian bangkitlah dari sujud sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah dalam dudukmu; kemudian sujudlah sekali lagi)”
Pada satu riwayat yang lain (Baginda bersabda): “Kemudian hendaklah engkau bangkit (dari raka’at yang pertama) sehingga engkau berdiri tegak (untuk meneruskan sembahyang); kemudian buatlah yang demikian itu dalam seluruh sembahyangmu”. [Hadith shahih riwayat Bukhari dan Muslim]
Rukun Sembahyang
Menurut huraian ulama’, rukun-rukun sembahyang tiga belas perkara, iaitu:
(1) Niat, (2) Takbiratul ihram, (3) Berdiri betul, (4) Membaca Al-Fatihah, (5) Rukuk beserta dengan thama’ninah (berhenti sebentar), (6) ‘Itidal (berdiri semula dari rukuk) beserta dengan thama’ninah padanya, (7) Sujud (dua kali) beserta dengan thama’ninah padanya, (8) Duduk antara dua sujud beserta dengan thama’ninah padanya, (9) Membaca tasyahud akhir, (10) Duduk padanya, (11) Shalawat atas Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam padanya, (13) Memberi salam, (13) Tertip (menurut susunannya berturut-turut seperti yang tersebut).

 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

Wednesday, December 14, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(8)-Dalil Berhubung Dengan Azan


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
8.  DALIL BERHUBUNG DENGAN AZAN

Bil.
Dalil
1.
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”[QS. Al-Jumu’ah:  62:9]
2.
“Dan apabila kamu menyeru (seruan azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka (musuh Islam) menjadikan (seruan azan dan) sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.” [QS. Al-Maa’idah: 5:58]    
3.
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahawa Rasulullah allallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mendengar seruan azan, maka jawablah sebagaimana yang disebut oleh bilal (penyeru azan) itu.” [Hadith shahih riwayat Bukhari dan Muslim]
4.
Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa (yang dipohon dalam masa) antara azan dan qaamat tidak ditolak.” [Riwayat Nasaa’i]
5.
Dari Abdullah bin ‘Amru r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mendengar bilal (menyeru azan) maka jawablah kamu seperti (kalimah-kalimah azan) yang diserukannya; kemudian (setelah selesai azan) bershalawatlah kamu atasku, kerana sesiapa yang bershalawat atasku satu shalawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab satu shalawat itu, kemudian pohonkanlah kamu kepada Allah untukku (supaya aku diberikan) al-wasilah, kerana al-wasilah itu iaiah satu darjat kedudukan di syurga yang tidak sepatut dikurniakan melainkan kepada seseorang dari hamba-hamba Allah (yang pilihan), dan aku berharap bahawa akulah hendaknya orang itu. Maka sesiapa yang berdoa memohon untukku (supaya aku dikurniakan) al-wasilah itu, berhaklah ia mendapat syafa’at (ku).” [Hadith shahih riwayat Muslim]
6.
Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa berdoa semasa mendengar seruan azan (selesai) dengan berkata:
اللهُمَّ رَبَّ هَذَهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ:
(sesiapa yang berdoa demikian), nescaya ia berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat kelak.” [Hadith shahih riwayat Bukhari dan lain-lain]
7.
Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa di antara azan dengan qaamat tidak ditolak oleh itu berdoalah kamu”. Sahabat-sahabat baginda bertanya: “Apa yang kami hendak katakan dalam (doa kami itu) ya Rasulullah?” Baginda menerangkan: “Pohonkanlah kepada Allah keselamatan di dunia dan di akhirat.” [Hadith hasan shahih riwayat Tirmizi dan lain-lain]

 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

Sunday, December 11, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(7)-Dalil Menghadap Kiblat (Syarat)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

7.  DALIL MENGHADAP KIBLAT (SYARAT)

Bil.
Dalil
1.
Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu (wahai Muhammad) menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Al-Kitab (Taurat dan Injil), mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. [QS. Al-Baqarah: 2:144]
2.
Dan dari mana sahaja kamu berangkat, maka palingkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram. Dan di mana sahaja (sekelian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada Ku (sahaja). Dan agar Ku sempurnakan nikmat Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk. [QS. Al-Baqarah: 2:150]
3.
Dari Al-Bara’ r.a., katanya: Kami telah sembahyang bersama-sama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (dengan menghadap) ke Bait Al-Makhdis, selama enam belas bulan atau tujuh belas bulan; kemudian kami diarahkan berkiblat ke Kaabah. [Hadith Shahih – Riwayat Muslim]
4.
Daripada Abu Hurairah r.a., telah berkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda dalam hadith orang yang tidak sempurna solatnya: “Apabila kamu ingin mendirikan solat maka sempurnakanlah wuduk kemudian menghadap kiblat dan bertakbirlah.” [Riwayat Al-Bukhari]
5.
Dari Rifa’ah bin Rafi’ Al-Zuraqi r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda (kepada orang yang mengerjakan sembahyangnya dengan cara yang tidak betul): “Apabila engkau hendak mengerjakan sembahyang maka berwuduklah dengan cara yang sebaik-baiknya, kemudian hendaklah mengadap kiblat, kemudian bertakbirlah (mengerjakan sembahyang) ….. “ [Hadith Shahih – Riwayat Imam Ahmad]


Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/LB_rrfFf/7_Dalil_Meghadap_Kiblat__Syara.html

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(6)-Dalil Mengetahui Masuk Waktu (Syarat)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

6.  DALIL MENGETAHUI MASUK WAKTU (SYARAT)

Bil.
Dalil
1.
Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang beriman. [QS. Al-Nisa’: 4:103]
2.
Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat). [QS. Al-Isra’: 17:78]
3.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alyhi wa sallam bersabda: “Jibril, ‘alayhi salam, telah menjadi imam sembahyang bagiku dua kali di sisi baitullah (untuk menerangkan waktu-waktu sembahyang)-Lalu ia sembahyang dzuhur denganku ketika gelincir matahari, iaitu ketika kelihatan sedikit bayang-bayang yang menunjukkan gelincirnya; dan ia sembahyang ‘asar denganku ketika bayang-bayang sesuatu benda  sama panjangnya dengan benda itu; dan ia sembahyang (maghrib)  denganku (ketika matahari masuk) semasa orang yang berpuasa berbuka puasa; dan ia sembahyang isya’ denganku ketika hilang mega (mega merah); dan ia juga sembahyang subuh denganku ketika diharamkan makanan dan minuman atas orang yang berpuasa.”
 “Setelah itu maka pada hari esoknya pula, (Jibril datang lagi menjadi imam dan) ia sembahyang dzuhur denganku ketika (hampir-hampir) bayang-bayang sesuatu benda; dua kali panjangnya dari benda  itu; dan ia sembahyang maghrib denganku (ketika matahari masuk) semasa orang yang berpuasa berbuka puasa-(tidak berubah waktunya); dan ia sembahyang isya’ denganku (pada waktu yang lewat iaitu) hingga berlalu sepertiga (dari waktu) malam; dan ia sembahyang subuh denganku ketika bersinar siang; kemudian ia berpaling kepadaku lalu berkata: ‘Wahai Muhammad, ini ialah waktu sembahyang Nabi-Nabi yang terdahulu daripadamu; dan (dalam pada itu) waktu sembahyang yang mudah diketahui) ialah di antara dua waktu ini.’ [Riwayat Abu Daud dan lain-lainnya]  


Untu download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/FcxanZAK/6_Dalil_Mengetahui_Masuk_Waktu.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...