Showing posts with label Solat-Solat Sunat. Show all posts
Showing posts with label Solat-Solat Sunat. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

PANDUAN SOLAT SUNAT CARA NABI SAW - Solat Witir

Mengandungi huraian yang lengkap dan terperinci. Silakan membaca dan memahaminya serta mengamalkannya.
Untuk download sila klik pada link berikut:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/5.htm

Sila ikuti ceramah "Solat Witir" oleh Ustaz Azhar Idrus:

Monday, August 1, 2011

SOLAT SUNAT ISTIKHARAH - Tatacara Melaksanakannya

SOLAT ISTIKHARAH – Tata Cara Melaksanakannya

PENGENALAN

Silat Istikharah bermaksud solat untuk memohon kepada Allah agar ditunjukkan keputusan yang terbaik dalam sesuatu urusan yang menimbulkan keraguan dalam memilih keputusan yang terbaik.

DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat ini disunatkan walaupun bagi urusan-urusan yang kecil.  Solat Istikarah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin Abdullah r.a., dia berkata:  Rasulullah SAW pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari Al-Quran.  Baginda bersabda: 

“Apabila salah seorang di antara kamu berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah ia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardhu kemudian membaca doa:

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebut secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan:  baik dalam waktu yang dekat ataupun yang akan datang – maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkan ia untukku.  Kemudian berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.

Dan jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebut secara langsung urusan yang dimaksudkan) buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku – atau mengucapkan:  baik dalam waktu yang dekat maupun yang akan datang – maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada.  Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

Baginda bersabda:  Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.”  (Riwayat Imam al-Bukhari).

WAKTUNYA

1.  Solat Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki asalkan bukan di dalam waktu-waktu yang dilarang solat sunat.
2.  Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
3.  Solat ini sangat peribadi sifatnya.  Sebab itu harus dikerjakan sendirian.
4.  Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama
(1)  Berniat didalam hati.  Lafaz niatnya:
أُصَلَّى سُنَّةً الإِْسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
(Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
(2)  Takbiratul Ihram.
(3)  Doa Iftitah.
(4)  Membaca surah Al-Fatihah.
(5)  Membaca surah Al-Quran:  Selepas Al-Fatihah membaca surah Al-Kafirun.
(6)  Rukuk.
(7)  ‘Iktidal.
(8)  Sujud.
(9)  Duduk antara dua sujud.
(10)  Sujud kali kedua.
(11)  Bangun untuk rakaat kedua.

Rakaat Kedua
(1)  Ulang seperti rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10), kecuali no. (5) Membaca surah Al-Quran:  Selepas Al-Fatihah membaca suran Al-Ikhlas.
(2)  Duduk untuk Tahiyat Akhir.
(3)  Memberi salam .
(4)  Membaca doa istikharah (seperti dalam hadis di atas)

BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

1.  Solat istikharah hanya boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan urusan-urusan yang harus sahaja, baik ianya isu yang besar ataupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak.  Contohnya membuat keputusan perkahwinan, perniagaan, untuk keluar bermusafir dan sebagainya.  Bagi urusan-urusan yang diwajibkan atau disunatkan Syarak, tidak perlu lagi istikharah.  Setiap yang disuruh oleh Syarak adalah jelas baik tanpa syak lagi.  Begitu juga dengan urusan-urusan yang diharamkan oleh Syarak atau dimakruhkan, tidak perlu lagi  diistikharahkan kerana ia dilarang oleh Syarak.  Setiap yang dilarang oleh Syarak adalah buruk tanpa syak lagi.
2.  Tidaklah termasuk dalam syarat solat istikharah bahawa  seseorang itu akan mendapat mimpi tentang pilihan terbaik.  Adapun tanda-tanda atau petunjuk dari Allah selepas istikharah ialah apa yang dirasakan oleh hati. Orang yang beristikharah itu hendaklah melakukan atau memilih apa yang hatinya berasa senang dan yakin untuk melakukannya.
3.  Suatu perkara yang perlu diingat ialah ketika melakukan istikharah, hati hendaklah ikhlas kepada Allah.  Jangan melakukan istikharah dalam keadaan hati cenderung pada mana-mana keputusan, kerana itu tandanya hati kita tidak ikhlas dalam beristikharah kepada Allah.  Jangan berpegang dengan ketenangan hati yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah.  Maknanya orang yang melakukan istikharah hendaklah ia meninggalkan pilihan sendiri sebelum istikharah, kerana kalau demikian bukanlah beristikharah kepada Allah namanya, tetapi beristikharah kepada nafsu sendiri..

Wallahu a’lam. 


Sunday, July 31, 2011

SOLAT SUNAT DHUHA - Cara Melaksanakannya


SOLAT SUNAT DHUHA – Cara Melaksanakannya

Bil.
Perkara
Cara
1.
Pengertian
Sesuai dengan namanya “dhuha” yang bermaksud pagi, solat sunat dhuha ialah solat yang dikerjakan setelah terbit matahari, iaitu pada waktu matahari sedang naik.
2.
Waktunya
Ruang waktunya bermula apabila matahari telah naik sekadar tujuh hasta atau sekadar satu galah tingginya pada pandangan mata hingga gelincir matahari.  Secara mudahnya batas waktu solat sunat dhuha ini  antara sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.
3.
Bilangan Rakaat
Dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat.  Tiap-tiap dua rakaat satu takbir dan satu salam.
4.
Lafaz Niatnya
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
5.
Bacaan Selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Al-Lail
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Ad-Dhuha
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua    - Surah Al-Ikhlas
6.
Bacaan Selepas Salam

Selepas salam baca tasbih ini sebanyak 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ والْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْظِيْمِ، عَدَدَ خَلْقِ اللهِ وَبِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ.
“Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah selama kekalnya kekuasaan Allah”.
7.
Doanya
(Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu asalkan memahami maksud bacaannya).  Baca doa ini:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Dengan berkat kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurniakanlah akan daku barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh”.
8.
Dalil-dalil Solat Sunat Dhuha
(1)-Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Nabi SAW, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah SAW) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

(2)-Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, beliau bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, ‘Dhuha’. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru:  manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.”  (At-Tabrani)

(3)-Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW:  “Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga.” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

Wednesday, June 15, 2011

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN


Gerhana bulan atau matahari ialah satu fenomena di mana hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Pada tengah malam ini, 16-Jun-2011, insyaAllah akan berlaku Gerhana Bulan Penuh yang merupakan fenomena yang amat jarang berlaku di mana bulan akan melewati pusat bayangan bumi. Kali terakhir fenomena ini dapat disaksikan di Malaysia adalah 11 tahun dahulu!!!



Untuk pengetahua semua, ia bukanlah satu petanda akan kemurkaan Allah swt, tetapi sebaliknya merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT.

Ia juga merupakan satu bentuk peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya; kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya menerusi penghayatan iman dan sains.

Terdapat satu solat sunat yang dinamakan Solat Khusuf/Kusuf yang boleh kita lakukan bagi memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh.

Hukum solat sunat ini adalah sunat Muakkad dan ianya boleh ditunaikan secara berjemaah atau bersendirian.

Sila ikuti tatacara solat sunat gerhana matahari dan bulan pada link berikut:
http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...