Sunday, November 27, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(9/22)-Isim Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhir

ILMU SHOROF (ii)-(9/22)-Isim Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhir
Yang dimaksud dengan perubahan harokat akhir ialah berubahnya harokat akhir dari suatu kata apabila kemasukan suatu ‘amil.
‘Amil adalah penyebab yang menjadikan harokat akhir suatu kata mempunyai kedudukan tertentu dala suatu kalimat (jumlah).
Isim ditinjau dari perubahan harokat akhir terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:
1.                  Isim Mu’rob, iaitu isim yang boleh berubah harokat akhirnya kerana kemasukan ‘amil.
2.                  Isim Mabni, iaitu isim yang tidak boleh berubah harokat akhirnya walaupun kemasukan ‘amil.
Isim Mu’rob
Isim Mu’rob adalah isim yang boleh berubah harokat akhirnya kerana kemasukan ‘amil.
Contoh:

جَاءَ مُحَمَّدٌ
Muhammad telah datang
رَأَيْتُ مُحَمَّدًا
Aku melihat Muhammad
مَرَرْتُ بِمُحَمَّدٍ
Aku berjalan dengan Muhammad

Isim Mabni
Isim Mabni adalah isim yang tidak boleh berubah harokat akhirnya walaupun kemasukan ‘amil. Isim mabni terbahagi kepada lapan jenis:
1.                  Isim Dhomir (ganti nama)
2.                  Isim Isyaroh (kata tunjuk)
3.                  Isim Maushul (kata sambung)
4.                  Isim Syarat (isim yang memerlukan fi’il syarat dan jawab syaratnya)
5.                  Isim Istifham (kata tanya)
6.                  Asma’ul Af’al (isim yang menunjukkan makna fi’il tetapi tidak menerima tanda-tanda fi’il.
7.                  Sebahagian Zhorof (isim yang menunjukkan waktu atau tempat terjadinya suatu kejadian).
8.                  Bilangan 11 – 19.

 Untuk download tajuk ini sila klik link berikut:

Friday, November 25, 2011

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

DOA AKHIR TAHUN

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang memabaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Doanya adalah:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam  kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DOA AWAL TAHUN

Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun:
Maksud Doa:
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.

Wednesday, November 16, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(8/22)-Isim Ditinjau Dari Kejelasannya (2):Isim Ma'rifah (sambungan)

ILMU SHOROF (ii)-(8/22)-Isim Ditinjau Dari Kejelasannya
(Isim Ma’rifah-Sambungan)
Isim Dhomir
Isim Dhomir adalah isim yang menunjukkan erti kata ganti orang pertama, kedua atau ketiga.
-          Orang pertama adalah yang berbicara
-          Orang kedua adalah yang diajak berbicara
-          Orang ketiga adalah yang dibicarakan
Contoh:
Orang  pertama:
أَنَا  (saya)
نَحْنُ  (kami)

Orang kedua:

Mudzakkar
أَنْتَ
(kamu)
أَنْتُمَا
(kalian, berdua)
أَنْتُمْ
(kalian, lebih dari dua)

Muannats
أَنْتِ
(kamu)
أَنْتُمَا
(kalian, berdua)
أَنْتُنَّ
(kalian, lebih dari dua)

Orang ketiga:

Mudzakkar
هُوَ
(dia)
هُمَا
(mereka, berdua)
هُمْ
(mereka,lebih dari dua)

Muannats
هِيَ
(dia)
هُمَا
(mereka, berdua)
هُنَّ
(mereka,lebih dari dua)

Isim Isyaroh
Isim Isyaroh (kata tunjuk) adalah isim yang menunjukkan sesuatu. Biasanya diertikan sebagai “ini” atau “itu”. Contoh:
هَذَا
(ini, untuk mudzakkar)
هَذِهِ
(ini, untuk muannats)
ذَلِكَ
(itu, untuk mudzakkar)
تِلْكَ
(itu, untuk muannats)

Isim Maushul
Isim Maushul (kata sambung) adalah isim yang diletakkan untuk menerangkan, sebagai perantara kata yang disebutkan sesudahnya. Ia biasa diertikan sebagai  “yang”. Contoh:
الَّذِيْ (yang, untuk mudzakkar)
الَّتِيْ (yang, untuk muannats)

Isim Munada
Isim Munada adalah isim yang menjadi ma’rifah kerana dipanggil atau didahului huruf nida’ (huruf panggilan). Contoh:
يَا رَجُلُ
(Wahai laki-laki)
يَا أُسْتَاذُ
(Wahai guru)
يَا عَبْدَ اللهِ
(Wahai Abdullah)

Isim Alam
Isim Alam adalah isim yang menunjukkan erti nama, baik nama manusia atau selain manusia. Contoh:
مُحَمَّدٌ (Muhammad)
مَكَّةُ (Kota Makkah)
النَّيلُ (Sungai Nil)

Idhofah (Mudhof – Mudhof Ilaih)
Mudhof Ilaih ertinya bersandar kepada isim yang ma’rifah, maksudnya isim yang nakiroh akan menjadi ma’rifah apabila bersambung dengan isim ma’rifah. Contoh:
كِتَابُ  النَّحْوِ
(Kitab nahwu)
قَلَمُــــــهُ
(penanya)
قَلَمُ   مُحَمَّدٍ
(Pena milik Muhammad)


Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/YbWvApsO/ILMU_SHOROF__ii_-_845_-Isim_Di.html

ILMU SHOROF (ii)-(7/22)-Isim Ditinjau Dari Kejelasannya

ILMU NAHWU (ii)-(7/22)-Isim Ditinjau Dari Kejelasannya
(Isim Nakiroh & Isim Ma'rifah)
Isim ditinjau dari kejelasannya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1.       Isim Nakiroh,  iaitu isim yang menunjukkan makna umum atau belum jelas kekhususannya.
2.       Isim Ma’rifah  iaitu isim yang menunjukkan makna khusus atau sudah jelas kekhususannya. Ia termasuk diawali alif-lam, isim dhomir, isim isyaroh, isim maushul, isim munada, isim alam dan idhofah (mudhof-mudhof ilaih).
Isim Nakiroh
Isim Nakiroh adalah isim yang menunjukkan makna umum atau belum jelas kekhususannya. Contoh:
رَجُلٌ
(seorang laki-laki)
وَلَدٌ
(seorang anak laki-laki)
نَبِيٌّ
(seorang Nabi)
أُسْتَاذٌ
(seorang guru)

Keterangan:
Isim nakiroh biasanya ditandai dengan tanwin   (  ً  ٍ  ٌ  ) .
Isim Ma’rifah
Isim Ma’rifah adalah isim nakiroh yang diawali/ditambah  " ال " akan menjadi isim ma’rifah. Contoh:
الرَّجُلُ
(laki-laki itu)
الْوَلَدُ
(anak laki-laki itu)
النَّبِيُّ
(Nabi itu)
الْأُسْتَاذُ
(guru itu)

Keterangan:
Apabila diawali/ditambah  " ال " tanwinnya dihilangkan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...