SURAH AL-BURUUJ
Saturday, February 11, 2012
Tuesday, February 7, 2012
Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (28/30)
Monday, February 6, 2012
BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 4-Tanda-tanda Isim
BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 4 – Ciri-Ciri Isim
Ciri-ciri atau tanda-tanda isim adalah seperti berikut:
1. Tanwin
Apabila suatu kalimah itu mempunyai harokat akhirnya tanwin, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah: (2:22):
فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادًا وَ أَنتُمْ تَعْلَمُونَ.
- Khafadh (Kasrah
Apabila suatu kalimah itu mempunyai harokat akhirnya kasrah, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Fatihah:(1:1):
بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَنِ الرَّحِيمِ.
- Alif dan Lam
Apabila suatu kalimah itu diawali dengan alif dan lam, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah:(2:2):
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ.
- Huruf Jer
Apabila suatu kalimah itu didahului dengan huruf jer, kalimah selepas huruf jer adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah:(2:42):
وَلاَ تَلْبِسُواْ الْـحَقَّ بِالْبَاطِلِ .
Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
http://www.4shared.com/office/q3PAL95i/Pelajaran_4-Ciri-Ciri_Isim.html?refurl=d1url
Sila ikuti syarahan Pelajaran 1:
Download syarahan Pelajaran 1:
http://www.4shared.com/mp3/6IvOkynY/pelajaran-4.html?refurl=d1url
Saturday, February 4, 2012
Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(13)-Dalil Membaca Al-Fatihah (Rukun Ke Empat)
| DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
| Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
13. DALIL DALIL MEMBACA AL-FATIHAH-(RUKUK KE EMPAT)
| Bil. | Dalil |
| 1. | Dari ‘Ubadah bin As-Somit r.a., bahawa Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Tidak sah sembahyang bagi orang yang tidah membaca surah Al-Fatihah.” [Riwayat Bukhari dan Muslim] |
| 2. | Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu sembahyang, sedang ia tidak membaca padanya (surah Al-Fatihah) ibu al-quran, maka sembahyangnya itu adalah cacat (tidak sah) …..” [Riwayat Muslim] |
| 3. | Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Apabila imam mengucapkan amin maka hendaklah kamu mengucapkan amin juga kerana sesungguhnya barang siapa yang sebutan amin-nya serentak dengan sebutan amin para malaikat maka akan diampunkan apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya.” [Riwayat Muslim] |
| PERHATIAN: Menurut huraian ulama’, hadith-hadith ini menjadi dalil tentang wajibnya membaca surah Al-Fatihah dalam tiap-tiap rakaat dalam sembahyang – samaada ia sembahyang seorang diri atau sembahyang berjamaah, meliputi imam dan makmum. Demikian juga samaada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sembahyang sunat. Surah Al-Fatihah itu di mulai dari: " بسم الله الرحمن الرحيم " hingga " ولا الضالين " serta disunatkan membaca " امين " pada akhirnya. Ia dinamakan Ibu Al-Quran kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar Islam yang asasi yang kerananya Al-Quran diturunkan. Bacaannya wajib dipelajari serta dibunyikan huruf-hurufnya dengan betul. Hendaklah juga difahami maknanya, kerana fahaman yang mendalam sahajalah yang akan memberikan faedah dan kesan yang sebaik-baiknya. Demikianlah juga halnya bacaan-bacaan yang lain dalam sembahyang. | |
Subscribe to:
Posts (Atom)



