Tuesday, January 3, 2012

SENARAI KOSA KATA MENGIKUT WAZAN-Pola Bab 5-Tsulatsy Mujarrad

SENARAI KOSA KATA MENGIKUT WAZAN
POLA BAB 5: TSULATSY MUJARRAD
فَعُلَ – يَفْعُلُ

1.
كَبُرَ - كِبَرًا
Besar
2.
كَرُمَ - كَرَمًا
Mulia
3.
كَثُرَ – كَثْرَةً
Banyak
4.
شَرُفَ – شَرَفًا
Mulia
5.
صَغُرَ – صُغْرًا
Kecil
6.
صَلُحَ – صَلاَحًا
Beres
7.
جَمُلَ – جَمَالاً
Bagus
8.
قَرُبَ – قُرْبًا
Dekat
9.
بَخُلَ – بُخْلاً
Kikir
10.
بَعُدَ – بُعْدًا
Jauh
11.
عَذُبَ – عَذُوْبَةً
Tawar (air)
12.
حَسُنَ – حُسْنًا
Bagus
13
عَسُرَ – عُسْرًا
Susah
14.
سَهُلَ – سُهُوْلَةً
Mudah
15.
خُشُنَ - خُشُوْنَةً
Kasar
16.
خَبُثَ – خُبُثًا
Keji, busuk
17.
ظَرُفَ - ظَرْفًا
cerdik
18.
ثَقُلَ - ثِقَلاً
berat
19.
كَمُلَ – كِمَالاً
Sempurna
20.
حَرُمَ – حُرْمًا
Haram
21.
ضَعُفَ – ضَعْفًا
Lemah
22.
عَمُقَ – عُمْقًا
Dalam
23.
جَبُنَ – جُبْنًا
Takut, lemah
24.
غَلُظَ – غَلْظَةً
Tebal
25.
سَرُعَ - سُرْعَةً
Cepat
26.
فَصُحَ - فَصَاحَةً
Fasih
27.
شَجُعَ – شَجَاعَةً
Berani
28.
طَهُرَ – طُهْرًا
Suci
29
ضَخُمَ – ضَخَامَةً
Gemuk
30.
عَظُمَ – عِظْمًا
Besar
31
فَخُمَ – فَخَامَةً
Mulia, besar
32.
شَعُرَ – شُعُوْرًا
Merasakan, mengetahui
33.
فَسُحَ - فَسَاحَةً
lebar
34.
فَضُلَ - فَضْلاً
Utama


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/BWZyVzem/SENARAI_KOSA_KATA_MENGIKUT_WAZ.html

Thursday, December 29, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(11)-Letak Tanda Nun


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

11.  LETAK TANDA NUN

Adapun nun menjadi alamat bagi I’rab Rafa’ pada fi’il mudhori’ bilamana bertemu dengan dhomir tatsniyah atau dhomir jama’ mudzakkar atau dhomir muannats mukhathabah. Ia dikatakan marfu’ dengan tanda adanya nun sebagai ganti dhommah.

Maksudnya, nun menjadi tanda bagi I’rab Rafa’ itu pada fi’il mudhori’ yang bertemu dengan dhomir tatsniyah, seperti  contoh:

يَفْعَلاَنِ
Mereka berdua (laki-laki) sedang melakukan (sesuatu)
تَفْعَلاَنِ
Kamu berdua sedang melakukan (sesuatu)

Atau dengan dhomir jama’ seperti contoh:

يَفْعَلُوْنَ
Mereka laki-laki sedang melakukan (sesuatu)
تَفْعَلُوْنَ
Kamu semua laki-laki sedang melakukan (sesuatu)

Atau dengan dhomir muannats mukhathabah, seperti contoh:

تَفْعَلِيْنَ
Kamu (seorang perempuan) sedang melakukan (sesuatu)

Fi’il mudhori’ ini dinamakan Af’alul Khamsah.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama  tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/SbbqP26A/_11_-Letak_Tanda_Nun.html

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(10)-Letak Tanda Alif


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

10.  LETAK TANDA ALIF

Alif menjadi alamat bagi I’rab Rafa’ khusus pada isim tatsniyah(isim mutsanna).  Maksudnya, alif menjadi tanda bagi I’rab Rafa’ itu hanya terdapat pada isim tatsniyah sahaja.

Isim tatsniyah, ialah lafazh yang menunjukkan dua dengan memakai alif dan nun pada huruf akhirnya, iaitu bila dalam keadaan rafa’, sedangkan ya’ dan nun bila dalam keadaan nashab dan njar.

Contoh dalam keadaan rafa’:

جَاءَ الزَّيْدَانِ


Telah datang dua Zaid itu
"الزَّيْدَانِ"  adalah fa’il marfu’ dengan tanda marfu’nya alif sebagai pengganti  dhommah.
الزَّيْدَانِ
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mutsanna)
Fi’il

Contoh-contoh lain:

جَاءَ الْمُسْلِمَانِ
Telah datang dua orang Muslim itu.
تَعَلَّمَ تِلْمِيْذَانِ
Telah belajar dua orang murid itu.
ذَهَبِ صَالِحَانِ
Telah pergi dua orang soleh itu.
هَذَانِ الْكِتَابَانِ
Ini adalah dua buah kitab.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/MM2yabTa/_10_-Letak_Tanda_Alif.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...