Thursday, November 3, 2011

ILMU NAHWU 34 - Fi'il Mudhori' Yang Di Nashob


ILMU NAHWU 34 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Nashob
Fi’il Mudhori’ di nashob apabila kemasukan huruf nashob.
Tanda-tanda fi’il mudhori’ yang di nashob adalah seperti berikut:

Bil.
Ketentuan
Tanda
1.
Apabila tidak bersambung dengan apa pun.
Contoh:  يَكْتُبُ  menjadi  لَنْ يَكْتُبَ
Fathah
2.
Apabila bersambung dengan alif itsnain.
Contoh:  يَكْتُبَانِ  menjadi  لَنْ يَكْتُبَا
Nunnya dihilangkan
3.
Apabila bersambung dengan wawu jama’ah.
Contoh:  يَكْتُبُونَ  menjadi  لَنْ يَكْتُبُوا
Nunnya dihilangkan
4.
Apabila bersambung dengan ya’ mukhothobah.
Contoh:  تَكْتُبِيْنَ  menjadi  لَنْ تَكْتُبِي
Nunnya dihilangkan
5.
Apabila ada huruf ‘illat terakhir alif.
Contoh:  يَرْضَى  menjadi  لَنْ يَرْضَى
Fathah muqoddarah
6
Apabila ada huruf ‘illat terakhir ya’.
Contoh:  يَرْمِي  menjadi  لَنْ يِرْمِيَ
Fathah
7.
Apabila ada huruf ‘illat terakhir wawu.
Contoh:  يَغْزُو  menjadi  لَنْ يَغْزُوَ
Fathah

Adapun di antara huruf-huruf nashob adalah:

أَنْ  (akan)
لَنْ (tidak akan)
كَيْ  (supaya)
إِذَنْ  (jadi)
حَتَّى  (hingga/sampai)
لـِ  (supaya)

[Bersambung – ILMU NAHWU 35 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Jazam]
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

HADITH 40 - Hadith 13


HADIS 13

الحديث الثالث عشر  
  عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ خَادِمِ رَسُولِ اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ))

رواه البخاري [ رقم : 13 ] ، ومسلم [ رقم : 45]
HADIS 13
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."  

HADITH 13
On the authority of Anas bin Malik, the servant of the messenger of Allah, that the prophet said: "None of you [truely] believes until he wishes for his brother what he wishes for himself."   
Sila ikuti bacaan Hadith 13 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

Belajar Tajweed Bersama Shaikh Yasir Qadhi (18/30)

PELAJARAN KE LAPANBELAS:

Wednesday, November 2, 2011

ILMU NAHWU 33 - Fi'il Mudhori' Yang Di Rofa' (Marfu')

ILMU NAHWU 33 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Rofa’ (Marfu’)
Fi’il mudhori’ yang di rofa’ apabila tidak kemasukan ‘amil nashob atau ‘amil jazam.
Tanda fi’il mudhori’ yang di rofa’ adalah:

Bil.
Ketentuan
Tanda Fi’il Mudhori’ Rofa’
1.
Apabila tidak bersambung dengan apapun
Dhommah, contoh:  يَكْتُبُ
2.
Apabila bersambung dengan alif itsnain
Nunnya tetap, contoh:  يَكْتُبَانِ
3.
Apabila bersambung dengan wawu jama’ah
Nunnya tetap, contoh:  يَكْتُبُوْنَ
4.
Apabila bersambung dengan ya’ mukhothobah
Nunnya tetap, contoh:  تَكْتُبِيْنَ
5.
Apabila ada huruf ‘illat terakhir alif
Dhommah muqoddaroh, contoh:  يَرْضَى
6.
Apabila ada huruf ‘illat terakhir ya’
Dhommah muqaddaroh, contoh:  يَرْمِى
7.
Apabila ada huruf ‘illat terakhir wawu
Dhommah muqaddaroh, contoh:  يَغْزُو

Keterangan:
  1. Alif itsnaini adalah alif yang menunjukkan dhomir mutsanna ( هُمَا/أَنْتُمَا ) .
  2. Wawu jama’ah adalah wawu yang menunjukkan dhomir jama’  ( هُمْ/أَنْتُمْ ) .
  3. Ya’ mukhothobah adalah ya’ yang menunjukkan dhomir orang kedua muannats   ( أَنْتِ ) .
  4. Dhommah muqaddaroh adalah dhommah yang disembunyikan.
‘Amil rofa’ disebut ‘amil ma’nawi, sebab sebenarnya ‘amilnya adalah kata ganti pelaku (fa’il), akan tetapi pelakubya tidak disebutkan.
Contoh:
1.                      يَكْتُبُ  (dia sedang menulis), mengandungi dhomir  هُوَ .
2.                      تَكْتُبُ  (kamu sedang menulis), mengandungi dhomir  أَنْتَ .
3.                      أَكْتُبُ  (aku sedang menulis), mengandungi dhomir  أَنَا .

[Bersambung – ILMU NAHWU 34 – Fi’il Mudhori’ Yang Di Nashob]
 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...