Monday, October 3, 2011

KITAB - Menjaga Lisan

Ghibah dan naminah, atau banyak dikenal dengan istilah bergosip, mengadu domba atau menyebar fitnah, merupakan penyakit yang menjangkiti masyarakat luas, sehingga seolah-olah sulit dipisahkan dalam kehidupan sehari-hari. Sebahagian kita seringkali tidak menyedari telah jatuh ke dalam perbuatan yang diharamkan ini.
Dalam kitab ini, Imam Nawawi mengumpulkan dan menjelaskan dalil-dalil yang berkenaan dengan kewajipan menjaga lisan bagi setiap Muslim, hal-hal yang diharamkan dalam pembicaraan.
Semoga kitab ini dapat bermanfaat bagi kita semua. Hanya kepada Allah kita memohon keselamatan.


Untuk download sila klik pada gambar di atas atau link berikut:
http://www.4shared.com/document/ftrTxhRP/menjaga_lisan.html

Sunday, October 2, 2011

KITAB - Cara Terbaik Dalam Memohon Ampunan

Kitab yang dapat memandu pembaca dalam membersihkan hati.
Mengandungi penjelasan Hadits Sahih Rasulullah SAW tentang "Sayyidul Istigfar".
Apabila seseorang hamba mengakui dosanya dan bertaubat, maka Allah menerima taubatnya.


Untuk download sila klik gambar di atas atau link di bawah:
http://www.4shared.com/document/sD6EMHSn/Istigfar.html

Saturday, October 1, 2011

KITAB - Memperbaiki Hati

Perkara HATI bukan merupakan perkara yang remeh. Oleh kerana itu kita hendaklah berusaha memperbaikinya. HATI adalah salah satu penyebab kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
FAHAMILAH - HATi adalah organ di dalam tubuh yang mengawal peredaran darah dan jika ia berhenti maka tubuh akan mati, HATI merupakan alat untuk memperoleh ilmu, HATI adalah tempat niat, HATI adalah tempat Al-Quran, HATI adalah tempat dilihat Allah, HATI adalah tempatnya Taqwa, HATI adalah anugerah dari Allah dan Dia akan menanyakan kepada kita pada hari kiamat, HATI adalah tempatnya penyakit, dan HATI berubah dan berbolak-balik.
Semoga dengan rahmat dan keredhaan Allah SWT, kitab ini dapat memandu kita memahami bagaimana memperbaiki HATI.
Bacalah dari muka satu hingga akhir.



Untuk download sila klik gambar di atas atau link di bawah:
http://www.4shared.com/document/OtaQaup0/memperbaiki_hati.html

KITAB - Ikhlas dan Bahaya Riya'

Fahamilah definisi ikhlas menurut istilah bahasa dan syarie. Riya' itu samar ... dan bagaimana mengobati penyakit riya'.  Semoga kita semua dapat memetik hikmah dan pelajaran dari kitab ini. Kita memohon kepada Allah agar menganugerahi kita semua keikhlasan dalam melakukan segala amal ibadah, agar dihedhai disisiNya. Amin.



Untuk download sila klik pada gambar di atas atau link berikut:
http://www.4shared.com/document/svyab_uK/IkhlasDanBahayaRiya.html



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...