Wednesday, November 30, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(12/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya (sambungan)

ILMU SHOROF (ii)-(12/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya (sambungan)
ISIM MUSYTAQ
Isim Musytaq (kata terbitan) adalah isim yang diambil atau disusun dari selainnya dan mengandungi sifat.
Isim Musytaq terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:
1.                  Isim Fa’il, iaitu isim yang menunjukkan makna sebagai pelaku.
2.                  Shighot Mubalaghoh, iaitu isim yang menunjukkan erti isim fa’il yang mengandungi erti penguatan atau penyangatan.
3.                  Isim Maf’ul, iaitu isim yang menunjukkan makna sebagai objek (yang dikenakan pekerjaan).
4.                  Shifat Musyabbahah Bi Ismi Fa’il, iaitu isim yang semakna dengan isim fa’il, tetapi ianya disusun dari fi’il yang tidak memerlukan objek.
5.                  Isim Tafdhil, iaitu isim yang menunjukkan erti lebih atau paling.
6.                  Isim Zaman, iaitu isim yang bermakna menerangkan waktu.
7.                  Isim Makan, iaitu isim yang menunjukkan keterangan tempat.
8.                  Isim Alat, iaitu isim yang menunjukkan makna alat sesuatu pekerjaan.
 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

Tuesday, November 29, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(11/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunanya

ILMU SHOROF (ii)- (11/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya
Terdapat dua jenis isim apabila ditinjau dari penyusunannya, iaitu:
1.                  Isim Jamid, iaitu isim yang tidak diambil atau disusun dari selainnya.
2.                  Isim Musytaq (kata jadian), iaitu isim yang diambil atau disusun dari selainnya dan mengandungi sifat.
Isim Jamid
Isim Jamid adalah isim yang tidak diambil atau disusun dari selainnya.
Isim jamid terbahagi kepada dua jenis:
1.         Isim Zhati (kata benda), iaitu isim yang tidak muncul darinya fi’il semakna.
            Contoh:

رَجُلٌ (laki-laki)
غُصْنٌ (ranting)
نَهْرٌ (sungai)

2.         Isim Masdar/Isim Makna, iaitu isim yang hanya dapat diketahui ertinya tetapi tidak kelihatan bendanya (fi’il yang dibendakan).
            Contoh:

عِلْمٌ
(ilmu/pengetahuan)
Fi’ilnya adalah عَلِمَ (mengetahui)
دَرْسٌ
(pelajaran)
Fi’ilnya adalah دَرَسَ (belajar)
نَصْرٌ
(pertolongan)
Fi’ilnya adalah نَصَرَ (menolong)
إِكْرَامٌ
(penghormatan)
Fi’ilnya adalah أَكْرَمَ (menghormati)


 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

HADITH 40 - Hadith 16


HADIS 16

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَوْصِنِي، قَالَ : لاَ تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَاراً، قَالَ: لاَ تَغْضَبْ
[رواه البخاري]

HADIS 16:  TIDAK MUDAH MARAH
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bahwa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Berilah wasiat kepadaku”. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah engkau mudah marah”. Maka diulanginya permintaan itu beberapa kali. Sabda beliau : “Janganlah engkau mudah marah”.
(HR. Bukhari)
 Sila ikuti bacaan Hadith 16 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

Monday, November 28, 2011

HADITH 40 - Hadith 15


HADIS 15

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم.

HADIS 15:  BERKATA YANG BAIK ATAU DIAM
Dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata baik atau diam, barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetangga dan barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tamunya”.
(HR. Bukhari dan Muslim)

 Sila ikuti bacaan Hadith 15 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:

HADITH 40 - Hadith 14


HADIS 14
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيِّبُ الزَّانِي، وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ المُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ )) رواه البخاري ومسلم.
HADIS  14:  LARANGAN BERZINA, MEMBUNUH DAN MURTAD
Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu anhu, ia berkata : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda : ‘Tidak halal darah seorang muslim kecuali Karena salah satu di antara tiga perkara : orang yang telah kawin berzina, jiwa dengan jiwa, dan orang yang meninggalkan agamanya yaitu merusak jama’ah’ “.
(HR. Bukhari dan Muslim)
Sila ikuti bacaan Hadis  ke-14 oleh Sheikh Saad Al-Ghamidi:
                 

Sunday, November 27, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(10/22)-Isim Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhir (sambungan)

ILMU SHOROF (ii)-(10/22)-Isim Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhir (sambungan)
(1)        Isim Dhomir
Isim Dhomir adalah isim yang menunjukkan erti ganti nama (kata ganti) orang pertama, orang kedua atau orang ketiga.
-                      Orang pertama adalah yang berbicara.
-                      Orang kedua adalah yang dilawan berbicara.
-                      Orang ketiga adalah yang dibicarakan.
Contoh:
Orang pertama:

أَنَا  (saya)
نَحْنُ  (kami)

Orang kedua:


Mudzakkar
أَنْتَ
(kamu)
أَنْتُمَا
(kalian, kamu berdua)
أَنْتُمْ
(kalian semua, lebih dari dua)

Muannats
أَنْتِ
(kamu)
أَنْتُمَا
(kalian, kamu berdua)
أَنْتُنَّ
(kalian semua, lebih dari dua)

Orang ketiga:


Mudzakkar
هُوَ
(dia)
هُمَا
(dia berdua)
هُمْ
(mereka, lebih dari dua)

Muannats
هَيَ
(dia)
هُمَا
(dia berdua)
هُنَّ
(mereka, lebih dari dua)

(2)        Isim Isyaroh
Isim Isyaroh (kata tunjuk) adalah isim yang menunjukkan sesuatu. Ia biasanya diertikan sebagai “ini” atau “itu”.
Contoh:
Mudzakkar
هَذَا  (ini)
ذَلِكَ  (itu)
Muannats
هَذِهِ  (ini)
تِلْكَ  (itu)
(3)        Isim Maushul
Isim Maushul (kata sambung) adalah isim yang diletakkan untuk menerangkan, sebagai perantara kata yang disebutkan sesudahnya. Ia biasanya diertikan dengan “yang”.
Contoh:

الَّذِيْ
(yang, untuk mudzakkar)
الَّتِيْ
(yang, untuk muannats)

(4)        Isim Syarat
Isim Syarat adalah isim yang memerlukan fi’il syarat dan jawab syaratnya.
Sebagai gambaran perhatikan contoh dibawah:

مَنْ جَدَّ وَ جَدَ
Barang siapa bersungguh-sungguh maka dia akan dapat.

Keterangan:

مَنْ
sebagai isim syarat
جَدَّ
sebagai fi’il syarat
وَ جَدَ
sebagai jawab syaratnya

Yang termasuk sebagai isim syarat adalah:

مَنْ
(barang siapa)
أَيْنَمَا
(dimana pun)
كَيْفَمَا
(bagaimana pun)
مَا
(apapun)
أَنَّى
(bagaimana pun)
أَيْنَ
(dimana pun)
مَتَا
(bila pun)
حَيْثُمَى
(dimana saja)
أَيَّانَ
(bilamana)

(5)        Isim Istifham
Isim Istifham adalah isim yang digunakan untuk pertanyaan.
Yang termasuk dalam isim istifham adalah seperti berikut:

مَنْ
(siapa)
مَا
(apa yang)
مَاذَا
(apa yang)
أَيْنَ
(dimana)
كَيْفَ
(bagaimana)
كَمْ
(berapa)
مَتَى
(bila)
أَيَّانَ
(dimana)

Contoh:

مَنْ إِسْمُكَ ؟
(siapa nama kamu?)
كَمْ عُمْرُكَ ؟
(berapa umur kamu?)

(6)        Asma’ul Af’al
Asma’ul Af’al adalah isim yang menunjukkan makna fi’il, tetapi tidak menerima tanda-tanda fi’il.
Asma’ul Af’al terbahagi kepada tiga, iaitu:
(i)         Bermakna fi’il madhi, antara lain:

هَيْهَاتَ
(telah jauh)
شَتَّانَ
(telah bercerai)
سُرْعَانَ
(telah mempercepat)

(ii)        Bermakna fi’il mudhori’, antara lain:

قَطْ  (cukup)

(iii)       Brmakna fi’il amar, antara lain:

صَهْ
(diamlah)
عَلَيْكَ
(berpegang tuguhlah)
حَيَّ
(marilah)
آمِينْ
(perkenankanlah)
إِيَّاكَ
(waspadalah)
دُونَكَ
(ambillah)

(7)        Sebahagian Zhorof
Zhorof adalah isim yang menunjukkan makna keterangan tempat atau waktu terjadinya sesuatu kejadian.
Sebahagian zhorof yang mabni adalah seperti berikut:

الآنْ
(sekarang)
آنِفًا
(tadi)
أَمْسِ
(semalam)

Nota: Huraian tentang zhorof yang lebih lanjut terdapat pada tajuk I’rob isim yang dinashob.
(8)        Bilangan 11 - 19
Bilangan 11-19 semuanya mabni fathah pada kedua kata penyusunannya, kecuali 12.
Contoh:

جَاءَ أَحَدَ عَشَرَ طَالِبًا
(telah datang sebelas pelajar)
جَاءَ ثَلاَثَةُ عَشَرَ "ضالِبًا
(telah datang tigabelas pelajar)

 Adapun bilangan 12, duanya mu’rob seperti mutsanna sedangkan sepuluhnya tetap mabni fathah.
Contoh:

جَاءَ إِثْنَا عَشَرَطَالِبًا
(telah datang duabelas pelajar)
رَأَيْتُ إِثْنَيْ عَشَرَ طَالِبًا
((aku melihat duabelas pelajar)


 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...