Wednesday, November 30, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(12/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya (sambungan)

ILMU SHOROF (ii)-(12/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya (sambungan)
ISIM MUSYTAQ
Isim Musytaq (kata terbitan) adalah isim yang diambil atau disusun dari selainnya dan mengandungi sifat.
Isim Musytaq terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut:
1.                  Isim Fa’il, iaitu isim yang menunjukkan makna sebagai pelaku.
2.                  Shighot Mubalaghoh, iaitu isim yang menunjukkan erti isim fa’il yang mengandungi erti penguatan atau penyangatan.
3.                  Isim Maf’ul, iaitu isim yang menunjukkan makna sebagai objek (yang dikenakan pekerjaan).
4.                  Shifat Musyabbahah Bi Ismi Fa’il, iaitu isim yang semakna dengan isim fa’il, tetapi ianya disusun dari fi’il yang tidak memerlukan objek.
5.                  Isim Tafdhil, iaitu isim yang menunjukkan erti lebih atau paling.
6.                  Isim Zaman, iaitu isim yang bermakna menerangkan waktu.
7.                  Isim Makan, iaitu isim yang menunjukkan keterangan tempat.
8.                  Isim Alat, iaitu isim yang menunjukkan makna alat sesuatu pekerjaan.
 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...