Tuesday, November 29, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(11/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunanya

ILMU SHOROF (ii)- (11/22)-Isim Ditinjau Dari Penyusunannya
Terdapat dua jenis isim apabila ditinjau dari penyusunannya, iaitu:
1.                  Isim Jamid, iaitu isim yang tidak diambil atau disusun dari selainnya.
2.                  Isim Musytaq (kata jadian), iaitu isim yang diambil atau disusun dari selainnya dan mengandungi sifat.
Isim Jamid
Isim Jamid adalah isim yang tidak diambil atau disusun dari selainnya.
Isim jamid terbahagi kepada dua jenis:
1.         Isim Zhati (kata benda), iaitu isim yang tidak muncul darinya fi’il semakna.
            Contoh:

رَجُلٌ (laki-laki)
غُصْنٌ (ranting)
نَهْرٌ (sungai)

2.         Isim Masdar/Isim Makna, iaitu isim yang hanya dapat diketahui ertinya tetapi tidak kelihatan bendanya (fi’il yang dibendakan).
            Contoh:

عِلْمٌ
(ilmu/pengetahuan)
Fi’ilnya adalah عَلِمَ (mengetahui)
دَرْسٌ
(pelajaran)
Fi’ilnya adalah دَرَسَ (belajar)
نَصْرٌ
(pertolongan)
Fi’ilnya adalah نَصَرَ (menolong)
إِكْرَامٌ
(penghormatan)
Fi’ilnya adalah أَكْرَمَ (menghormati)


 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...