Tuesday, February 28, 2012

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 10-Isim Mufrad Dan Isim Mutsanna


BAHASA ARAB LANJUTAN

Pelajaran 10 – Isim Mufrad Dan Isim Mutsanna

(Pembahagian Isim Ditinjau Dari Segi Jumlah Bilangannya)

Isim terbahagi kepada tiga jenis:

1.       Isim Mufrad  ( مُفْرَدٌ )

2.       Isim Mutsanna  ( مُثَنَّى )

3.       Isim Jama’   ( جَمْعٌ ) :

Isim Jama’ terbahagi pula kepada tiga golongan:

(i)                  Isim Jama’ Mudzakkar Salim   ( جَمْعُ الْمُذَكَّرِ السَّلِمُ )

(ii)                Isim Jama’ Muaannats Salim  ( جَمْعُ الْـمُؤَنَّثِ السَّالِـمُ )

(iii)               Isim Jama’ Taksir   ( جِمْعُ التَّكْسِيْرِ )

1.       Isim Mufrad:

Isim Mufrad adalah Isim yang jumlah bilangannya satu.

Contoh:

مُؤْمِنٌ
Seorang mukmin
كَافِرٌ
Seorang kafir

2.       Isim Mutsanna:

Isim Mutsanna adalah Isim yang jumlah bilangannya dua.

Contoh:

مُؤْمِنَانِ / مُؤْمِنَيْنِ
Dua orang mukmin
كَافِرَانِ / كَافِرَيْنِ
Dua orang kafir

Cara Pembentukan Isim Mutsanna

Isim Mutsanna dibentuk dengan menambahkan huruf alif dan nun atau ya dan nun pada akhir isim mufradnya, seperti berikut:

إِسْمٌ مُفْرَدٌ + ان / ين

Contoh:

مُؤْمِنٌ
Tambah
ان / ين

Menjadi
مُؤْمِنَانِ / مُؤْمِنَيْنِ
Isim Mufrad
Isim Mutsanna
كَافِرٌ
Tambah
ان / ين

Menjadi
كَافِرَانِ / كَافِرَيْنَ
Isim Mufrad
Isim Mutsanna



Diperboleh untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama

 Download:
Sila ikuti syarahan Pelajaran 10:

Download:
http://www.4shared.com/mp3/dlrWLn2h/dasar-10-isim-mufrod-mutsanna.html?refurl=d1url

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 9-Syibhul Jumlah


BAHASA ARAB LANJUTAN

Pelajaran 9 – Syibhul Jumlah

PENGERTIAN

Syibhul Jumlah adalah rangkaian kata yang mirip dengan jumlah.

Syibhul Jumlah terbahagi kepada dua, iaitu:

  1. Huruf Jer + Isim
  2. Zhorof  + Isim

(Zhorof adalah kata yang digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat)

Contoh zhorof adalah seperti berikut:

ظَرْفُ الْمَكَان
(Keterangan tempat)
أَمَامَ
Di hadapan
وَرَاءَ
Di belakang
ظَرْفُ الزَّمَان
(Keterangan waktu)
بَعْدَ
Sesudah
قَبْلَ
Sebelum

Isim yang terletak setelah huruf jer dan zhorof , secara umumnya berharokat akhir kasrah ( Isim Majrur)

Contoh:

مِنَ السُوْقِ

جَرٌّ و مَـجْرُوْرٌ
(Huruf Jer + Isim Majrur)


Dari pasar
السُوْقِ
مِنَ
Isim Majrur
Huruf Jer
أَمَامَ الـمَنْزِلِ

ظَرْفٌ و مَـجْرُوْرٌ
(Zhorof + Isim Majrur)

Di hadapan rumah
الـمَنْزِلِ
أَمَامَ
Isim Majrur
Zhorof



Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.

 Download:
Sila ikuti syarahan Pelajaran 9


Download:
http://www.4shared.com/mp3/LdX-qFQI/dasar-9.html?refurl=d1url

Monday, February 27, 2012

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 8-Jumlah Mufidah

BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 8 – Jumlah Mufidah
Jumlah Mufidah adalah susunan kata yang dapat memberikan faedah yang sempurna.
Contoh:

عَلِيٌ مَرِيْضٌ
Ali sakit
رَجَعَ عَلِيٌّ
Ali telah pulang

Manakala, susunan kata yang tidak memberikan faedah yang sempurna tidak dinamakan sebagai Jumlah Mufidah.
Contoh:

إِنْ رِجَعَ عَلِيٌّ
Jika Ali telah pulang
إِنْ رَجَعَ عَلِيٌّ فَأَكْرِمْهُ
Jika Ali telah pulang maka muliakanlah ia.

Jumlah Mufidah terbahagi kepada dua:
  1. Jumlah Ismiyah
Jumlah Ismiyah adalah jumlah yang diawali dengan isim.
                Contoh:

عَلِيٌّ مَرِيْضٌ
Ali sakit
مُحَمَّدٌ نَبِيٌّ
Muhammad adalah seorang Nabi

  1. Jumlah Fi’liyah
Jumlah Fi’liyah adalah jumlah yang diawali dengan fi’il.
Contoh:

ذَهَبَ زَيْدٌ
Zaid telah pergi
رَجَعَ عَلِيٌّ
Ali telah pulang


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.

Download:
http://www.4shared.com/office/tgMEZFSR/Pelajaran_8_-_Jumlah_Mufidah.html?refurl=d1url
Sila ikuti syarahan Pelajaran 8:


Download:
http://www.4shared.com/mp3/bdZKeU9p/pelajaran-8-jumlah-mufidah.html?refurl=d1url

Friday, February 24, 2012

HADITH 40-Hadith 20


HADITH 20

عَنْ أَِبي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ )) رواه البخاري.


20. MILIKILAH SIFAT MALU

Dari Abu Mas'ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari Al Badri radhiyallahu anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : "Sesungguhnya diantara yang didapat manusia dari kalimat kenabian yang pertama ialah : Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu." (HR. Bukhari)

 Sila ikuti bacaan Hadith 20 oleh Sheikh Sa'ad Al-Ghamidi:
video

HADITH 40-Hadith 19


HADITH 19

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ  عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: (( يَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله يَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ )) رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح، وفي رواية غير الترمذي (( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي الرَّخَاءِ يَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ يَكُنْ لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ يُسْرًا))



19. MINTALAH TOLONG KEPADA ALLAH

Dari Abu Al ‘Abbas, ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu anhu, ia berkata : Pada suatu hari saya pernah berada di belakang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda : "Wahai anak muda, aku akan mengajarkan kepadamu beberapa kalimat : Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjaga kamu. Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya semua umat berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka pun berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, niscaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu.

Segenap pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering." (HR. Tirmidzi, ia telah berkata : Hadits ini hasan, pada lafazh lain hasan shahih. Dalam riwayat selain Tirmidzi : “Hendaklah kamu selalu mengingat Allah, pasti kamu mendapati-Nya di hadapanmu. Hendaklah kamu mengingat Allah di waktu lapang (senang), niscaya Allah akan mengingat kamu di waktu sempit (susah). Ketahuilah bahwa apa yang semestinya tidak menimpa kamu, tidak akan menimpamu, dan apa yang semestinya menimpamu tidak akan terhindar darimu. Ketahuilah sesungguhnya kemenangan menyertai kesabaran dan sesungguhnya kesenangan menyertai kesusahan dan kesulitan”) .

 Sila ikuti bacaan Hadith 19 oleh Sheikh Sa'ad Al-Ghamidi:
video

MAKHRAJ HURUF-Alat-Alat Ucapan

MAKHRAJ-MAKHRAJ HURUF
ALAT-ALAT UCAPAN
PENGERTIAN
Makhraj ialah tempat menahan/menyekat udara ketika bunyi huruf dilafazkan. Huruf yang dimaksudkan ialah huruf hijaiyah Bahasa Arab yang mengandungi 28 huruf.
ALAT-ALAT  UCAPAN
Organ-organ atau alat-alat ucapan yang bertanggungjawab dalam menjayakan makhraj ini boleh dilihat dalam gambarajah di bawah.

1.
Bibir mulut
10.
Epiglotis
2.
Gigi
11.
Saloran makan
3.
Gusi gigi
12.
Rongga mulut
4.
Langit-langit keras
13.
Dengung
5.
Langit-langit lembut
14.
Rongga kerongkong
6.
Anak lidah (anak tekak)
15.
Biji halkum (Buku leher)
7.
Hujung lidah
16.
Pita suara
8.
Tengah lidah
17.
Saluran nafas
9.
Pangkal lidah



BAHAGIAN MAKHRAJ
Menurut pendapat imam Al-Khalil bin Ahmad dan kebanyakan Ahli Qira’at dan ulama’ nahwu antaranya imam Ibn  Al-Jazari jumlah bilangan makhraj yang umum/utama terbahagi kepada lima bahagian, seperti berikut:

1.
الْجَوْفُ
Bahagian rongga mulut dan rongga kerongkong
2.
الْحَلْقُ
Bahagian kerongkong
3.
اللِّسَانُ
Bahagian lidah
4.
الشَّفَتَانِ
Bahagian bibir mulut
5.
الْـخَيْشُومُ
Bahagian hidung (Khaisyum)

PEMBAHAGIAN HURUF MENGIKUT BHAGAIN MAKHRAJ
Senarai di bawah menunjukkan pembahagian huruf-huruf mengikut bahagian makhraj yang dinyatakan di atas.

1.
الْجَوْفُ
ا ، و ، ي
2.
الْحَلْقُ
ء ، ه ، ع ، ح ، غ ، خ
3.
اللِّسَانُ
ق ، ك ، ج ، ش ، ي ، ض ، ل ، ن ، ر ، ط ، د ، ت ، ص ، س ، ز ، ظ ، ذ ، ث
4.
الشَّفَتَانِ
ف ، و ، ب ، م
5.
الْـخَيْشُومُ
ن ، م


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial
 Download:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...