Sunday, March 11, 2012

MUBTADA DAN KHABAR (5) - Pembahagian Khabar - Khabar Mufrad

MUBTADA DAN KHABAR (5)
PEMBAHAGIAN KHABAR – KHABAR MUFRAD
PENGERTIAN:
Khabar adalah isim (kata benda) yang di-rafa’-kan yang menerangkan tentang mubtada dan umumnya terletak sesudah mubtada. Oleh kerana itu tidak ada khabar kalau tidak ada mubtada, dan mubtada-lah yang me-rafa’-kan khabar.
Contoh (1):

وَ اللهُ بَصِيْرٌ

Dan Allah Maha Melihat.
(QS: 5:71)

بَصِيْرٌ
اللهُ
وَ
Khabar
Mubtada

Kata bashiirun adalah khabar dan terletak sesudah mubtada. Kata ini di-rafa’-kan oleh kata Allaahu yang berkedudukan sebagai mubtada.

Contoh (2):

وَ اللهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.
(QS: 5:74)
رَّحِيْمٌ
غَفُوْرٌ
اللهُ
وَ
Khabar Thani
Khabar Awal
Mubtada

Kata ghafuurun dan rahiimun adalah khabar dan terletak sesudah mubtada. Kata-kata ini di-rafa’-kan oleh kata Allaahuyang berkedudukan sebagai mubtada.

PEMBAHAGIAN KHABAR:
Khabar terbahagi kepada tiga bahagian, seperti berikut:
(1)    Khabar Mufrad,
(2)    Khabar Syibhul Jumlah:
(a)    Jar-Majrur,
(b)   Zharaf.
(3)    Khabar jumlah:
(a)    Jumlah Ismiyyah,
(b)    Jumlah Fi’liyyah.
(1)Khabar Mufrad:
Khabar Mufrad adalah khabar yang bukan berupa kalimat (jumlah) dan bukan yang mirip kalimat  Khabar Mufrad terdiri dari kata benda (isim) tunggal dan kata benda (isim) yang menunjukkan banyak. Jadi, Khabar Mufrad terdiri dari satu kalimat (kata) sahaja sama ada ia mutsanna atau jama’. Erti Mufrad di sini bukan lawan mutsanna atau jama’, tetapi khabar yang bukan jumlah atau yang menyerupai jumlah.
Contoh (1):

اَلْكَافِرُ ظَالِـمٌ


Orang Kafir (laki-laki) itu adalah seorang yang zalim.
ظَالـِمٌ
اَلْكَافِرُ
Khabar Mufrad (berupa isim mufrad)
Mubtada

Contoh (2):


اَلْكَافِرَانِ ظَالـِمَانِ

Dua orang kafir (laki-laki) itu adalah dua orang yang zalim.
ظَالِـمَانِ
اَلْكَافِرَانِ
Khabar Mufrad (berupa isim mutsanna)
Mubtada

Contoh (3):

اَلْكَافِرُوْنَ ظَالِمُوْنَ

Orang-oran kafir (laki-laki) itu adalah orang-orang zalim
ظَالِمُوْنَ
اَلْكَافِرُوْنَ
Khabar Mufrad (berupa isim jama’)
Mubtada

Contoh (4):

الْكَافِرَةُ ظَالِمَةٌ

Orang kafir (perempuan) itu adalah seorang yang zalim.
ظَالِمَةٌ
الْكَافِرَةُ
Khabar Mufrad (berupa isim mufrad)
Mubtada

Contoh (5):

الْكَافِرَتَانِ ظَالِـمَتَانِ

Dua orang kafir (perempuan) itu adalah dua orang yang zalim.
ظَالـِمَتَانِ
الْكَافِرَتَانِ
Khabar Mufrad (berupa isim mutsanna)
Mubtada

Contoh (6):

الْكَافِرَاتُ ظَالِـمَاتٌ

Orang-orang kafir (perempuan) itu adalah orang-orang yang zalim.
ظَالـِمَاتٌ
الْكَافِرَاتُ
Khabar Mufrad (berupa isim jama’)
Mubtada


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
 Download:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...