Saturday, March 10, 2012

MUBTADA DAN KHABAR (4) - Pembahagian Mubtada - Isim Isyarah Dan Mubtada Muakhar


MUBTADA DAN KHABAR (4)
PEMBAHAGIAN MUBTADA – ISIM ISYARAH DAN MUBTADA MUAKHAR
(c)           Mubtada Berupa Isim Isyarah atau Kata Tunjuk:
Mubtada juga boleh berupa  Isim Isyarah atau kata tunjuk.
Contoh:
تِلْكَ حُدُوْدُ اللهِ

Itulah hukum-hukum Allah.
(QS: 4:13)
حُدُوْدُ اللهِ
تِلْكَ
Khabar
Mubtada (Isim Isyarah)
هَذِهِ اَيَةُ اللهِ

Ini adalah ayat Allah.
اَيَةُ اللهِ
هَذِهِ
Khabar
Mubtada (Isim Isyarah)
هَذَا كِتَابُ اللهِ

Ini adalah kitab Allah
كِتَابُ اللهِ
هَذَا
Khabar
Mubtada (Isim Isyarah)
ذَلِكَ مَسْجِدٌ

Itu masjid
مَسْجِدٌ
ذَلِكَ
Khabar
Mubtada (Isim Isyarah)

(d)          Mubtada Muakhar (Mubtada Yang Diakhirkan):
Mubtada  boleh juga berupa Mubtada Muakhar. Yang dimaksud dengan Mubtada Muakhar adalah Mubtada yang terletak sesudah Khabar, dan Khabarnya itu diawali oleh Huruf Jar atau Zharaf.
Contoh:
عِنْدَ نَا رَسُوْلٌ

Di sisi kami seorang Rasul.
رَسُوْلٌ
عِنْدَ نَا
Mubtada Muakhar
Khabar Muqaddam
وَ فِيْكُمْ رَسُوْلٌ

Dan pada kamu ada seorang Rasul.
رَسُوْلٌ
وَ فِيْكُمْ
Mubtada Muakhar
Khabar Muqaddam

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
Download:

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...