Sunday, March 11, 2012

MUBTADA DAN KHABAR (6) - Pembahagian Khabar - Khabar Syibhul Jumlah

MUBTADA DAN KHABAR (6)
PEMBAHAGIAN KHABAR – KHABAR SYIBHUL JUMLAH
Khabar Syibhul Jumlah adalah khabar  yang terdiri dari jar-majrur dan zharaf.
Jar-majrur  adalah kata yang didalam keadaan kasrah kerana dimasuki oleh huruf jar beserta huruf jar-nya.
Zharaf adalah keterangan tempat (Zharaf Makan).
Contoh (1):

الْمُتَّقُوْنَ فِىْ جَنَّاتٍ وَّنَعِيْمٍ
Orang-orang yang bertaqwa itu di dalam syurga dan kenikmatan.
Kata   فِىْ جَنَّاتٍ  adalah khabar syibhul jumlah dari jar-majrur. Fii    (فِىْ)  adalah huruf jar yang meng-kasrah-kan isim.

Contoh (2):

وَهُوَ بِالْاُفُقِ الْاَعْلَى
Sedang Dia berada di ufuk yang paling tinggi.
(QS : 57:7)
Kata   بِالْاُفُقِ الْاَعْلَى   adalah khabar syibhul jumlah dari jar-majrur. Bi   (بِ)  adalah huruf jar yang meng-kasrahkan-kan isim.

Contoh (3):

يَدُاللهِ فَوْقَ اَيْدِيْهِمْ
Tangan Allah di atas tangan mereka.
(QS: 48:10)
Kata  فَوْقَ  adalah zharaf makan (keterangan tempat) menjadi khabar syibhul jumlah.

Contoh (4):

زَيْدٌ فِيْ الدَّارِ


Zaid di rumah.
فِيْ الدَّارِ
زَيْدٌ
Khabar Syibhul Jumlah
Mubtada
Jar-Majrur sebagai khabarnya (iaitu khabar syibhul jumlah)
Mubtda marfu’ dengan tanda rafa’nya dhommah dzahirah.

Contoh (5):

زَيْدٌ عِنْدَكَ



Zaid ada di sisi kamu.
كَ
عِنْدَ
زَيْدٌ
Mudhaf Ilaih, mabni fathah berkedudukan majrur
Khabar Syibhul Jumlah
Mubtada
Zharaf Makan manshub kerana sebagai zharaf yang menjadi khabar syibhul jumlah
Mubtada marfu’ dengan tanda rafa’nya dhommah dzahirah
Ia juga sebagai mudhaf


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
 Download:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...