Tuesday, December 13, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(21/22)-Fi'il Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhir

ILMU SHOROF (ii)-(21.22)-Fi’il Ditinjau Dari Perubahan Harokat Akhirnya
Yang dimaksudkan dengan perubahan di sini ialah perubahan harokat akhir disebabkan kemasukan ‘amil.
Fi’il ditinjau dari perubahan harokat akhir terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
  1. Fi’il Mabni, iaitu fi’il yang tetap atau tidak berubah harokat akhirnya walaupu kemasukan ‘amil.
  2. Fi’il Mu’rob, iaitu fi’il yang berubah harokat akhirnya apabila kemasukan ‘amil.
Amil adalah penyebab berubahnya harokat akhir dan menjadikan harokat akhir suatu kata mempunyai status tertentu dalam kalimat (jumlah).
FI’IL MABNI:
Fi’il Mabni adalah fi’il yang tetap atau tidak berubah harokat akhirnya walaupun kemasukan ‘amil.
Fi’il Mabni terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Semua Fi’il Madhi.
  2. Semua Fi’il ‘Amar.
  3. Fi’il Mudhori’ yang bersambung dengan nun niswah ((nun muannats) atau nun taukid (nun penegasan) secara langsung, dan tanda bina’nya iaiah sukun dan fathah.
(a)   Sukun, apabila bersambung dengan nun niswah.
Contoh:

هُنَّ يَذْهَبْـنَ

Mereka (jama’ muannats) akan pergi.
نَ  =  Nun Niswah

(b)   Fathah, apabila bersambung langsung dengan nun taukid.
Contoh:

لَمْ يَذْهَبَـنَّ

Sungguh dia tidak akan pergi.
نَّ  =  Nun Taukid

FI’IL MU’ROB:
Fi’il Mu’rob adalah fi’il yang berubah harokat akhirnya apabila kemasukan ‘amil.
Fi’il Mu’rob hanya ada satu, iaitu fi’il mudhori’ yang tidak bersambung dengan nun niswah atau nun taukid.
Contoh:

هُوَ يَكْتُبُ

Dia sedang menulis
Tiada kemasukan ‘amil
هُوَ لَنْ يَكْتُبَ


Dia tidak akan menulis.
يَكْتُبَ
لَنْ
هُوَ
Fi’il Mudhori’ Manshub
‘Amil Nashob

هُوَ لَمْ يَكْتُبْ


Dia tidak pernah menulis.
يَكْتُبْ
لَمْ
هُوَ
Fi’il Mudhori’ Majzum
“Amil Jazam


Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...