Tuesday, December 13, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(22/22)-Huruf

ILMU SHOROF (ii)-(22.22)-Huruf
Huruf  ( حَرْفٌ )   adalah kata yang tidak mempunyai fungsi dan makna yang sempurna kecuali setelah bersambung dengan kata lain, atau huruf lain, adalah kata selain isim dan fi’il.
Dalam hubungannya dengan kata lain, huruf dikelompokkan menjadi tiga jenis, iaitu:
1.      Huruf yang masuk pada fi’il sahaja.
2.      Huruf yang masuk pada isim sahaja.
3.      Huruf yang masuk pada isim dan fi’il.
HURUF YANG MASUK PADA FI’IL SAHAJA:
Contoh huruf yang masuk pada fi’il sahaja ialah seperti berikut:

لَمْ يَلِدْ وَ لَمْ يُولَدْ
Tidak ia beranak dan tidak ia diperanakkan.
كَلاَّ سَوْفَ تَعْلَمُونَ
Sekali-kali tidak, kelak/akan kamu semua mengetahui.

 HURUF YANG MASUK PADA ISIM SAHAJA:
Contoh huruf yang masuk pada isim sahaja ialah seperti berikut:

عَلَى الْمَكْتَبِ
Di atas meja
إِنَّ مُحَمَّدًا أُسْتَاذٌ
Sesungguhnya Muhammad adalah seorang guru.

HURUF YANG MASUK PADA ISIM DAN FI’IL:
Contoh huruf yang masuk pada isim dan fi’il ialah seperti berikut:

هَلْ أَتَاكَ حَدِيْثُ الْغَاشِيَهِ
Adakah sudah datang kepadamu berita tentang hari pembalasan?
فَهَلْ أَنْتُمْ شَاكِرُوْنَ
Maka adakah kamu semua menjadi orang yang bersyukur.

Berikut adalah contoh-contoh huruf berdasarkan kepada kegunaannya:

Huruf Yang Masuk Pada Isim Sahaja
Huruf Yang Masuk Pada Fi’il Sahaja
Huruf Yang Masuk Pada Isim Dan Fi’il
مِنْ (daripada/dari)
قَدْ (sesungguhnya/kadang-kadang)
وَ (dan)
إِلَى (ke/kepada)
سَـ(pasti akan)
ثُمَّ (kemudian)
إِنَّ (sesungguhnya)
سَوْفَ (akan)
فَ (kemudian)
لَكِنَّ (tetapi)
لَمْ (tidak pernah)
أَ (adakah?)
 لَعَلَّ (mudah-mudahan)
لاَ (tidak/jangan)
هَلْ (adakah?)
لَيْتَ (kalaulah)
لَنْ (tidak akan)
أَمْ (ataupun)
عَلَى (di atas)
إِنْ (jika)
حَتَّى (sehingga)
فِيْ (di dalam)
أَنْ (bahawa)
لِـ (untuk)
أَنَّ (sesungguhnya)
لَمَّا (belum lagi)
أَوْ (ataupun)

 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...