ILMU SHOROF (ii)-(20.22)-Fi’il Ditinjau Dari Tasrifnya
Tasrif di sini bermaksud perubahan bentuk, iaitu dari satu bentuk fi’il ke bentuk fi’il yang lain. Contohnya dari fi’il madhi, menjadi fi’il mudhori’, menjadi fi’il amar dan seterusnya.
Fi’il ditinjau dari tasrifnya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1. Fi’il Jamid, iaitu fi’il yang tidak boleh berubah menjadi fi’il lain.
2. Fi’il Mutasorrif, iaitu fi’il yang boleh berubah menjadi fi’il lain.
FI’IL JAMID:
Fi’il Jamid adalah fi’il yang tidak boleh berubah menjadi fi’il lain.
Fi’il Jamid terbahagi kepada dua bentuk:
1. Sentiasa fi’il madhi
Contoh:
لَيْسَ (tidak) | مَادَامَ (selama) | عَسَى (semoga) | نِعْمَ (sebaik-baik) |
2. Sentiasa fi’il amar.
Contoh:
هَبْ (berikanlah) | تَعَالْ (marilah) |
FI’IL MUTASORRIF:
Fi’il Mutasorrif adalah fi’il yang boleh berubah menjadi fi’il lain.
Fi’il Mutasorrif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
1. Mutasorrif sempurna. Dari fi’il madhi, menjadi fi’il mudhori’, dan menjadi fi’il amar, dan seterusnya.
Contoh:
كَتَبَ (telah menulis) | Menjadi | يَكْتُبُ (sedang menulis) | Menjadi | أُكْتُبْ (tulislah) |
Fi’il Madhi | Fi’il Mudhori’ | Fi’il Amar |
2. Mutasorrif naqish. Hanya fi’il madhi dan fi’il mudhori’ sahaja.
Contoh:
مَازَالَ | Menjadi | مَايَزَالُ | (sentiasa) |
Fi’il Madhi | Fi’il Mudhori’ |
http://www.4shared.com/document/TDSd6IPF/ILMU_SHOROF__ii_-_2045_-Fiil_D.html
No comments:
Post a Comment