Sunday, December 18, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(10)-Dalil Niat (Rukun Pertama)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
10.  DALIL NIAT (RUKUN PERTAMA)

Bil.
Dalil
1.
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan sepaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar. [QS. Al-Bayyinah: 98:5]
2.
Daripada Umar ibnu Khattab r.a. berkata: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya amalan-amalan itu adalah bergantung kepada niat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. Barang siapa berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya sebagai hijrah kerana Allah dan RasulNya dan barang siapa berhijrah kerana dunia yang ia cari atau perempuan yang ia ingin menikahinya maka ia akan mendapat apa yang ia tuju itu.” [Riwayat Muslim]
KESIMPULAN:
Jika Sembahyang yang hendak dikerjakan itu sembahyang fardhu, fardhu zuhur misalnya, maka semasa berniat dalam hati wajib mengingat tiga perkara:
  1. Mengingat mengerjakan sembahyang, dengan mengingat “Sahaja aku mengerjakan sembahyang”. Ini Qashad ( قصد )  namanya.
  2. Mengingat bahawa sembahyang yang dikerjakan ialah sembahyang “fardhu”. Ini Ta’arrudh  ( تعرض )  namanya.
  3. Mengingat bahawa sembahyang fardhu yang dikerjakan itu ialah sembahyang “zuhur”. Ini Ta’aiyun  ( تعين ) namanya.
Kesimpulan niat ketiga-tiganya: “Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur” hendaklah diingat atau dihadirkan dalam hati semasa melafazhkan  " الله اكبر" (Takbiratulihram)
Jelasnya, niat itu hendaklah “terlintas di hati” dalam takbiratulihram, jangan terdahulu daripada alif  " الله " dan jangan pula terkemudian daripada ra’  " اكبر " . Ini Muqaranah          ( مقارنه )  namanya – yakni  “menyertakan niat” betul-betul dalam takbiratulihram.

Sumber: Mun-Yatul Mushalli, Sheikh Daud Abdullah Al-Fathani.


 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...