Monday, December 19, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(2)-Pembahagian Kalam

BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT
(2)  PEMBAHAGIAN KALAM
Kalam terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
  1.  Isim (kata nama)
  2. Fi’il (kata kerja)
  3. Huruf (yang mengandungi erti)

PENGERTIAN ISIM, FI’IL DAN HURUF
Jenis
Pengertian
Isim
Isim ialah kalimah yang ia sendiri mempunyai erti dan tidak disertai dengan pengertian masa/zaman. Dengan kata lain, isim ialah kata benda.
ATAU
Isim ialah kalimah yang menunjukkan ke atas manusia, haiwan, tumbuhan benda, perihal kata kerja (mashdar), perihal abstrak, arah kedudukan sesuatu, masa dan bilangan.
Fi’il
Fi’il ialah kalimah yang ia sendiri mempunyai erti dan disertai dengan pengertian masa/zaman. Dengan kata lain, fi’il ialah kata kerja.
Huruf
Huruf ialah kalimah yang tidak mempunyai erti kecuali apabila digabungkan dengan kalimah lain. Maksudnya, kalimah yang dapat menunjukkan makna apabila dirangkaikan dengan kalimah lain, tidak dapat berdiri sendiri. Dengan kata lain, huruf ialah kata depan.

Berikut adalah contoh-contoh isim , fi’il dan huruf:

CONTOH-CONTOH ISIM, FI’IL DAN HURUF
ISIM
FI’IL
HURUF
مُدَرِّسٌ
Guru lelaki
دَخَلَ
Masuk
فِيْ
Dalam/ di dalam
فَصْلٌ
Kelas
قَامَ
Bangun
إِنَّ
Sesungguhnya
طَالِبٌ
Pelajar lelaki
بَدَأَ
Memulakan
وَ
Dan
سَلاَمٌ
Kesejahteraan
دَرَسَ
Belajar
لاَ
Tidak/ jangan
أَنْتَ
Kamu
كَتَبَ
Tulis
عَلَى
Di atas
أَنَا
saya
نَصَحَ
Nasihat
لِــــ
Kerana/ untuk
كِتَابٌ
Buku
حَضَرَ
Hadir
يَا
Wahai
صَبَاحٌ
Pagi
إِجْتَهَدَ
Bersungguh-sungguh
نَعَمْ
Ya
نُوْرٌ
Cahaya
سَمِعَ
Dengar
هَلْ
Adakah

Simber:
  1.  Syarah Mukhtashar Jiddan, Sayid Ahmad Zaini Dahlan.
  2. Matan Al-Ajrumiyah, Al-Imam Shanhaji.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...