BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT
(1) – KALAM
DEFINASI KALAM | ||
KALAM menurut ahli Nahwu ialah suatu lafazh yang digunakan untuk menunjukkan makna yang bersifat musnad (susunan). Sedangkan kalimah adalah suatu lafazh yang digunakan untuk menunjukkan makna yang bersifat mufrad (tunggal). Jadi, kalam ialah lafazh yang tersusun dan bermakna lengkap. | ||
SYARAT- SYARAT KALAM | ||
Bil. | Syarat | Penerangan |
1. | Lafazh | Lafazh ialah ucapan yang mengandungi sebahagian huruf hijaiyah. Contoh: كِتَابٌ (kitab), مَسْجِدٌ (masjid) . Jadi, suara ayam, suara alat muzik dan suara petir dan lain-lain tidak termasuk lafazh. |
2. | Murakkab (Tersusun) | Murakkab ialah ucapan yang tersusun dari dua kalimah atau lebih. Contoh: اَللهُ اَكْبَرُ (Allah Maha Besar), هَذَا الْبَيْتُ الْكَبِيْرُ (Rumah itu besar). Jadi, kalau satu kalimah sahaja, bukan termasuk murakkab. Yang dimaksud dengan kalimah di sini ialah sepatah kata. |
3. | Mufid (Bermakna) | Mufid ialah ungkapan berfaedah yang dapat memberikan pemahaman sehingga pendengarnya merasa puas. Contoh: زَيْدٌ قَائِمٌ (Zaid berdiri). Jadi, perkataan yang janggal didengar kerana tidak dapat difahami maksudnya, tidak termasuk mufid, contohnya: أَقْرَأُ (Saya membaca), lafazh ini tidak sempurna, maka harus ada tambahannya, seperti: أَقْرَأُ الْقُرآنَ (Saya membaca Al-Quran). |
4. | Wadha’ (الْوَضْعُ) | Wadha’ adalah menjadikan lafazh agar menunjukkan suatu makna (pengertian). Jadi, yang dimaksud dengan wadha’ adalah dengan maksud “kesengajaan”, maka tidak termasuk bentuk kalam perkataan orang tidur (ngigau) dan perkataan orang lupa (latah). Sebahagian mereka menerangkan bahawa yang dimaksud dengan wadha’ adalah dengan bentuk Bahasa Arab. Maka tidak termasuk kalam jika bukan Bahasa Arab seperti Inggeris dll. |
KESIMPULAN: Berikut adalah contoh yang memenuhi ke empat-empat syarat bagi kalam, iaitu: (1) قَامَ زَيْدٌ (Telah berdiri Zaid). Contoh ini tersusun dari fi’il dan fa’il. (2) زَيْدٌ قَائِمٌ (Zaid berdiri). Contoh ini tersusun dari mubtada’ dan khabar. Kedua-dua contoh tersebut adalah lafazh, murakkab, mufid dan wadha’. Maka dia adalah kalam. |
Sumber: 1. Syarah Mukhtashar Jiddan, Sayid Ahmad Zaini Dahlan.
2. Matan Al-Ajrumiyah, Al-Imam Shanhaji.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
No comments:
Post a Comment