Tuesday, December 27, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(8)-Letak Tanda Dhommah


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

8.  LETAK TANDA DHOMMAH

Dhommah menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada empat tempat, iaitu pada isim mufrad, jama’ taksir, jama’ muannats salim, dan fi’il mudhari’ yang pada huruf akhirnya tidak bertemu dengan salah satu pun (dari alif tatsniyah, wawu jama’ atau ya’ muannats mukhathabah).

Bermakna rafa’nya itu diketahui dengan adanya dhommah pada tempat-tempat itu, baik lafazh (nyata) mahupun secara takdir (dianggap ada saja, walaupun tak Nampak).

  1. ISIM MUFRAD: Contoh:

جَاءَ زَيْدٌ

Telah datang Zaid
"زَيْدٌ" adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya adalah dhommah yang nyata (Nampak).
زَيْدٌ
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mufrad)
Fi’il
جَاءَ الْفَتَى

Telah datang seorang pemuda
"الْفَتَى" adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya adalah dhommah muqaddarah yang dianggap ada di atas alif  "ى"
الْفَتَى
جَاءَ
Fa’il
(Isim Mufrad)
Fi’il

  1. JAMA’ TAKSIR: Contoh:

جَاءَ الرِّجَالُ


Telah datang beberapa orang lelaki
"الرِّجَالُ"  adalah fa’il marfu’ dan tanda marfu’nya dhommah yang nyata dan Nampak.
الرِّجَالُ
جَاءَ
Fa’il
(Jama’ Taksir)
Fi’il

  1. JAMA’ MUANNATS SALIM: Contoh:

جَاءَتِ الْمُسْلِمَاتُ


Telah datang orang-orang Muslim perempuan
"الْمُسْلِمَاتُ"  adalah fa’il marfu’ dengan tanda dhommah yang nyata Nampak.
الْمُسْلِمَاتُ
جَاءَتِ
Fa’il
(Jama’ Muannats Salim)
Fi’il

  1. FI’IL MUDHORI’ YANG PADA HURUF AKHIRNYA TIDAK BERTEMU DAN TIDAK MENDAPAT TAMBAHAN APAPUN: Contoh:

يَصْرِبُ زَيْدٌ


Zaid sedang/akan memukul
"يَصْرِبُ"  adalah fi’il mudhori’ marfu’ dan tanda marfu’nya dhommah yang nyata.
زَيْدٌ
يَصْرِبُ
Fa’il
Fi’il Mudhori’

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/mfEMmXJd/_8_-Letak_Tanda_Dhommah.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...