Wednesday, December 28, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(9)-Letak Tanda Wawu


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

9.  LETAK TANDA WAWU

Wawu  ( و )  menjadi alamat bagi I’rab rafa’ pada dua tempat, iaitu pada jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah (isim yang lima). Bermakna jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah, diketahui rafa’nya dengan adanya wawu  ( و )  . Oleh kerana itu jama’ mudzakkar salim dan asmaul khamsah dikatakan marfu’ dengan tandanya wawu sebagai ganti dari dhommah.

JAMA’ MUDZAKKAR SALIM:

Yang dimaksud dengan jama’ mudzakkar salim adalah lafazh yang bentuk jama’nya dengan akhiran wawu dan nun   (ون)  di kala marfu’, dan dengan ya’ dan nun  (يْنَ)  di kala manshub dan majrur.

Contoh:

جَاءَ الزَّيْدُوْنَ




Telah datang Zaid-Zaid itu
"الزَيْدُوْنَ"  adalah fa’il marfu’, dengan tanda marfu’nya adalah wawu  (و) , sedang-
kan nun  (ن) adalah pengganti tanwin pada mufradnya.
الزَّيْدُوْنَ
جَاءَ
Fa’il
(Jama’ Mudzakkar Salim)
Fi’il

ASMAUL KHAMSAH:

Asmaul Khamsah, contoh-contohnya:

أَبُوْكَ
(ayahmu)
أَخُوْكَ
(saudaramu)
حَمُوْكَ
(iparmu)
فُوْكَ
(mulutmu)
ذُوْمَالٍ
(yang mempunyai harta)

 Maka masing-masing dari  فُوْ،حَمُوْ،أَخُوْ،أَبُوْ  dan  ذُوْ adalah fa’il marfu’ dengan tanda rafa’nya wawu  (و)  sebagai ganti dari dhommah.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapu, selama tidak untuk tujuan komersil
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/0EwB0yG9/_9_-Letak_Tanda_Wawu.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...