BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT
(7) – TANDA-TANDA I’RAB RAFA’
Tanda-tanda I’rab rafa’ itu ada empat, iaitu dhommah, wawu, alif dan nun. Bermakna lafazh itu diketahui rafa’nya dengan salah satu dari empat tanda itu.
1. DHOMMAH
Dhommah, menjadi tanda/alamat pokok (tanda asli) I’rab rafa’. Contoh:
| جَاءَ زَيْدٌ | Telah datang Zaid | Lafazh زَيْدٌ adalah fa’il marfu’ dengan tanda dhommah (_ٌ) |
2. WAWU
Wawu, sebagai pengganti dhommah. Contoh:
| جَاءَ الصَّلِحُوْنَ | Telah datang orang-orang yang soleh | Lafazh الصَّلِحُوْنَ adalah fa’il marfu’ dengan tanda wawu (و) |
| جَاءَ اَبُوْكَ | Telah datang ayahmu | Lafazh ابُوْ adalah fa’il marfu’ dengan tanda wawu (و) |
3. ALIF
Alif, sebagai pengganti dhommah. Contoh:
| جَاءَ الزَّيْدَانِ | Telah datang dua orang Zaid | Lafazh الزَّيْدَانِ adalah fa’il marfu’ dengan tanda alif (ا) |
4. NUN
Nun, sebagai pengganti dhommah. Contoh:
| يَنْصُرَانِ | Mereka berdua sedang/akan menolong | Kesemua ini adalah fi’il mudhori’ marfu’ dengan tanda nun ( ن ) |
| تَنْصُرَانِ | Kamu berdua sedang/akan menolong | |
| يَنْصُرُوْنَ | Mereka sedang/akan menolong | |
| تَنْصُرُوْنَ | Kamu semua sedang/akan menolong | |
| تَنْصُرِيْنَ | Kamu (wanita) sedang/akan menolong |
Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersil.
http://www.4shared.com/office/rIgHqYJu/_7_-Tanda-tanda_irab_rafa.html

No comments:
Post a Comment