BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT
(3) – ISIM
DEFINASI ISIM:
Isim (atau pun kata nama) ialah kalimah yang menunjukkan ke atas insan (manusia), haiwan , tumbuhan , benda , mashdar (perihal kata kerja/nama terbitan) , perihal abstrak , arah kedudukan sesuatu , masa dan bilangan .
Berikut disenaraikan contoh-contoh isim:
ISIM | CONTOH PERTAMA | CONTOH KEDUA | ||
Insan | مُدَرِّسٌ | Guru | خَالِدٌ | Khalid |
Haiwan | دِيْكٌ | Ayam jantan | دَجَاجَةٌ | Ayam betina |
Tumbuhan | تِيْنَةٌ | Biah tiin | زَيْتُوْنَةٌ | Buah Zaitun |
Benda | بَيْتٌ | Rumah | دَرَّاجَةٌ | Basikal |
Mashdar | دُخُوْلٌ | Kemasukan | خُرُوْجٌ | Perihal keluar |
Perihan Abstrak | سَلاَمٌ | Kesejahteraan | خَوْفٌ | Ketakutan |
Arah kedudukan | أَمَامَ | Di hdapan | خَلْفَ | Di belakang |
Masa | أَمْسِ | Semalam | غَدًا | Esok |
Bilangan | وَاحِدٌ | Satu | إِثْنَانِ | Dua |
TANDA-TANDA ISIM/CIRI-CIRI ISIM:
Tanda-tanda atau cirri-ciri isim berbeza dengan tanda-tanda atau ciri-ciri fi’il dan huruf. Tanda-tanda atau ciri-ciri isim dapat diketahui dengan melalui:
BIL. | CIRI-CITI | PENERANGAN |
1. | Huruf akhir baris bawah (kasroh) | Contohnya مَرَرْتُ بِزَيْدٍ (Aku bertemu dengan Zaid). Maka زَيْدٍ yang majrur oleh بِ adalah isim kerana adanya khafad (baris bawah). |
2. | Hurf akhir tanwain (kasroh,dhommah, Fathah) | Contoh رَجُلٌ adalah isim kerana huruf akhirnya tanwin. |
3. | Boleh dimasuki dengan ال | Contohnya: مُدَرِّسٌ menjadi الْمُدَرِّسُ . |
4. | Ia boleh dijadikan fa’il (pelaku perbuatan) | Contoh: نَامَ مُدَرِّسٌ (telah tidur seorang guru), مُدَرِّسٌ adalah fa’il (pelaku perbuatan) |
5. | Ia boleh dijadikan Maf’ul Bih (penerima perbuatan) | Contoh: رَأَيْتُ مُدَرِّسًا (Telah lihat olehku akan seorang guru), dimana مُدَرِّسًا adalah maf’ul bih (penerima perbuatan). |
6. | Ia boleh disandarkan kepada isim lain (Idhofah) | Apabila ia disandarkan kepada isim lain, ia akan mengalami keadaan jar; seperti كِتَابُ الْمُدَرِّسِ (Buku guru), di mana الْمُدَرِّسِ mengalami keadaan jar, dilambangkan dengan kasroh. Lafazh كِتَابُ di sini dipanggil mudhof dan lafazh الْمُدَرِّسِ dipanggil mudhof ilaih. |
7. | Ia boleh diseru dengan kata seru | Kata seru ialah: يَا،أَ،أَيْ، أَيَا،هَيَا،آ kesemuanya bermaksud wahai. Contoh: يَا أَيُّهَا الطَّالِبُ , lafazh أَيُّهَا dipanggil munada. |
8. | Ia boleh menerima kehadiran huruf jar | Contoh huruf jar ialah: مِنْ (dari/daripada) dan laim-lain; seperti مِنَ الْبَيْتِ (dari rumah), di mana الْبَيْتِ adalah isim kerana menerima huruf jar. |
http://www.4shared.com/office/b0TAOZ6Q/_3_-Isim.html
No comments:
Post a Comment