MAKHRAJ HURUF DAN SIFAT HURUF AL-QURAN
Al-Quran adalah kitab Allah yang diturunkan di dalam Bahasa Arab yang perlu kepada kita yang bukan berbangsa Arab untuk mempelajari Al-Quran secara berguru. Ini kerana banyak sebutan yang dilafazkan di dalam Bahasa Arab tidak didapati di dalam Bahasa Melayu dan sebutan Melayu ada yang tidak dilafazkan di dalam Bahasa Arab.
Oleh demikian kita perlu mengenali makhraj dan sifat-sifat huruf untuk menentukan bacaan kita betul atau tidak. Perlu diingatkan bahawa mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah tetapi, mengamalkanya ketika membaca Al-Quran adalah fardhu ain.
Mempelajari ilmu ini lidah kita akan terselamat dan terpelihara daripada kesalahan membaca dan menyebut huruf-huruf Al-Quran .
Mudah-mudahan Allah swt menjadikan kita orang yang faqih di dalam mempelajari ilmu-ilmu Al Quran…
Penerangan dan huraian makhraj huruf dan sifat huruf ini menggunakan rajah yang menarik, ringkas dan padat. Ia mengandungi 31 muka surat.
Contohnya seperti huraian makhraj dan sifat huruf Baa’ berikut:
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:http://www.4shared.com/office/c8QTdiHX/MAKHRAJ_HURUF_DAN_SIFAT_HURUF_.html
assalamualaikum...mohon izin utk kongsi dgn anakmurid & rakan2.... nota yg sgt bermanfaat, barakallahu fik, wa ni'ma ajrul 'amiliin..
ReplyDelete