SIFAT ORANG MUKMIN MENGIKUT AL-QURAN-(2/5)
Bil. | Nama Surah (No. Surah:No. Ayat) | Ayat |
6. | Ar-Ra’d (13:21) | 21. dan orang-orang Yang menghubungkan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah supaya dihubungkan, dan yang menaruh bimbang akan kemurkaan Tuhan mereka, serta takut kepada kesukaran Yang akan dihadapi semasa soaljawab dan hitungan amal (pada hari kiamat); |
7. | Ar-Ra’d (13:22) | 22. dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; |
8. | Ar-Ra’d (13:28) | 28. "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. |
9. | Ibrahim (14:31) | 31. Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). |
10 | Al-Hijr (15:42) | 42. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang Yang sesat (dengan pilihannya sendiri). |
http://www.4shared.com/office/NCnyXWj9/SIFAT_ORANG_MUKMIN_MENGIKUT_AL.html
No comments:
Post a Comment