Tuesday, December 20, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(11)-Dalil Takbiratulihram (Rukun Kedua)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
11.  DALIL TAKBIRATULIHRAM (RUKUN KEDUA)

Bil.
Dalil
1.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Apabila engkau berdiri untuk mengerjakan sembahyang ….. hendaklah engkau mengucap takbir -  الله اكبر – (Takbiratulihram) …… “ [Riwayat Bukhari dan Muslim]
2.
Dari Abu Humaidi Asy-Sa’idi r.a., katanya: “Biasanya Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, ia mengadap khiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata:  " الله اكبر "  .” [Riwayat Ibnu Majah]
3.
Dari Ali r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Anak kunci sembahyang ialah kesucian (dari hadas dan benda-benda najis), dan yang mengharamkan perkara-perkara yang membatalkannya ialah takbiratulihram dan (sebaliknya) yang menghalalkan semula (perkara-perkara yang terlarang) di dalamnya ialah salam.” [Riwayat Abu Daud dan lain-lainnya]
4.
Daripada Aisyah r.a., telah berkata: “Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam memulakan solatnya dengan takbir ….. “ [Riwayat Muslim]
5.
Mengangkat Tangan Ketika Takbir (Sunat):
Sesungguhnya Abdullah Ibnu Umar r.a., telah berkata: “Aku telah melihat Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam memulakan solatnya dengan takbir seraya mengangkat tangannya hingga ke paras bahu ketika Baginda bertakbir ….. “ [Riwayat Al-Bukhari]
6.
Meletakkan Tangan Kanan Di Atas Lengan Kiri (Sunat):
Daripada Sahl bin Sa’d r.a. telah berkata: “Para sahabat telah diperintah meletakkan tangan kanan di atas lengan kiri mereka ketika solat.” [Riwayat Al-Bukhari]

 Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...