ILMU SHOROF (ii)-(6/22)-Isim Ditinjau Dari Bilangannya
Isim ditinjau dari bilangannya (jumlahnya) terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
1. Isim Mufrod menunjukkan bilangan tunggal (satu).
2. Isim Mutsanna menunjukkan bilangan dua.
3. Isim Jama’ menunjukkan bilangan lebih dari dua.
Isim Mufrod
Isim Mufrod adalah setiap isim yang menunjukkan bilangan tunggal (satu). Contoh:
قَلَمٌ (sebuah pen) | مُسْلِمٌ (seorang Muslim) | كِتَابٌ (sebuah buku) |
Isim Mutsanna
Isim Mutsanna adalah setiap isim yang menunjukkan bilangan dua.
Cara membuat isim mutsanna:
Iaitu dengan menambahkan " ان " atau " ين " diakhir isim mufrodnya. Harokat " ن " selalu kasroh, dan huruf sebelum " ي/ا " adalah fathah. Contoh:
قَلَمَيْنِ / قَلَمَانِ (dua buah pen) | قَلَمٌ + ين/ان |
مَدْرَسَتَيْنِ /مَدْرَسَتَانِ (dua buah sekolah) | مَدْرَسَةٌ + ين/ان |
كِتَابَيْنِ / كِتَابَانِ (dua buah buku) | كِتَابٌ + ين/ان |
مُسْلِمَيْنِ / مُسْلِمَانِ (dua orang Muslim) | مُسْلِمٌ + ين/ان |
Isim Jama’
Isim Jama’ adalah setiap isim yang menunjukkan bilangan lebih dari dua.
Isim jama’ terbahagi kepada tiga jenis:
- Jama’ Mudzakkar Salim, iaitu bilangan lebih dari dua yang menunjukkan jenis laki-laki. Contoh:
مُسْلِمِيْنَ / مُسْلِمُونَ (banyak Muslim) | مُسْلِمٌ + ين/ون |
- Jama’ Muannats Salim, iaitu bilangan lebih dari dua yang menunjukkan jenis perempuan. Cara membuatnya dengan menambahkan diakhir mufrodnya dengan " اتٍ/اتٌ " . Contoh:
زَيْنَبَاتٍ/زَيْنَبَاتٌ (banyak Zainab) | زَيْنَبٌ + اتٍ/اتٌ |
- Jama’ Taksir, iaitu bilangan lebih dari dua yang berubah dari bentuk mufrodnya. Contoh:
بُيُوتٌ (banyak rumah) | Berasal dari mufrod بَيْتٌ |
رِجَالٌ (banyak laki-laki) | Berasal dari mufrod رَجُلٌ |
رُسُلٌ (banyak Rasul) | Berasal dari mufrod رُسُولٌ |
مَسَاجِدُ (banyak masjid) | Berasal dari mufrod مَسْجِدٌ |
أَوْلاَدٌ (banyak anak) | Berasal dari mufrod وَلَدٌ |
http://www.4shared.com/document/KVHt92yH/ILMU_SHOROF__ii_-_645_-Isim_Di.html
No comments:
Post a Comment