ILMU SHOROF (ii)-(5/22)-Isim Ditinjau Dari Jenisnya
Isim ditinjau dari jenisnya terbahagi kepada dua jenis:
1. Isim Mudzakkar (jenis laki-laki)
2. Isim Muannats (jrnis perempuan)
Isim Mudzakkar adalah isim yang menunjukkan erti laki-laki atau yang dianggap laki-laki.
Contoh:
مُحَمَّدٌ (Muhammad) | رَجُلٌ (seorang laki-laki) | تِلْمِيْذُ (seorang murid) |
Isim Mudzakkar terbahagi terbahagi kepada pula:
(i) Isim mudzakkar haqiqy, iaitu isim mudzakkar yang menunjukkan manusia atau haiwan, sebagaimana contoh di atas.
(ii) Isim mudzakkar majaziy, iaitu isim mudzakkar yang menunjukkan selain manusia atau haiwan. Contoh:
كِتَابٌ (buku) | مَسْجِدٌ (masjid) | بَابٌ (pintu) |
Isim Muannats adalah isim yang menunjukkan erti perempuan atau yang dianggap perempuan.
هِنْدٌ (Hindun) | فَاطِمَةُ (Fatimah) | أُخْتٌ (saudara perempuan) |
Isim muannats terbahagi kepada dua pula:
(i) Isim muannats haqiqy, iaitu isim muannats yang menunjukkan manusia atau haiwan, sebagaimana contoh di atas.
(ii) Isim Muannats majaziyiaitu isim muannats yang menunjukkan selain manusia atau haiwan. Contoh:
سَبُّورَةٌ (papan tulis) | صُوْرَةٌ (gambar) | كُرَّةٌ (bola) |
Nota:
Di antara isim yang termasuk muannats adalah:
- Nama wanita atau nama binatang betina. Contoh:
عَائِشَةُ (Aisyah) | مَرْيَمُ (Maryam) | هِنْدٌ (Hindun) | دَجَاجَةٌ (ayam betina) |
- Ditandai dengan ta’ marbuthoh ( ة ) , contoh:
سَبُّورَةٌ (papan tulis) | مَدْرَسَةٌ (sekolah) |
- Isim muannats yang tidak ada tanda-tanda tertentu. Contoh:
رِيحٌ (angin) | نَفْسٌ (jiwa) | سَمْسٌ (matahari) |
- Ada beberapa tanda isim muannats lain yang akan dijelaskan nanti.
Catatan:
Nama laki-laki dengan ta’ mmarbuthoh berikut tidak termasuk dalam jenis muannats. Contoh:
حَمْزَةُ (Hamzah) | طَلْحَةُ (Tholhah) | مُعَاوِيَةُ (Mu’awiyah) |
http://www.4shared.com/document/Hj1MFqW5/ILMU_SHOROF_ii_-_545_-Isim_Dit.html
No comments:
Post a Comment