ILMU NAHWU (ii)-(7/22)-Isim Ditinjau Dari Kejelasannya
(Isim Nakiroh & Isim Ma'rifah)
(Isim Nakiroh & Isim Ma'rifah)
Isim ditinjau dari kejelasannya terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
1. Isim Nakiroh, iaitu isim yang menunjukkan makna umum atau belum jelas kekhususannya.
2. Isim Ma’rifah iaitu isim yang menunjukkan makna khusus atau sudah jelas kekhususannya. Ia termasuk diawali alif-lam, isim dhomir, isim isyaroh, isim maushul, isim munada, isim alam dan idhofah (mudhof-mudhof ilaih).
Isim Nakiroh
Isim Nakiroh adalah isim yang menunjukkan makna umum atau belum jelas kekhususannya. Contoh:
رَجُلٌ (seorang laki-laki) | وَلَدٌ (seorang anak laki-laki) | نَبِيٌّ (seorang Nabi) | أُسْتَاذٌ (seorang guru) |
Keterangan:
Isim nakiroh biasanya ditandai dengan tanwin ( ً ٍ ٌ ) .
Isim Ma’rifah
Isim Ma’rifah adalah isim nakiroh yang diawali/ditambah " ال " akan menjadi isim ma’rifah. Contoh:
الرَّجُلُ (laki-laki itu) | الْوَلَدُ (anak laki-laki itu) | النَّبِيُّ (Nabi itu) | الْأُسْتَاذُ (guru itu) |
Keterangan:
Apabila diawali/ditambah " ال " tanwinnya dihilangkan
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
No comments:
Post a Comment