Wednesday, September 21, 2011

DOA-DOA SELEPAS SOLAT SUNAT


DOA-DOA SELEPAS SOLAT SUNAT
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA
Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat  ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Maka jika adalah jauh hampirkanlah.  Dengan berkat  kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan, kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurnialah akan daku  barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT ISYRAQ
Segala puji kembali kepada Allah, yang telah menjadikan hari ini sejahtera dan terbit matahari dari tempat terbitnya.  Ya Allah, berilah aku kebaikan hari ini dan jauhkan daripada ku  keburukan hari ini.  Ya Allah, terangilah hati ku dengan cahaya hidayah Mu sebagaimana telah Engkau terangi bumi dengan matahari Mu terus menerus dengan rahmat Mu Ya Tuhan Yang Maha Pengasih.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAHAJJUT
Ya Allah, bagi Engkau kepujian.  Engkau yang memerintah tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang didalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji-puji.  Engkau cahayakan tujuh lapisan langit dan bumi, dan mereka yang di dalamnya.  Dan bagi Engkau segala puji.  Engkaulah yang sebenar, dan janji Engkau itu benar, dan bertemu dengan Engkau benar, dan firman Engkau benar, syurga itu benar, neraka itu benar, nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad itu benar, hari kiamat itu benar.  Ya Allah, bagi Engkau Islam ku, dan dengan Engkau beriman ku, dan kepada Engkau berserah ku, dan kepada Engkau kembali ku dengan sebab berbantah ku (durhaka ku), dan kepada Engkau berhukum ku.  Maka ampunilah dosa-dosa yang aku dahulukan dan dosa-dosa yang aku kemudiankan, dan yang aku rahsiakan, dan dosa yang aku nyatakan, dan dosa yang Engkau lebih mengetahui dengannya daripada ku.  Engkau yang dahulu dan yang kemudian.  Tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenar-benarnya melainkan Engkaulah.  Tiada Tuhan selain daripada Engkau.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TAUBAT
Ya Allah, aku memohon ampun kepada Mu daripada segala dosa yang aku telah bertaubat kepada Mu daripadanya kemudian aku ulangi padanya.  Aku mohon ampun padaMu dari segala yang telah aku berjanji kepadaMu dengannya dari diriku yang tidak aku tunaikan janji bagiMu dengannya.  Dan aku memohon ampun kepadaMu dari segala amalan yang aku hendak buat kerana wajahMu yang mulia maka bercampur aduk dengan yang lain dari Kamu.  Dan aku memohobn keampunanMu dari segala nikmat yang Engkau telah beri dengannya kepadaku maka aku mencari pertolongan dengannya bagi mengerjakan maksiat terhadapMu.  Dan aku memohon keampunanMu wahai yang maha mengetahui yang ghaib dan yang nyata daripada segala dosa yang aku kerjakan di cahaya siang dan kegelapan malam, di tempat ramai dan di tempat sunyi, dan dengan secara rahsia dan terang-terangan.  Wahai Tuhan yang maha penyantun. 
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT HAJAT
Ya Allah, kami memohon kepadaMu akan anugerah dari rahmatMu dan memperolehi keampunanMu dan mendapat bahagian dari setiap kebaikan dan keselamatan dari setiap kejahatan dan berjaya mendapat syurga dan membebaskan dari api neraka.  Ya Allah, sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak satu urusan pun dari urusanku yang tersembunyi olehMu.  Dan aku adalah hamba yang sengsara dan amat memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang memohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta dikasihani yang mengaku dan menyatakan semua dosa-dosanya kepadaMu.  Ya Allah, aku memohon kepada Mu sebagaimana mintanya si miskin, dan aku berdoa kepadaMu seperti doanya orang berdosa yang amat hina.  Aku mohon padaMu seperti orang yang penakut lagi buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepadaMu.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT TASBIH
Wahai Tuhanku, Wahai Tuhan Yang Pemurah, Wahai Tuhan Yang Penyayang, Wahai Tuhan Yang Hidup Yang Memerintah, Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan, Wahai Tuhan tempat  tumpuan taqwa, dan keampunan, demi Tuhan yang mengingatkan mereka yang berzikir, terimalaqh dariku taubat yang sebenar-benar taubat (tidak ulang kembali) dan lebihkanlah akan daku dengan limpah kasihan belas Engkau, cahaya yang gilang gemilang, dan berkilau-kilauan, wahai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.
DOA SELEPAS SOLAT SUNAT WITIR
Ya Allah, bahawa sanya kami memohon akan dikau iman yang berkekalan.  Dan kami memohon akan dikau hati yang tetap.  Dan kami memohon akan dikau ilmu yang berguna.  Dan kami memohon akan dikau yakin yang benar.  Dan kami memohon akan dikau amalan yang soleh.  Dan kami memohon akan dikau agama yang teguh.  Dan kami memohon akan dikau kemaafan dan sihat.  Dan kami memohon akan dikau kesempurnaan sihat.  Dan kami memohon akan dikau syukur atas sihat.  Dan kami memohon akan dikau terkaya daripada manusia.  Ya Allah, Tuhan kami, terimalah sembahyang kami, puasa kami, ibadat kami, khusuk kami, merendah diri kami, perhambaan kami, dan sempurna kesalahan kami.  Ya Allah, Ya Allah,  Ya Allah, Hai Tuhan Yang Penyayang daripada segala yang penyayang.  Dan rahmat Allah atas sebaik-baik makhlukNya Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya sekalian.  Dan puji-puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah sekalian alam. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...