Monday, April 16, 2012

Jama' Taksir 6 - I'rab Jama' Taksir

JAMA’ TAKSIR 6 – I’RAB JAMA’ TAKSIR
PENGERTIAN:
Jama’ Taksir ialah isim yang menunjukkan atas tiga bilangan ke atas dan bentuk susunan huruf isim ini berlainan daripada asalnya.
Contoh:

قَلَمٌ

Sebatang pen

Menjadi
أَقْلاَمٌ
Tiga batang pen ke atas
Isim Mufrad
Jama’ Taksir
سَيْفٌ

Sebilah pedang

Menjadi
سُيُوْفٌ
Tiga bilah pedang ke atas
Isim Mufrad
Jama’ Taksir

I’RAB:
Isim ini apabila ia mengalami keadaan rafa’ , maka tanda rafa’ baginya ialah dhommah.
Contoh:

الأَقْلاَمُ جَمِيْلَةٌ
Pen-pen itu cantik

Dan apabila ia mengalami keadaan nashab, maka tanda nashab baginya ialah fathah.
Contoh:

إِنَّ الأَقْلاَمَ جَمِيْلَةٌ
Sesungguhnya pen-pen itu cantik

Dan apabila ia mengalami keadaan jar, maka tanda jar baginya ialah kasrah.
Contoh:

اُنْظُرْ إِلَى الأَقْلاَمِ
Lihatlah kepada pen-pen itu

PERHATIAN:
  1. Kalimah الأَقْلاَمُ pada asalnya mengalami keadaan rafa’, dan tanda rafa’ baginya ialah dhommah, tetapi apabila didahului oleh إِنَّ faktor nashab , maka ia telah bertukar kepada mengalami keadaan nashab , dan tanda nashab baginya ialah fathah. Dan apabila didahului oleh إِلى  factor jar, maka ia telah bertukar kepada mengalami keadaan jar, dan tanda jar baginya ialah kasrah.
  2. I’ran Jama’ Taksir dan I’rab Isim Mufrad adalah sama, sedikitpun tidak berbeza.

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujan komersial.

 Download:

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...