Friday, March 2, 2012

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 11-Isim Jama'

BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 11 -  Isim Jama’
3:            ISIM JAMA’
                Isim Jama’ adalah isim yang jumlah bilangannya lebih dari dua:
                Isim Jama’ terbahagi kepada tiga jenis:
A.      Jama’ Mudzakkar Salim
B.      Jamak Muannats Salim
C.      Jama’ Taksir
A .           Jama’ Mudzakkar Salim
Jama’ Mudzakkar Salim adalah jama’ yang dibentuk dari isim mufradnya yang digunakan untuk  menunjukkan jenis laki-laki.
Contoh:

مُؤْمِنُوْنَ / مُؤْمِنِيْنَ
Laki-laki mukmin
كَافِرُوْنَ / كَافِرِيْنَ
Laki-laki kafir

Cara pembentukan isim jama’ mudzakkar salim:
Cara membentuknya adalah dengan menambahkan wawu dan nun atau ya dan nun pada akhir isim mufradnya, seperti berikut:
إِسْمٌ مُفْرَدٌ + ون / ين
Contoh:

مُؤْمِنٌ
Tambah
ون / ين

Menjadi
مُؤْمِنُوْنَ/مُؤْمِنِيْنَ
Isim Mufrad
Isim Jama’ Mudzakkar Salim
كَافِرٌ
Tambah
ون / ين

Menjadi
كَافِرُوْنَ/كَافِرِيْنَ
Isim Mufrad
Isim Jama’ Mudzakkar Salim

B.            Jama’ Muannats Salim
Jama’ Muannats Salim adalah jama’ yang dibentuk dari Isim mufradnya yang digunakan untuk menunjukkan jenis perempuan.
Contoh:

مُؤْمِنَاتٌ
Perempuan-permpuan mukmin
كَافِرَاتٌ
Perempuan-perempuan kafir

Cara pembentukan isim jama’ muannats salim:
Cara membentuknya adalah dengan membuang ta marbutah dan menambahkan alif dan ta pada akhir isim mufradnya, seperti berikut:
إِسْمٌ مُفْرَدٌ ( × ة ) + ات
Contoh:

(مُؤْمِنَةٌ) × ة
(Buang ta marbutah)
Isim Mufrad


Menjadi
مُؤْمِنٌ + ات
(Tambah alif dan ta)


Menjadi
مُؤْمِتَاتٌ
Jama’ Muannats Salim
(كَافِرَةٌ) × ة
(Buang ta marbutah)
Isim Mufrad


Menjadi
كَافِرٌ + ات
(Tambah alif dan ta)

Menjadi
كَافِرَاتٌ
Jama’ Muannats Salim

C .           Jama’ Taksir
Jama’ Taksir adalah jama’ yang berubah dari bentuk mufradnya.
Cintoh:

Isim Mufrad
Jama’ Taksir
رَسُوْلٌ
رُسُلٌ
بَيْتٌ
بُيُوْتٌ
كِتَابٌ
كُتُبٌ
أُسْتَاذٌ
أَسَاتِيْذُ


Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
 Download:
http://www.4shared.com/office/3P4_meEX/Pelajaran_11-Isim_Jama.html?refurl=d1url
Sila ikuti syarahan Pelajaran 11:

Download:
http://www.4shared.com/mp3/pq2Skw5q/dasar-11-isim-jamak.html?refurl=d1url

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...