BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 10 – Isim Mufrad Dan Isim Mutsanna
(Pembahagian Isim Ditinjau Dari Segi Jumlah Bilangannya)
Isim terbahagi kepada tiga jenis:
1. Isim Mufrad ( مُفْرَدٌ )
2. Isim Mutsanna ( مُثَنَّى )
3. Isim Jama’ ( جَمْعٌ ) :
Isim Jama’ terbahagi pula kepada tiga golongan:
(i) Isim Jama’ Mudzakkar Salim ( جَمْعُ الْمُذَكَّرِ السَّلِمُ )
(ii) Isim Jama’ Muaannats Salim ( جَمْعُ الْـمُؤَنَّثِ السَّالِـمُ )
(iii) Isim Jama’ Taksir ( جِمْعُ التَّكْسِيْرِ )
1. Isim Mufrad:
Isim Mufrad adalah Isim yang jumlah bilangannya satu.
Contoh:
مُؤْمِنٌ | Seorang mukmin |
كَافِرٌ | Seorang kafir |
2. Isim Mutsanna:
Isim Mutsanna adalah Isim yang jumlah bilangannya dua.
Contoh:
مُؤْمِنَانِ / مُؤْمِنَيْنِ | Dua orang mukmin |
كَافِرَانِ / كَافِرَيْنِ | Dua orang kafir |
Cara Pembentukan Isim Mutsanna
Isim Mutsanna dibentuk dengan menambahkan huruf alif dan nun atau ya dan nun pada akhir isim mufradnya, seperti berikut:
إِسْمٌ مُفْرَدٌ + ان / ين
Contoh:
مُؤْمِنٌ | Tambah ان / ين | Menjadi | مُؤْمِنَانِ / مُؤْمِنَيْنِ |
Isim Mufrad | Isim Mutsanna | ||
كَافِرٌ | Tambah ان / ين | Menjadi | كَافِرَانِ / كَافِرَيْنَ |
Isim Mufrad | Isim Mutsanna |
Diperboleh untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama
Sila ikuti syarahan Pelajaran 10:
Download:
http://www.4shared.com/mp3/dlrWLn2h/dasar-10-isim-mufrod-mutsanna.html?refurl=d1url
Terimakasih kerana berkongsi ilmu yg sangat berharga ini. Jazaakallah khair
ReplyDelete