Saturday, February 4, 2012

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(13)-Dalil Membaca Al-Fatihah (Rukun Ke Empat)




DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

13.  DALIL DALIL MEMBACA AL-FATIHAH-(RUKUK KE EMPAT)

Bil.
Dalil
1.
Dari ‘Ubadah bin As-Somit r.a., bahawa Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Tidak sah sembahyang bagi orang yang tidah membaca surah Al-Fatihah.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]
2.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad salallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan sesuatu sembahyang, sedang ia tidak membaca padanya (surah Al-Fatihah) ibu al-quran, maka sembahyangnya itu adalah cacat (tidak sah) …..” [Riwayat Muslim]
3.
Daripada Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah salallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Apabila imam mengucapkan amin maka hendaklah kamu mengucapkan amin juga kerana sesungguhnya barang siapa yang sebutan amin-nya serentak dengan sebutan amin para malaikat maka akan diampunkan apa yang terdahulu daripada dosa-dosanya.” [Riwayat Muslim]
PERHATIAN:
Menurut huraian ulama’, hadith-hadith ini menjadi dalil tentang wajibnya membaca surah Al-Fatihah dalam tiap-tiap rakaat dalam sembahyang – samaada ia sembahyang seorang diri atau sembahyang berjamaah, meliputi imam dan makmum. Demikian juga samaada sembahyang itu sembahyang fardhu atau sembahyang sunat.
Surah Al-Fatihah itu di mulai dari: " بسم الله الرحمن الرحيم " hingga " ولا الضالين " serta disunatkan membaca " امين " pada akhirnya.
Ia dinamakan Ibu Al-Quran kerana mengandungi secara ringkas dasar-dasar Islam yang asasi yang kerananya Al-Quran diturunkan.
Bacaannya wajib dipelajari serta dibunyikan huruf-hurufnya dengan betul. Hendaklah juga difahami maknanya, kerana fahaman yang mendalam sahajalah yang akan memberikan faedah dan kesan yang sebaik-baiknya.
Demikianlah juga halnya bacaan-bacaan yang lain dalam sembahyang.

Download tajuk ini:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...