Monday, February 6, 2012

BAHASA ARAB LANJUTAN-Pelajaran 4-Tanda-tanda Isim


BAHASA ARAB LANJUTAN
Pelajaran 4 – Ciri-Ciri Isim

Ciri-ciri atau tanda-tanda isim adalah seperti berikut:
1.       Tanwin
Apabila suatu kalimah itu mempunyai harokat akhirnya tanwin, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah: (2:22):

فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادًا وَ أَنتُمْ تَعْلَمُونَ.
  1. Khafadh (Kasrah
Apabila suatu kalimah itu mempunyai harokat  akhirnya kasrah, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Fatihah:(1:1):

بِسْمِ اللهِ الرَّحْـمَنِ الرَّحِيمِ.
  1. Alif dan Lam
Apabila suatu kalimah itu diawali dengan alif dan lam, kalimah tersebut adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah:(2:2):

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ.
  1. Huruf Jer
Apabila suatu kalimah itu didahului dengan huruf jer, kalimah selepas huruf jer adalah isim.
Contoh:
Surah Al-Baqarah:(2:42):

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْـحَقَّ بِالْبَاطِلِ .

Diperbolehkan untuk menyebarluaskannya dalam bentuk apapun, selama tidak untuk tujuan komersial.
Download Pelajaran1:
http://www.4shared.com/office/q3PAL95i/Pelajaran_4-Ciri-Ciri_Isim.html?refurl=d1url

Sila ikuti syarahan Pelajaran 1:



Download syarahan Pelajaran 1:
http://www.4shared.com/mp3/6IvOkynY/pelajaran-4.html?refurl=d1url

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...