DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
8. DALIL BERHUBUNG DENGAN AZAN
Bil. | Dalil |
1. | “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”[QS. Al-Jumu’ah: 62:9] |
2. | “Dan apabila kamu menyeru (seruan azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka (musuh Islam) menjadikan (seruan azan dan) sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.” [QS. Al-Maa’idah: 5:58] |
3. | Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., bahawa Rasulullah allallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mendengar seruan azan, maka jawablah sebagaimana yang disebut oleh bilal (penyeru azan) itu.” [Hadith shahih riwayat Bukhari dan Muslim] |
4. | Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa (yang dipohon dalam masa) antara azan dan qaamat tidak ditolak.” [Riwayat Nasaa’i] |
5. | Dari Abdullah bin ‘Amru r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Apabila kamu mendengar bilal (menyeru azan) maka jawablah kamu seperti (kalimah-kalimah azan) yang diserukannya; kemudian (setelah selesai azan) bershalawatlah kamu atasku, kerana sesiapa yang bershalawat atasku satu shalawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab satu shalawat itu, kemudian pohonkanlah kamu kepada Allah untukku (supaya aku diberikan) al-wasilah, kerana al-wasilah itu iaiah satu darjat kedudukan di syurga yang tidak sepatut dikurniakan melainkan kepada seseorang dari hamba-hamba Allah (yang pilihan), dan aku berharap bahawa akulah hendaknya orang itu. Maka sesiapa yang berdoa memohon untukku (supaya aku dikurniakan) al-wasilah itu, berhaklah ia mendapat syafa’at (ku).” [Hadith shahih riwayat Muslim] |
6. | Dari Jabir r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesiapa berdoa semasa mendengar seruan azan (selesai) dengan berkata: اللهُمَّ رَبَّ هَذَهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ: (sesiapa yang berdoa demikian), nescaya ia berhak mendapat syafa’atku pada hari kiamat kelak.” [Hadith shahih riwayat Bukhari dan lain-lain] |
7. | Dari Anas bin Malik r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Doa di antara azan dengan qaamat tidak ditolak oleh itu berdoalah kamu”. Sahabat-sahabat baginda bertanya: “Apa yang kami hendak katakan dalam (doa kami itu) ya Rasulullah?” Baginda menerangkan: “Pohonkanlah kepada Allah keselamatan di dunia dan di akhirat.” [Hadith hasan shahih riwayat Tirmizi dan lain-lain] |
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
No comments:
Post a Comment