DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
9. DALIL RUKUN SEMBAHYANG
Bil. | Dalil |
1. | Dari Abu Hurairah r.a., bahawa seorang lelaki telah masuk ke dalam masjid, sedang Rasulullah salallahu ‘alyhi wa sallam duduk di suatu sudut di masjid itu. Orang itu pun mengerjakan sembahyang, kemudian datang memberi salam kepada Baginda. Rasulullah sallallahu ‘alyhi wa sallam menjawab salamnya lalu berkata kepadanya: “Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidak mengerjakan sembahyang (dengan betul).” Orang itu pun pergi sembahyang semula, kemudian datang memberi salam kepada Baginda. Rasulullah sallallahu ‘alyhi wa sallam menjawab salamnya lalu berkata lagi kepadanya: “Pergilah sembahyang semula, kerana sebenarnya engkau tidan mengerjakan sembahyang (dengan betul).” Orang itu pun berkata pada kali yang ketiga – atau pada kali yang selepasnya: “Ajarkanlah saya, ya Rasulullah, (kerana sebenarnya saya tidak mengetahuinya).” Baginda pun menerangkan kepadanya (sifat sembahyang dan cara mengerjakannya yang betul) dengan bersabda: “Apabila engkau bangun hendak mengerjakan sembahyang, hendaklah engkau mengambil wuduk dengan sempurna (meliputi rukun-rukun dan sunat-sunatnya); kemudian (pergilah ke tempat sembahyang dan berdirilah dengan betul serta) mengadap kiblat, setelah itu bertakbirlah engkau (dengan takbiratul ihram – disertakan dengan niat); kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan mana-mana ayat atau surah) dari Al-Quran yang mudah engkau dapat membacnya, kemudian rukuklah sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah – dalam rukukmu itu; kemudian bangkitlah dari rukuk sehingga engkau berdiri tegak (dan berhenti sebentar – berthama’ninah padanya); kemudian sujudlah sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah – dalam sujudmu itu, kemudian bangkitlah dari sujud sehingga engkau berhenti sebentar – berthama’ninah dalam dudukmu; kemudian sujudlah sekali lagi)” Pada satu riwayat yang lain (Baginda bersabda): “Kemudian hendaklah engkau bangkit (dari raka’at yang pertama) sehingga engkau berdiri tegak (untuk meneruskan sembahyang); kemudian buatlah yang demikian itu dalam seluruh sembahyangmu”. [Hadith shahih riwayat Bukhari dan Muslim] |
Rukun Sembahyang | |
Menurut huraian ulama’, rukun-rukun sembahyang tiga belas perkara, iaitu: (1) Niat, (2) Takbiratul ihram, (3) Berdiri betul, (4) Membaca Al-Fatihah, (5) Rukuk beserta dengan thama’ninah (berhenti sebentar), (6) ‘Itidal (berdiri semula dari rukuk) beserta dengan thama’ninah padanya, (7) Sujud (dua kali) beserta dengan thama’ninah padanya, (8) Duduk antara dua sujud beserta dengan thama’ninah padanya, (9) Membaca tasyahud akhir, (10) Duduk padanya, (11) Shalawat atas Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam padanya, (13) Memberi salam, (13) Tertip (menurut susunannya berturut-turut seperti yang tersebut). |
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
No comments:
Post a Comment