Friday, December 9, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(5)-Dalil Menutup Aurat Dengan Pakaian Yang Suci (Syarat)


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM

5. DALIL MENUTUP AURAT DENGAN PAKAIAN YANG SUCI (SYARAT)

Bil.
Dalil
1.
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas. [QS. Al-A’raf: 7:31]
2.
Dan pakaian mu, maka hendaklah engkau bersihkan. [QS. Al-Muddasir:74:4]
3.
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)  nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau orang-orang gaji daripada lelaki tua yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya. [QS. Al-Nur: 24:31]
4.
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [QS. Al-Ahzab: 33:59]
5.
Daripada Aisyah r.a., telah berkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Tidak diterima solat seorang perempuan yang telah baligh melainkan ia memakai tudung kepala.” [Riwayat At-Tirmizi]
6.
Dari Abi Sa’id Al-Qudri r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Aurat lelaki yang beriman; ialah di antara pusatnya hingga lututnya.” [ رواية سمويه ]
7.
Dari Ummu Salamah r.a., bahawa ia pernah bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam: “Bolehkah seseorang perempuan sembahyang dengan (hanya) memakai baju panjang dan tudung kepala (tetapi) tidak memakai kain labuh?” Baginda menjawab: “Boleh, apabila baju itu labuh, menutup belakang kedua tapak kakinya …..”. [Riwayat Abu Daud]
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/document/vK_mDWq4/5_Dalil_Menutup_Aurat_Dengan_P.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...