DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH |
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim] |
DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
3. DALIL HUKUMAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Bil. | Dalil |
1. | “Kemudian mereka (yang taat) digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan ma’siat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal salih, maka mereka itu akan masuk Syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahalanya sedikitpun.” [QS Maryam: 19:59 – 60] |
2. | Diriwayatkan dari Buraidah bin Al-Hushaib r.a., ia berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Jaminan berbaik-baik di antara kita dengan mereka (yang mendakwa diri orang Islam) ialah mengerjakan sembahyang; oleh itu sesiapa yang tidak sembahyang maka sesungguhnya termasuklah ia dalam hukum orang kafir.” [HR. Abu Daud, Turmudzi, An-Nasa’I, Ibnu Majah dan Imam Ahmad] |
3. | Diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a., bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya (batas pemisah) antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” [HR. Muslim, dalam kitab: Al-Iman] |
4. | Dari Jabir r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah sallallah ‘alayhi wa sallam bersabda: “Perkara yang menghubungkan seseorang dengan kufur ialah meninggalkan sembahyang.” [Hadis shahih riwayat Imam Ahmad dan lain-lainnya] |
No comments:
Post a Comment