Tuesday, December 6, 2011

Dalil-Dalil Solat Daripada Al-Quran Dan Hadith-(2)-Dalil Kelebihan Solat Dan Kesannya


DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA AL-QURAN DAN HADITH
Daripada Aisyah radiyallahu ‘anha telah barkata: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barang siapa melakukan perkara yang baru  di dalam urusan kami (agama kami) ini, apa yang tiada daripadanya maka amalannya itu akan tertolak. [Riwayat Muslim]

DALIL-DALIL SOLAT DARIPADA TAKBIRATULIHRAM HINGGA SALAM
2.  DALIL KELEBIHAN SOLAT DAN KESANNYA

Bil.
Dalil
1.
Dari Jabar r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Anak kunci syurga ialah sembahyang ….. “ [Hadis syahih riwayat Imam Ahmad]
2.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda (kepada sahabat-sahabatnya): “Apa kata kamu kalaulah sebatang sungai mengalir di hadapan pintu salah seorang dari kamu, (lalu) ia mandi pada tiap-tiap hari lima kali di sungai itu, adakah akan tinggal suatupun dari kekotoran badannya?” Mereka menjawab: “Tidak ada yang akan tinggal dari kekotoran badannya itu.” Baginda menerangkan lagi, sabdanya: “Maka demikianlah jalannya bandingan sembahyang fardhu yang lima itu, Allah menghapuskan dengan sebabnya dosa-dosa (orang yang mengerjakannya).” [Hadis syahih riwayat Bukhari dan Muslim)
3.
Dari Othman r.a., katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Mana-mana seorang Muslim (lelaki atau perempuan) yang sedang berada dalam saat masuknya waktu sesuatu sembahyang fardhu, lalu ia mengerjakan dengan cara yang sebaik-baiknya (lengkap sempurna) meliputi wudhu’, khusyu’ dan ruku’ (serta sujud) sembahyang itu, nescaya sembahyangnya yang demikian keadaannya – menjadi penghapus bagi dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum itu. Asalkan ia tidak melakukan dosa yang besar; penghapusan dosa yang demikian (tidak terhad kepada sesuatu masa yang tertentu bahkan) meliputi seluruh masa.” [Hadis syahih riwayatMuslim]

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...