Sunday, December 25, 2011

Belajar Bahasa Arab Mudah Melalui Nota Ringkas Padat-(4)-Fi'il


BELAJAR BAHASA ARAB MUDAH MELALUI NOTA RINGKAS PADAT

(4) – FI’IL

DEFINASI  FI’IL

FI’il (Kata Kerja) ialah kalimah yang bermakna berlakunya perbuatan, kejadian atau peristiwa pada masa tertentu; sama ada masa lampau, masa sekarang atau masa akan datang.

Fi’il terbahagi kepada empat bahagian:

  1. Fi’il Madhi,
  2. Fi’il Mudhori’,
  3. Fi’il Amar, dan
  4. Fi’il Nahi.

Fi’il MADHI

Fi’il Madhi bermakna berlakunya perbuatan pada masa lampau. Contoh:

سَمِعَ
Telah mendengar
كَتَبَ
Telah menulis
قَرَأَ
Telah membaca
أَكَلَ
Telah makan

FI’IL MUDHORI’

Fi’il Mudhori’ bermakna berlakunya perbuatan pada masa sekarang atau pada masa akan datang. Contoh:

أَلْعَبَ
Saya sedang/akan bermain
أَغْسُلُ
Saya srdang/akan mencuci
يَكْتُبُ
Dia sedang/akan menulis
يَأْكُلُ
Saya sedang/akan makan

FI’IL AMAR

Fi’il Amar bermakna belakunya perbuatan perintah. Contoh:

أُكْتُبْ
Tulislah
أَطْعِمْ
Berilah makan
إِلْعَبْ
Bermainlah
قُمْ
Berdirilah

FI’IL NAHI

Fi’il Nahi bermaksud menunjukkan arahan larangan. Contoh:

لاَ تَلْعَبْ
Janganlah engkau bermain
لاَ تَقُمْ
Janganlah engkau berdiri

TANDA-TANDA FI’IL

Tanda-tanda kalimah fi’il boleh diketahui dengan memperhatikan tanda-tandanya, iaitu: qad  ( قد ) ,  sin   ( سَ ) , saufa    ( سَوْفَ )  , ta’ ta’nits sakinah  ( تْ ) .

(1)    Qad:  Contoh:


Qad masuk pada fi’il madhi
قَدْ قَامَ زَيْدٌ


Sesungguhnya Zaid telah berdiri
"قَامَ" adalah fi’il kerana ia didahului oleh  "قَدْ"

Qad masuk pada fi’il mudhori’
قَدْ يَقُوْمُ زَيْدٌ

Kadang-kadang Zaid berdiri
"يَقُوْمُ" adalah fi’il kerana ia didahului oleh   "قَدْ"

(2)     Sin dan Saufa:  Contoh:



Khusus untuk fi’il mudhori’
سَيَقُوْمُ زَيْدٌ
Zaid akan berdiri
"يَقُوْمُ" adalah fi’il mudhori’ kerana ia didahului oleh  (سَ) dan  (سَوْفَ) padanya.
سَوْفَ يَقُوْمُ زَيْدٌ


Zaid akan berdiri

Penerangan:

Perlu diketahui, bahawa tanda fi’il dengan huruf qad itu boleh masuk kepada fi’il madhi dengan erti tahqiq (sesungguhnya atau untuk penegasan sesuatu), dan boleh juga masuk kepada fi’il mudhori’ dengan erti kadang-kadang. Lafazh saufa dan sin khusus untuk fi’il mudhori’ (masa akan dating). Ada pun fungsinya ialah: saufa untuk menyatakan masa yang akan datang yang jauh (lil ba’iid), manakala sin untuk menyatakan masa yang akan datang yang hampir (lil qariib).

(3)     Ta’ ta’nits sakinah:  Contoh:

Menyatakan perempuan, iaitu menunjukkan yang mengerjakan npekerjaan itu perempuan.

قَامَتْ هِنْدٌ


Hindun telah berdiri
"قَامَتْ/قَامَ" adalah fi’il kerana berakhiran dengan ta’  (تْ) padanya.
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
http://www.4shared.com/office/xKgBimLY/_4_-Fiil.html

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...