Thursday, November 10, 2011

ILMU SHOROF (ii)-(4/22)-Isim Ditinjau Dari Bangunan Akhirnya

ILMU SHOROF (ii)-(4/22)-Isim Ditinjau Dari Bangunan Akhirnya
Yang dimaksud bangunan akhir di sini adalah huruf terakhir dalam suatu kata.
Contoh:   كِتَابٌ   huruf terakhirnya adalah   ب .
Isim ditinjau dari bangunan akhir terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
(1)    Isim Maqshur  (bangunan akhirnya   ى/ا )
Isim Maqshur adalah setiap isim yang diakhiri dengan alif lazimah  ( ى/ا ), iaitu alif yang pasti ada pada kata dasarnya.  Contoh:

الْفَتَى (pemuda)
الْهُدَى (petunjuk)
الْعَصَا (tongkat)
الْوُسْطَى (pertengahan)
مُوْسَى (Musa)
مُسْتَدْعَى (orang yang dipanggil)

(2)    Isim Manqus  (bangunan akhirnya   ي )
Isim Manqus  adalah setiap isim yang diakhiri dengan ya’ lazimah  ( ي ), iaitu ya’ yang pasti ada pada kata dasarnya dan huruf sebelumnya dikasroh. Contoh:

الدَّاعِي
(orang yang memanggil)
الرَّاعِي
(pengembala)
الْهَادِي
(pemberi petunjuk)
الْمُسْتَدْعِي
(orang yang menyeru)
الْقَاضِي
(hakim)
الزَّانِي
(orang yang berzina)

Catatan:
Jika isimnya tanpa  ال  dan harokat akhirnya tidak fathah maka huruf ya'  ( ي ) dihilangkan.
Contoh:  زَانٍ ـ قَاضٍ ـ مُسْتَدْعٍ ـ هَادٍ ـ رَاعٍ ـ دَاعٍ 
(3)    Isim Mamdud  (bangunan akhirnya  ء )
Isim Mamdud  adalah setiap isim yang diakhiri dengan hamzah  ( ء ) dan huruf sebelum hamzah alif tambahan. Contoh:

إِنْشَاءٌ
(karangan)
إِبْتِدَاءٌ
(permulaan)
سَمَاءٌ
(langit)
سَوْدَاءٌ
(hitam)

(4)    Isim Shohih  (bangunan akhirnya selain ke-3 huruf di atas)
Isim Shohih  adalah setiap isim yang tidak diakhiri dengan ketiga huruf tersebut (ء،ي،ا)
Contoh:

مُسْلِمٌ
(orang Muslim)
قَمَرٌ
(bulan)
بَيْتٌ
(rumah)
زَيْدٌ
(zaid)

[Bersambung-ILMU SHOROF (ii)-(5/45)-Isim Ditinjau Dari Jenisnya]
Untuk download tajuk ini sila klik pada link berikut:
               

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...