Sunday, July 31, 2011

SOLAT SUNAT DHUHA - Cara Melaksanakannya


SOLAT SUNAT DHUHA – Cara Melaksanakannya

Bil.
Perkara
Cara
1.
Pengertian
Sesuai dengan namanya “dhuha” yang bermaksud pagi, solat sunat dhuha ialah solat yang dikerjakan setelah terbit matahari, iaitu pada waktu matahari sedang naik.
2.
Waktunya
Ruang waktunya bermula apabila matahari telah naik sekadar tujuh hasta atau sekadar satu galah tingginya pada pandangan mata hingga gelincir matahari.  Secara mudahnya batas waktu solat sunat dhuha ini  antara sekitar jam 8.00 pagi hingga gelincir matahari sebelum masuk waktu zohor.
3.
Bilangan Rakaat
Dikerjakan dua, empat, enam atau lapan rakaat.  Tiap-tiap dua rakaat satu takbir dan satu salam.
4.
Lafaz Niatnya
أُصَلِّي سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
“Sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta’ala”
5.
Bacaan Selepas Al-Fatihah
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Al-Lail
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Asy-Syams
Rakaat Kedua    - Surah Ad-Dhuha
(atau)
Rakaat Pertama – Surah Al-Kafirun
Rakaat Kedua    - Surah Al-Ikhlas
6.
Bacaan Selepas Salam

Selepas salam baca tasbih ini sebanyak 10 kali:
سُبْحَانَ اللهِ والْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْظِيْمِ، عَدَدَ خَلْقِ اللهِ وَبِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ.
“Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah selama kekalnya kekuasaan Allah”.
7.
Doanya
(Boleh dibaca dalam Bahasa Arab atau Bahasa Melayu asalkan memahami maksud bacaannya).  Baca doa ini:
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu Engkau.  Elok ialah keelokan Engkau.  Cantik ialah kecantikan Engkau.  Kuat ialah kekuatan Engkau.  Kuasa ialah kekuasaan Engkau.  Pelihara ialah peliharaan Engkau.  Ya Allah, jika ada rezeki ku di langit turunkanlah.  Dan jika ada di bumi maka keluarkanlah.  Maka jika adalah payah maka mudahkanlah.  Dengan berkat kebesaran waktu dhuha, keelokan, kecantikan kekuatan dan kekuasaan Engkau, kurniakanlah akan daku barang yang Engkau kurniakan dengannya hamba-hamba Engkau yang soleh”.
8.
Dalil-dalil Solat Sunat Dhuha
(1)-Daripada Abu Hurairah r.a., Sabda Nabi SAW, “Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah SAW) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur”. (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

(2)-Daripada Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, beliau bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, ‘Dhuha’. Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru:  manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah.”  (At-Tabrani)

(3)-Daripada Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW:  “Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga.” (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...