KESEMPURNAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD
DUDUK ANTARA DUA SUJUD (1)
Duduk antara dua sujud jikalau sembahyang sunat sekali pun dengan thama’ninahnya (2). Dan jangan dipanjangkan dia. Demikian lagi pada I’tidal kerana adalah rukun yang pendek kedua-duanya. Sunat menghantarkan kedua-dua tapak tangannya atas kedua-dua lututnya, dan dihunjurkan segala anak jarinya. Sunat ia duduk istirahah (3) kemudian daripada sujud yang kedua, yang ia hendak berdiri daripadanya. Sayogianya ia bertekan di atas kedua-dua tapak tangannya tatkala berdiri daripadanya.
(1) Diterangkan dalam Bughyatut Thullab: “Dan disyaratkan padanya itu bahawa jangan menyehaja bangkitnya itu akan yang lainnya. Maka jika terduduk ia daripada Sujud sebab terkejut atau kena duri pada dahinya nescaya tidak memadai akan duduk antara dua sujudnya. Maka wajib kembali ia kepada sujudnya kemudian ia bangkit duduk.
(2) Lagi disyaratkan jangan lanjut kerana ia rukun yang pendek, tiada maksud bagi dirinya hendak menceraikan barang yang dahulu dan yang kemudiannya. Maka jika dilanjutkan dia lebih daripada zikir yang dituntut di dalamnya, iaitu kadar sekurang-kurang Tasyahhud, batal sembahyangnya jika dengan sengahaja lagi tahu akan haramnya.”
(3) Dijelaskan dalam Bughyatut Thullab, “Dan adalah ia Istirahah itu duduk perceraian antara dua rakaat bukan daripada rakaat yang kedua atas qaul yang shahihnya, seperti duduk Tasyahhud Awal jua”. Duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua … duduk Tasyahhud Akhir bagi orang yang berkehendak Sujud Sahwi …”. Dijelaskan lebih lanjut dalam Jawahir as-Saniyah, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, menulis, “Dan sunat ia duduk Istirahah, iaitu duduk kemudian daripada Sujud yang kedua pada rakaat yang pertama hendak bangkit kepada rakaat yang kedua. Demikian pada rakaat yang ketiga hendak berdiri kepada rakaat keempat. Dinamakan duduk itu Istirahah. Jangan dilamakan dia, hanya kadar duduk antara dua Sujud jua. Maka tempatnya kemudian daripada tiap-tiap Sujud hendak berdiri daripadanya, melainkan pada Sujud Tilawah …”
{ Daripada Kitab MUN-YATUL MUSHALLI karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani }
As-salam. Saya inginkan penjelasan mengenai duduk istirahah. Adakah tidak sah solat jika kita tidak duduk seperti yg disarankan iaitu duduk diatas kaki kiri dengan kaki kanan (Bahagian jari) di tegakkan? Selama ini saya hanya duduk dia atas dua-dua kaki seperti bersimpuh. Terima kasih
ReplyDelete